
Seperti yang ramai sedia maklum, penyakit kanser mempunyai tahap yang berbeza bagi menentukan sejauh mana kanser itu telah merebak di dalam badan seseorang.
Begitu juga dengan kanser prostat dimana tahap satu dan dua dikategorikan sebagai tahap awal, manakala tahap tiga dan empat pula dikategorikan sebagai tahap lanjut.
Menurut Pakar Urologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Ahmad Nazran Fadzli, kadar kelangsungan hidup bagi pesakit yang berada di tahap awal dan tahap lanjut mempunyai perbezaan yang besar.
“Jika kita mendapat pesakit yang masih di tahap satu, the survival rate selama lima tahun ialah lebih kurang 98 peratus,” jelas Dr Ahmad ketika ditemui MASKULIN.
“Berbanding pesakit pada tahap lanjut, dia punya survival rate adalah 43 peratus. Jadi, jauh bezanya,” ulasnya lanjut.
Oleh itu, Dr Ahmad menegaskan betapa pentingnya pemeriksaan berkala bagi lelaki yang sudah mencapai usia 50 tahun agar sebarang kemungkinan penyakit kanser prostat mampu dikesan pada tahap awal dan proses rawatan boleh dimulakan seawal mungkin.
Namun bagi lelaki yang mempunyai sejarah penyakit kanser di dalam keluarga, mereka digalakkan untuk mula berwaspada mengenai kesihatan prostat mereka seawal usia 40 tahun.
“Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”
Dengan kerjasama dengan Universiti Malaya (UM), MASKULIN tampil dengan sebuah kempen kesedaran kanser prostat sepanjang bulan November ini.
Bertemakan “Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”, kempen ini bertujuan mendidik dan memberikan informasi yang tepat mengenai kanser prostat kepada masyarakat umum, khususnya lelaki. Ini termasuk maklumat mengenai faktor risiko, cara pencegahan dan pilihan rawatan yang ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai kanser prostat, layari laman sesawang Beat Prostate Cancer.
Tubuh Anda Sering Menggeletar? Jangan Buat Main! Parkinson Juga Boleh Menyerang Di Usia Muda. Jom Kenali Penyakit Parkinson.


- Masalah berkaitan ingatan atau dementia.
- Kesukaran menelan/mengunyah.
- Tulisan tangan berubah (semakin kecil).
- Kemahiran motor (pergerakan) merosot.
- Pertuturan berubah (suara tidak kedengaran, atau teragak-agak semasa bercakap.)
- Pesakit Parkinson mungkin mengalami kemurungan.
- – Menerima rawatan untuk kemurungan boleh membuat ia lebih mudah untuk menangani cabaran-cabaran lain penyakit Parkinson.
- Sembelit.
- – Berlaku disebabkan proses penghadaman menjadi lebih perlahan.
5 Punca Rasa Malas dan Badan Lemau Walaupun Tidur Dah Cukup, No 4 Ramai Yang Buat

Jika anda berasa penat pada hari ini, jangan salahkan hari semalam anda pula. Sebenarnya kekurangkan tidur bukanlah faktor utama buatkan kamu keletihan sepanjang hari.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut dan cara mengatasi agar anda sentiasa kelihatan ceria setiap pagi.
1. Ambil Masa Berlebihan Bermain Telefon
Anda tidak perlu menyalahkan telefon anda, tapi menghabiskan masa yang berlebihan dengan telefon anda itu yang menjadi masalah utama. Jika anda bangun daripada tahap tidur yang paling nyenyak itu ia boleh mengakibatkan anda berasa lebih mengantuk dan letih sepanjang hari berbanding mereka yang bangkit dari tahap tidur yang ringan.
2. Terlalu Bergantung Pada Fitbid
Pengesan fitnes kadangkala boleh memberikan kebaikan kepada anda dalam membantu mengesan dan memotivasikan diri anda. Namun apabila anda turut menggunakannya ketika waktu tidur, ia sebenarnya boleh menyebabkan anda berasa lebih letih. Kebanyakan pengguna yang menggunakan peralatan ini bangun melihat skor tidur mereka yang teruk, mereka akan mula bimbang mengenainya. Ini boleh menyedut keluar segala tenaga dari anda walaupun sebelum mula bersiap.
3. Anda Tidak Berhidrasi
Tentu anda faham mengapa kadangkala kita bangun dengan bau mulut yang tidak menyenangkan, kerana kita kekurangan air di dalam badan. Ketika anda tidur, tubuh anda akan mula menyerap setiap air yang anda minum sepanjang hari. Ini bermaksud anda akan beroperasi selama 8 jam tanpa air di dalam badan. Jika anda tidak mengambil air untuk berhidrasi, sumber tenaga dalam tubuh anda bakal beransur-ansur hilang.
Minum sebaik sebelum anda keluar dari rumah.
4. Mandi Pada Waktu Malam
Mandian panas pada malam hari dapat membantu merehatkan otot-otot anda dan menghilangkan ketegangan dan akhirnya membantu anda untuk lena tidur, bukan? Namun hakikat sebenarnya, jika anda mengamalkan tabiat mandi air panas pada waktu malam, ia adalah sama seperti anda bersenam sepanjang malam. Ia menaikkan suhu badan oleh itu ia akan mengambil masa untuk menyejuk dan membenarkan anda tidur lena.
5. Bersenam Selepas Waktu Kerja
Memulakan hari anda dengan larian pada waktu pagi atau bersenam boleh menjadikan anda lebih cergas untuk menghadapi hari yang seterusnya. Segala jenis senaman boleh membantu mengalirkan oksigen dan nutrisi ke dalam tisu badan dan membantu paru-paru dan jantung anda untuk beroperasi dengan lebih baik dan membekalkan lebih tenaga kepada anda sepanjang hari.
Sumber : Lelaki sihat
Makan 5 Jenis Makanan Ini Untuk Elak Masalah Jantung

Tumpukan kepada pengambilan makanan yang lebih segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh. Makanan ini penuh dengan rasa semulajadi dan membantu tekanan darah secara mendadak lebih rendah serta meningkatkan kesihatan jantung dan berat badan.
ANDA PERLU MULA MENGGANTIKAN MAKANAN YANG TIDAK SIHAT DENGAN PILIHAN YANG LEBIH SIHAT UNTUK JANTUNG ANDA DAN BUKANNYA MEMBERI TUMPUAN KEPADA APA YANG ANDA TIDAK LAGI AKAN MAKAN. DAN BERCAKAP TENTANG MAKANAN YANG SIHAT UNTUK JANTUNG ANDA, BERIKUT ADALAH 5 PILIHAN MAKANAN UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI DAN MENINGKATKAN ALIRAN DARAH
1) Daun Saderi
Daun saderi adalah sumber semula jadi natrium tetapi ia juga salah satu makanan yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Semua makanan semula jadi mengandungi unsur-unsur natrium; natrium adalah mineral yang terdapat di dalam tanah dan dengan itu, makanan tersebut lebih sihat.
Saderi juga tinggi dengan kalium seperti mana makanan yang berasaskan tumbuhan keseluruhannya. Kalium berfungsi terhadap sodium dan memperbaiki aliran darah dan juga mengurangkan pengekalan air yang disebabkan oleh sodium dalam badan anda.
Selain itu, saderi juga mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu alkali yang mengimbangi tahap pH darah, dan ia juga meningkatkan fungsi sistem saraf. Yang paling menarik, daun saderi boleh dinikmati sebagai snek atau penambahan rasa kepada sup, salad, dan ia boleh dijadikan jus sayur-sayuran yang sihat.
2) Sayur Berdaun
Buatkan untuk diri anda salad, sup, atau smoothie hijau; hanya pastikan anda makan sayur-sayuran berdaun anda setiap hari!
Sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, sawi – dan juga banyak salad mudah – semua penuh dengan kalium dan sebatian yang menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Sesetengah sayur-sayuran juga tinggi magnesium dan Vitamin C yang meningkatkan kesihatan sistem saraf dan tekanan darah.
Target untuk makan 3 cawan sayur-sayuran setiap hari, tidak kira bagaimana anda menikmatinya. Hanya elakkan memasak makanan anda dengan minyak dan lemak yang tidak sihat seperti mentega yang mana semua ini boleh mengakibatkan penyakit hati dan membawa kepada masalah jantung lebih serius.
3) Pisang
Pisang terkenal dengan kandungan kalium yang tinggi tetapi ia juga mengandungi banyak nutrien lain yang memberi manfaat kepada jantung anda.
Pisang adalah sumber magnesium, Vitamin B6 dan asid amino yang juga sangat baik untuk kesihatan sistem saraf. Selain itu, ia membantu mengurangkan kebimbangan yang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.
Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang menjadikannya dapat membantu untuk mengimbangi sodium dalam badan dan ia juga boleh memperbaiki kontraksi otot berdasarkan cara ia meningkatkan aliran darah.
4) Kentang
Jika anda tidak suka kentang kerana ia sumber semulajadi karbohidrat kompleks, anda sudah terlepas salah satu makanan yang paling sihat di planet ini. Kentang adalah sumber kalium yang baik dan kandungan dalam kentang adalah tiga kali lebih banyak berbanding pisang!
Ia juga mengandungi lebih tinggi Vitamin B6 dan zat besi berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan ia merupakan satu pakej dengan magnesium, copper, dan zinc sebagai bonus. Semua kentang adalah sumber nutrien yang baik, termasuk jenis kentang putih yang ramai orang mengelak untuk makan.
Jika anda mempunyai paras gula darah yang sensitif, utamakan untuk makan kentang merah, kentang ungu, atau sweet potato yang mempunyai lebih banyak serat dan kurang gula untuk setiap hidangan.
5) Epal
Kandungan epal sangat tinggi kalium dan Vitamin C, dua nutrien hebat untuk meningkatkan kesihatan jantung. Epal juga sumber besar serat dan air yang membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dari badan.
Adalah yang terbaik untuk memilih epal organik memandangkan epal konvensional adalah salah satu sumber racun perosak yang paling teruk. Makan satu epal sehari adalah cara yang baik untuk melindungi hati dan ia boleh membantu anda menurunkan berat badan juga!