Setiap lelaki pastinya memiliki personaliti mereka yang tersendiri. Ada yang ramah, pemalu dan ada juga yang berkeyakinan tinggi. Itulah uniknya srtiap orang yang memiliki personaliti berdasarkan cara bagaimana mereka dilahirkan dan juga beberapa faktor dalaman dan luaran yang lain.

Malah, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah juga pernah melakukan kajian selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseroang mengikut kelahiran mereka.

Perkongsian MASKULIN kali ini hanya untuik bacaan santai dan pembacaan sahaja. Usahlan ambil terlalu serius dengan apa yang kami kongsi kali ini, ya.

Jadi lelaki yang lahir pada bulan April, adakah karakter yang dinyatakan di bawah ini sama dengan anda?

1. Bersemangat tinggi

Karakter Unik Lelaki Yang Lahir Bulan April, Antaranya Sangat Keras Kepala

Lelaki yang lahir bulan April tak suka melakukan kerja separuh jalan. Jiwanya berkobar-kobar dan mempunyai semangat yang tinggi untuk siapkan apa jua tugasa, pekerjaan dan tanggungjawabnya.

Ads

2. Berani berdepan cabaran

Lelaki yang lahir bulan April juga mempunyai sifat sangat keras kepala. Selagui tak dapat apa yang diinginya dia akan cuba sedaya upaya. Disebabkan itu, dia tak takut untuk berdepan dengan apa jua cabaran atau halangan.

3. Rasa ingin tahu

Mereka juga memiliki rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Dengan rasa ingin tahu ini jugalah yang membolehkan mereka mencapai apa jua impian yang diidamkan.

BACA: Kenali Karakter Lelaki Menerusi 4 Senyuman Berbeza Ini, Anda Yang Mana Satu?

4. Sentiasa bertenaga

Maksud MASKULIN di sini ialah dia seorang yanbaktif dan tak boleh duduk diam. Ada sahaja perkara yang ingin dilakukannya. Ini kerana dia mempunyai daya stamina tinggi hingga membuatkannya lebih bertenaga. Tak salah kalau kami katakan mereka juga ada bakat untuk jadi atlet.

Ads

5. Pandai tarik perhatian orang

Karakter Unik Lelaki Yang Lahir Bulan April, Antaranya Sangat Keras Kepala

Cuba perhatikan gerak-gerinya apabila di tempat awam. Besar kemungkinan kemu nculannya sahaja telah menarik perhatian ramai orang yang memandangnya. Tak kiralah sama da daris egi rupa fizikal atau telatah karakternya. Ini juga kerana lelaki inin mempunyai personaliti yang dinamik dan mudah bergaul.

6. Suka bereksperimental

Lelaki yang lahir pada bulan April ini juga sangat suka dengan cabaran. Dia mudah merasa bosan dan suka melakukan perkara yang baru untuk menghilangkan rasa bosannya.

Ads

7. Mudah memahami

Bukan hanya sensitif dengan perasaannya sendiri namun sangat peka dengan perasaan orang lain. Dia merupakan seorang yang memahami dan menjadi tempat mengadu rakan-rakannya.

8. Hargai persahabatan

Karakter Unik Lelaki Yang Lahir Bulan April, Antaranya Sangat Keras Kepala

Ya, lelaki yang lahir pada bulan April memang tak boleh hidup tanpa sahabat! Sebab itulah mereka sangat hargai kawan-kawan mereka. Dan kadangkala mereka juga sedikit melebihkan kawan berbanding keluarga.

9. Kurang sabar

Ini salah satu perangai yang mungkin buat orang lain yang tak kenal dia rasa jengkel. Perkara ini berlaku kerana mereka terlalu yakin dengan pengetahuan mereka tentang perkara yang mereka ingin lakukan. Jadi malas untuk menunggu orang atau menerangkan sesuatu jadi mereka lebih suka buat sendiri.

TRIVIA: SELEBRITI YANG LAHIR PADA BULAN APRIL:

  • Michael Fassbender
  • Robert Downey Jr.
  • Pharrell Wiliams
  • James Franco
  • James McAvoy
  • John Cena
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI