Gaya Hidup

Kaunter LHDN Diserbu Orang Ramai Sanggup Berhujan Ingin Buat Rayuan BPN

Share

Salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat berdepan situasi sukar akibat pandemik COVID-19 ialah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang merupakan salah satu stimulus Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

BPN seperti mana kita sedia maklum merupakan bantuan one-off daripada kerajaan dalam bentuk wang tunai kepada golongan sasaran B40, M40 dan juga golongan bujang dari ketegori sama.

Walau bagaimanapun terdapat banyak permohononan yang berdepan dengan status tidak lulus. Oleh itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya beberapa hari lalu menyatakan orang ramai boleh membuat rayuan bermula pada hari ini di Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Hari ini telah dilaporkan orang ramai telah menyerbu bangunan LHDN di seluruh negara bagi membuat rayuan permohonan BPN mereka sejak awal pagi lagi.

Memetik laporan BH Online, kira-kira 400 orang berbaris panjang hingga melimpah ke luar bangunan LHDN Johor, Bandar Baru Uda beratur untuk membuat rayuan. Malah mereka tidak berganjak walaupun hujan turun mencurah.

Orang ramai dilaporkan mula berbaris sejak jam 7:30 pagi lagi namun rata-rata mengikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dengan memastikan penjarakan sosial serta memakai topeng mulut dan hidung.

Buat anda yang ingin membuat rayuan sebenarnya tidak perlu tergopoh-gapah kerana kerajaan membenarkan permohonan rayuan dilakukan sehingga 31 Mei. Operasi LHDN untuk proses rayuan BPN pula bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

Jadi jika anda ingin membuat rayuan, usahlah khuatir. Masih ada banyak masa lagi. Elakkan untuk berada di satu tempat yang mempunyai ramai orang. Keselamatan anda jauh labih penting dari wang ringgit.

IKLAN