Susah kawal nafsu makan dan pelik kenapa nafsu makan anda membuak-buak? Macam mana mahu kurus ni?
Tak apa, tak menjadi masalah. Di Facebook Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia ada berikan sedikit tip berguna untuk elak makan secara berlebihan.
Ini antara tip-tip untuk kawal nafsu makan dan cara-cara untuk elak makan secara berlebihan.
Artikel berkaitan: Kalau Nak Kurus, Jangan Takut Makan Banyak
Artikel berkaitan: Hati-hati ‘Lelaki Kurus’ Walaupun Anda Makan Banyak Tetapi Tak Gemuk, Tidak Semestinya Anda Sihat!
1. Elak rasa lapar terlalu lama
2. Makan ikut waktu
Melangkau waktu makan, boleh menyebabkan seseorang menjadi sangat lapar pada sesi makan. Maka terjadinya gabungan 2 sesi makan. Contoh Brunch. Elak langkau waktu makan dan elak makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.
3. Pilih dan ambil makanan tinggi serat
4. Ambil masa kunyah
Untuk mendapatkan rasa kenyang, ia mengambil masa. Jadi ambil masa untuk anda habiskan makanan anda. Cadangan dalam 20 – 30 minit. kunyah makanan anda sehingga hancur sebelum telan.
BACA: Makan Kunyah Perlahan-Lahan, Antara Teknik Kawal Selera Makan
5. Elak makan di hadapan skrin
6. Ambil buah sebelum makanan
7. Minum air kosong sekiranya lapar
Pengambilan air kosong dapat membantu ‘memenuhkan’ perut anda dengan tambahan 0 kalori. Ini dapat membantu anda untuk rasa kenyang dan sekurang-kurangnya perut akan bertahan serta tubuh badan pun akan rasa segar.
8. Gunakan pinggan lebih kecil
9. Elak hiding makanan atas meja makan
Makanan berhidang nasi dan lauk-pauk di atas meja, boleh meningkatkan potensi anda untuk tambah makanan. Sekiranya anda hendak kawal makanan anda, ambil makanan yang anda hendak makan sahaja dan tinggalkan makanan / baki lainnya di dapur.
Ini adalah salah satu trik untuk anda ‘menipu’ diri anda sebenarnya.
10. Disiplin
Motivasi untuk anda ber”diet” mungkin akan berkurangan dari semasa ke semasa. Oleh itu, apa yang ada perlu adalah disiplin!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI