Aksi seorang lelaki menggunting sebuah beg berjenama Louis Vuitton (LV) di pusat beli-belah KLCC mencuri tumpuan rakyat Malaysia.

Kejadian berlaku apabila seorang pelukis dan penulis, Lepat atau nama sebenarnya Ismail Ariffin dilayan seperti ‘sesuatu’ hanya kerana berpakaian biasa.

Penulis Lepat Dilayan Macam ‘Sesuatu’, Rakannya Gunting Beg LV Tanda Protes!

Menyedari staf di butik itu berperangai sedemikian, rakan Lepat yang juga merupakan seorang Datuk telah bertindak dengan membeli sebuah beg LV.

Ads

Datuk gunting beg LV tanda protes

Lalu di hadapan pengurus butik itu, Datuk berkenaan menggunting beg LV itu sebagai tanda protes dan mengajar, “Jangan pandang orang sebelah mata.”

Berdasarkan komen yang ditinggalkan, netizen mendakwa lelaki yang menggunting beg itu dikenali sebagai Datuk Zainal Abidin Awang.

Ads

Ujar netizen yang pernah berurusan dengannya, Datuk Zainal dikatakan sememangnya berperwatakan humble serta sempoi.

Pekerja butik mewah berlagak kalahkan owner

Dari sudut lain pula, ada netizen berpendapat perkara itu adalah satu lumrah sejak zaman-berzaman kerana memang ada golongan yang menilai secara luaran.

Ads

Jika dilihat pelanggan yang datang bukan seperti lagak oorang kaya atau berduit, layanan acuh tak acuh akan diberikan sedangkan mereka cuma berstatus pekerja sahaja.

Kejadian yang dialami Lepat dikatakan turut pernah dialami netizen yang lain dan masing-masing sudah masak dengan perangai segelintir manusia yang ‘tidak sedar diri’.

Apa komen anda?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI