Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini trend sneakers atau kasut gaya hidup meningkat dengan mendadak. Permintaan silhouette sneakers ikonik juga dilihat semakin meningkat dan trendnya kembali popular.
Salah satu sneakers yang mempunyai legasi cukup penting dalam dunia fesyen sejak sekian lama ialah PUMA Suede. Meraikan legasi bertersan kasut tersebut, PUMA telah mengaktifkan kempen mereka tersendiri dikenali sebagai ‘Be Iconic’.
Ia merupakan kempen dan siri pengaktifan yang bakal berlangsung di kesemua outlet mereka di seluruh Malaysia.
Dengan sejarah lebih 50 tahun, PUMA Suede menjadi antara item fesyen dan gaya hidup yang cukup dikenali ramai, malah dianggap sebagai di antara produk PUMA yang paling dikenali di kalangan penggemar fesyen dan gaya hidup jalanan.
Bermula sebagai PUMA CRACK, kasut ini kemudiannya berevolusi kepada model CLYDE, kemudian PUMA STATES sebelum di peringkat global di pasarkan dengan nama PUMA Suede.
Ads
BUDAYA MELANGKAUI SUKAN
PUMA juga turut melakar pengaruh yang cukup kuat terhadap budaya melangkaui sukan. PUMA Suede secara ikoniknya adalah kasut pilihan untuk penari break-dancer dan artis hip-hop pada era 1980-an.
Selepas itu ia menyaksikan PUMA menjalinkan kerjasama bersama nama-nama besar seperti Rihanna, Jil Sander dan Alexander McQueen untuk mencipta produk dan koleksi baharu yang berani yang akan dikaitkan selama-lamanya dengan sejarah reka bentuk dan fesyen.
Ads
EVOLUSI GAYA
Sama ada membincangkan permulaan sederhana PUMA SUEDE sebagai model kasut bola keranjang yang berpotensi, atau evolusi sebagai kasut trek dan kaitannya dengan senario muzik dan komuniti Hip-Hop, serta pelbagai sub-budaya yang menghubungkan elemen asasnya.
Ads
Akan tetapi satu perkara yang, PUMA telah sedikit sebanyak mengubah lanskap fesyen dan sneakers secara amnya dengan item ditakrifkan bukan sahaja oleh sifat fizikalnya, tetapi juga melalui keupayaannya untuk memupuk pemboleh ubah kronologi dan anjakan budaya yang berkongsi garis masanya.
Kempen ‘Be Iconic’ akan menyaksikan warna baharu kasut SUEDE dikeluarkan sebagai eksklusif dalam kedai di semua kedai PUMA di seluruh Malaysia.
Kasut SUEDE ulang tahun ke-75 menampilkan bahagian atas suede penuh bersama beberapa sentuhan moden untuk kualiti keseluruhan yang lebih baik dan rasa yang hebat sepanjang masa.
Selain itu, PUMA Suede turut mendapat sentuhan camowave dengan lapisan bahan yang diimaginasikan semula menjadi gelombang organik, memberikan kesan segar pada klasik. Jadi buat peminat sneakers dan PUMA Suede khususnya jangan ketinggalan meraikan kempen ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Suami mana yang ‘perfect’? kalau dah namanya manusia, pasti akan mempunyai kekurangan di mana-mana. Jangan sentiasa mengimpikan lelaki yang manis seperti gula, mempunyai tenaga seperti Thor dan wajah kacak seperti Henry Golding. Ketahuilah bahawa suami yang anda cintakan itu sebenarnya mempunyai banyak kelemahan. Membawang menjadi sinonim kepada para wanita hari ini. Wanita lebih cenderung kepada berbual mengenai isu semasa ataupun selebriti ketika berada di pejabat ataupun sedang menunggu anak keluar dari perkarangan sekolah.
Bukanlahlah nak menegah anda dari para isteri dari bergosip, cuma cenderung anda terhadap menceritakan aib suami anda itu akan lebih berleluasa. Ini antara perkara-perkara yang tak patut anda ceritakan pada orang perihal suami anda.
Ayat yang dikeluarkan suami apabila tengah marah
Penting untuk anda menyimpan rahsia rumah tangga anda dengan tidak menceritakan apa dan bagaimana pergaduhan antara anda dan suami anda. Jika ia benar-benar menganggu mental dan fizikal anda pergilah kepada mereka yang lebih arif dan pakar dalam rumah tangga.
Cerita buruk keluarganya
Perkahwinan bukan bermakna anda berkahwin dengan pasangan anda sahaja, namun ia bersifat menyeluruh dimana anda turut berkahwin dengan keluarga masing-masing. Wanita lebih gemar berkongsi perihal keluarga mertua kepada rakan-rakan, namun biarlah berpada-pada, jangan sehingga membuka aib keluarga tersebut sudahlah.
Cerita atas katil
Ini rahsia paling perlu anda simpan! Bukan sahaja dari segi kemanusiaan, malah dalam setiap agama juga melarang anda dari membuka rutin harian anda di atas katil. Jika suami anda mengalami masalah-masalah seperti mati pucuk, berbincang dengannya baik-baik agar rumah tangga anda tidak bergolak.
Gaji Suami
Ini sensitiviti yang perlu setiap wanita jaga. Gaji suami melambangkan status suami dan keluarga anda. Sejauh mana pun anda percaya pada orang sekeliling anda, ia akan memberi pandangan negatif kepada orang ramai, jika anda menceritakan perihal gaji suami anda. Lelaki boleh tertekan dan mula meradang jika egonya diperlekehkan. Jadi sila jaga aib suami.
Tabiat buruk
Seperti yang dikatakan pada awalan tadi, tabiat buruk juga merupakan lumrah manusia, tiada sesiapa pun yang tidak mempunyai tabiat buruk. Ia merupakan kekurangan setiap orang dalam dunia ini. Contohnya seperti suami gemar meletakkan baju kotor bersepah di dalam rumah, ataupun tidak mahu membantu dalam mengemas rumah, isterit tidak wajar untuk menceritakan perihal ini kepada orang ramai. Sebaliknya, berbincang secara baik dan beri nasihat. Ada banyak cara untuk mengubah tabiat ni, namun tidaklah perubahan itu sepantas kilat. Semua perkara memerlukan masa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dunia muzik dan denim kembali bergabung dan kali ini menerusi kolaborasi bersama aktor serta pemuzik yang memenangi 10 Anugerah Grammy, Justin Timberlake. Sentuhan moden pada helaian ikonik Levi’s® yang dicetuskan daripada cinta Justin terhadap muzik diolah pada koleksi “Fresh Leaves” Levi’s® x Justin Timberlake yang sememangnya amat dinantikan dan bakal ditampillkan di butik Levi’s® terpilih seluruh dunia mulai 4 Oktober ini.
Nama “Fresh Leaves” diambil daripada konsep Timberlake yang menonjolkan penggayaan tersendiri sambil menawarkan penampilan segar pada helaian klasik untuk generasi akan datang. Timberlake bekerjasama dengan pasukan rekaan Levi’s® dalam mencipta semula beberapa helaian ikonik jenama ini dengan hasil memukau yang menyerlahkan padanan klasik bernafas baru. Hasilnya ialah koleksi 18-helaian untuk lelaki, direka dengan padanan penuh ikonik menerusi lensa moden dan di luar jangkaan.
Justin bergandingan dengan pasukan rekaan Levi’s® dalam mencipta koleksi eksklusif ketika sesi mendengar dan merekacipta di Makmal Inovasi Eureka terletak di San Francisco, pusat Levi’s® Archives dan bilik pameran di Los Angeles yang lebih dikenali sebagai Haus of Strauss. Hasilnya ialah koleksi 18-helaian untuk lelaki, direka dengan padanan penuh ikonik menerusi lensa moden dan di luar jangkaan.
Koleksi kapsul ini memperkenalkan himpunan ikon Levi’s® terbaik, semuanya dihasilkan penuh teliti dan terperinci menggunakan fabrik premium. Koleksi ini menawarkan gaya jalanan moden dan bermain dengan aspek ketidakseimbangan, dengan padanan besar dan lebih labuh serta menambah hood pada jaket trucker dan kemeja. Red Tab ikonik Levi’s® dan tampalan kulit ‘Two Horse Pull’ yang menjadi tanda pengenalan jenama ini kedua-duanya ditampilkan dalam tulisan hitam, elemen unik yang eksklusif untuk koleksi ini.
Koleksi “Fresh Leaves” ini boleh didapati di butik terpilih Levi’s® seluruh Malaysia mulai 4 Oktober 2018 dengan harga antara RM99 to RM599. Untuk maklumat lanjut, layari www.levi.com.my atau laman Facebook Levi’s® di www.facebook.com/levismy.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hari ini kita telah masuk hari ke-19 dalam bulan Ramadan menandakan 19 hari juga kita telah berpuasa. Ini bermakna kita ada lebih kurang 10 hari sahaja lagi sebelum meraikan Hari Raya Aidilfitri.
MASKULIN yakin ramai di antara anda sekarang sedang berkira-kira untuk membeli baju raya terutamanya Baju Melayu. Rasanya tidak sah untuk seorang lelaki tampil segak dengan Baju Melayu lengkap digayakan dengan samping.
Di pasaran sekarang terdapat banyak jenama dan jenis bahan kain yang digunakan. Setiap satunya dipasarkan dengan kelebihan tertentu seperti kai tidak panas dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Namun tahukah sebenarnya untuk mendapatkan keselesaan maksima memakai Baju Melayu adalah dengan memilih saiz yang betul. Dengan segala macam jenis potongan yang ada sekarang mungkin boleh buat anda keliru.
Untuk memilih saiz Baju Melayu yang anda perlu mengetahui ukuran bahagian badan yang berbeza seperti ukuran dada, pinggang, dan panjang tangan.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa langkah mudah untuk membantu anda memilih saiz Baju Melayu yang betul:
Ukuran Dada
Anda perlu mengukur bahagian dada di bawah ketiak. Ukur keliling dada anda dengan meteran kain dan pastikan ia selesa tetapi tidak terlalu longgar.
Ukuran Pinggang
Bagi bahagian pinggang pula anda harus mengukur di bahagian terkecil. Ukur keliling pinggang anda dengan meteran kain dan pastikan ia selesa tetapi tidak terlalu longgar.
Foto: Armaan
Panjang Lengan
Anda perlu mengukur dari bahagian tengah belakang leher hingga ke tangan anda. Pastikan untuk mengukur dari bahagian belakang baju anda.
Rujuk Carta Saiz
Setiap jenama Baju Melayu di pasaran mempunyai carta saiz yang berbeza. Rujuk carta saiz untuk jenama baju yang anda minati dan gunakan ukuran badan anda untuk memilih saiz yang betul.
Cuba Saiz Berbeza
Sekiranya anda tidak pasti dengan saiz yang betul, cuba beberapa saiz yang berbeza dan pilih yang terbaik.
Saiz Seluar
Kebiasaannya untuk Baju Melayu ready-to-wear akan hadir dengan seluar menggunakan getah di sebahagian keliling pinggang. Jadi untuk seluar anda usah risau kerana ukurannya tidak begitu rumit.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Selamat membeli-belah baju raya!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Dapatkan Baju Melayu yang berkualiti seperti foto di atas di sini ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.