
Kolaborasi dunia fesyen dan automotif kini bukan lagi menjadi perkara yang asing. Sebelum ini sudah banyak kita lihat kolaborasi terutamanya dalam pengenalan sneakers dihasilkan.
Terbaru, kolaborasi jenama sukan dan gaya hidup popular iaitu adidas melakukan kerjasama bersama jenama yang cukup sinonim dengan motosikal berkuasa tinggi, Kawasaki.
Pengenalan koleksi ini dikatakan bakal dikeluarkan pada musim luruh sebagao salah satu inisiatif kolaborasi dilakukan oleh adidas. Menerusi koleksi kolaborasi bersama Kawasaki, dua sneakers dari model zx 8000 DAN zx 5K BOOST bakal diperkenalkan.
Menerusi kolaborasi ini, adidas ZX 800 tampil dengan pilihan yang lebih menyerlah dengan paduan warna yang cukup menarik. Kedua-dua bahagian kasut hadir dengan gabungan warna hijau neon dan sedikit sentuhan warna biru.
Ia sebenarnya warna tidak asing lagi dengan model Kawasaki Ninja yang merupakan motosikal cukup ikonik di dunia. Perkataan ‘Ninja’ juga terselah dengan saiz yang cukup besar pada bahagian sisi kasut. Manakala ZX 5K BOOST pula hadir dengan tema warna lebih gelap.
Warna yang dominan ialah hitam dengan sedikit sentuhan wrha perak metalik dan hijau. Perkataan ‘Ninja’ pula ditonjolkan pada bahagian hadapan dengan menggunakan warna hijau neon. Buat masa sekarang masih belum ada sebarang tarikh pengenalannya di pasaran.
Namun dipercayau ia akan diperkenalkan secara rasmi dalam tempoh terdekat. Jadi buat peminat adidas dan Kawasaki terutamanya, inilah kasut yang tidak harus anda lepaskan!
Hiris Bawang Putih & Letakan Di Tepi Kepala ini dia Beberapa Cara Untuk Legakan Migraine

Migraine atau sakit kepala memang tidak akan menyenangkan buat sesiapa yang menghadapinya. Silap hari bulan efek sampai semuanya serba tidak kena.
Anda mungkin perlukan tidur selama satu hingga dua jam untuk melegakan kepala anda. Tetapi tahukah anda, ada beberapa cara lain untuk melegakan sakit kepala.
MASKULIN senaraikan 6 cara untuk melegakan dan mengurangkan sakit kepala, antaranya ialah;
#1: Minum air untuk tambahkan cecair dalam badan
Kebarangkalian badan ada memerlukan air atau dehidrasi kerana itulah anda pening, untuk kembali seperti biasa anda memerlukan cecair dalam tubuh badan dengan meminum air kosong, air limau purut atau teh.
#2: Hiris bawang putih
Salah satu petua untuk hilangkan pening adalah anda perlu hiris bawang putih secara halus dan letak di tepi dahi sehinnga sakit kepala itu hilang.
#3: Duduk tegak
Duduk tegak juga boleh menghilangkan sakit kepala. Jada posisi badan dan jangan terlalu membongkok. Pastikan leher dapat menahan berat kepala. Selalunya perkara ini terjadi kerana leher tidak dapat menahan bebean yang ada di bahagian kepala lalu itotnya menegang dan akhirnya menimbulkan rasa pening, jadi cuba ubah posisi duduk anda dan duduk tegak.
#4: Minum air rebusan epal hijau
Epal hijau bukan sahaja bagus dimakan begitu sahaja, air rebusannya juga bagus untuk menghilangkan sakit kepala. Caranya belah epal hijau dan rebuskan bersama beberapa gelas air. Kemudian ia akan pekat dan letakan di dalam gelas tersebut. Jangan campurkan gula untuk kesan yang lebih baik.
#5: Rendamkan kaki
Salah satu cara lain, ambil besen atau bekas berisi air suam dan rendamkan kaki selama beberapa minit. Cara ini dapat menurunkan tekanan darah dari kepala dan serta akan melegakan badan.
#6: Picit kepala dengan limau kasturi
Perahkan limau Kasturi ke atas kepala kemudian ramas rambut perlahan dan picit kepala untuk melancarkan aliran darah. Untuk langkah terakhir bilas dengan menggunakan air yang bersih.
Hati-hati Kalau Ada Benjolan, Ini 5 Punca & Jenis Angin Pasang Yang Lelaki Jangan Abaikan!

Penyakit hernia atau angin pasang amat sinonim dengan lelaki. Penyakit ini biasanya menyerang kerana terdapat bahagian khusus dalam rongga perut yang mengawal fungsi alat kelamin. Hernia juga dikenali sebagai angin pasang surut kerana wujudnya benjolan yang tengelam timbul.
Angin pasang ini boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian hadapan abdomen. Ia dikenali sebagai epigastric (bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernia (pada umbilicus).
Pasang surut berlaku apabila otot yang berada di antara perut dan paha menjadi lemah sama ada telah lemah sejak lahir atau menjadi lemah apabila usia meningkat.
Antara 5 punca menyebabkan otot di kawasan tersebut lemah
- Sering batuk terutamanya jika anda seorang perokok. Batuk akan memberikan tekanan yang tinggi kepada organ dalam tubuh sehingga menyebabkan usus terkeluar dari tempat asalnya dan membentuk benjolan yang dapat dilihat dengan mata kasar.
- Sering melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat barang-barang yang berat atau apa sahaja pekerjaan yang melibatkan seseorang sering membongkok dan berdiri tegak semula.
- Sering meneran ketika nak membuang air besar dan ini kemungkinan berlaku disebabkan sembelit.
- Ada kemungkinan sejak lahir, otot di kawasan tersebut sudah bermasalah dan menjadi lemah.
- Berat badan yang berlebihan.
Jenis-Jenis hernia
- Hernia di celah kelangkang (Groin hernia)
- Hernia selepas pembedahan (Incision hernia)
- Hernia di pusat (Umbilical hernia)
- Hernia atas pusat (Epigastrik hernia)
- Hernia inguinal
Menurut Perunding Bedahan Am, Payudara dan Endokrin, Tropicana Medical Centre, Dr. Zamzuri Zakaria, masalah hernia ini tidak boleh dipandang ringan kerana jika lambat mendapatkan rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi yang mampu membawa maut.
“Hernia ialah benjolan tidak normal yang berlaku dari satu kaviti ke kaviti lain. Hernia yang paling sering ditemui ialah hernia inguinal yang muncul di kawasan sekitar ari-ari dan pangkal pAha. Malah benjolan tersebut boleh besar sehingga ke bahagian kerandut kerana bahagian otot dinding kulit yang lemah terlalu besar.
“Komplikasi boleh berlaku apabila bahagian yang terkeluar contohnya usus, mati akibat halangan untuk masuk kembali dan tisu tersebut tercekik di laluan tersebut lalu menyebabkan iskimia iaitu darah tidak dapat mengalir ke bahagian tersebut dan akhirnya gangren.
“Jika kuman sudah mula menyerang bahagian yang telah mati itu, ia boleh mengancam nyawa. Sebab itu pengesanan dan rawatan awal amat penting bagi mengelakkan sebarang komplikasi.”
Sumber: Utusan
- Hernia inguinal : Banyak berlaku dan boleh dibahagikan kepada dua iaitu indirect, hernia kongenital yang berlaku sejak lahir. Dianggarkan 800 hingga 1,000 dalam satu juta penduduk lelaki menghidap hernia jenis ini. Indirect boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur dan empat kali ganda lebih kerap ditemui berbanding direct hernia.
- Direct : Hernia yang dihidapi hanya orang dewasa. Kebanyakan pesakit ialah lelaki berusia 40 hingga 60 tahun. Ada pesakit menghidap jenis inguinal hernia campuran direct dan indirect.
Gejala dan tanda-tanda angin pasang ialah terasa mual di bahagian hernia dan ingin muntah, rasa ngilu yang amat keras, terdapat benjolan di lokasi hernia, perut kembung disertai dengan mual dan muntah, jika berbaring benjolan hernia mula hilang.
Hernia atau disebut juga sebagai angin pasang, burut atau pasang surut lebih dikenali sebagai penyakit lelaki, kerana hanya orang lelaki mempunyai bahagian khusus dalam rongga perut (abdomen) untuk mendukung fungsi alat kelaminnya.
Jadi hati-hati jika anda merasakan ada benjolan pada bahagian ini. Sebaiknya, berjumpa dengan doktor agar rawatan dapat dikendalikan dan dirawat.
Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.
Pemandu Teksi Ini Kongsi Lokasi Hotspot Penumpang Kena Cas Harga Tinggi Di Sekitar KL

Walaupun sudah banyak perkhidmatan kenderaan E-Hailing yang beroperasi di Malaysia, namun masih ada lagi orang yang memerlukan perkhidmatan teksi untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Walaupun terpaksa bersaing dengan pemandu E-Hailing, sesetengah pemandu teksi ada yang jujur menggunakan meter untuk berlaku adil kepada pelanggan. Namun, ada juga masih berdegil hingga sanggup ‘sembelih’ harga yang mahal kepada pelanggan.
Tidak tahan dengan sikap negatif tersebut, seorang pemandu teksi iaitu Mohd Faiz Hashim, mendedahkan lokasi hotspot yang selalu menjadi tempat pemandu teksi suka cas harga mahal kepada pelanggan.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini:
Teksi dan Sembelih Harga
Bila ade persatuan teksi yang berjuang untuk hak pemandu. Brader memang sokong. Walaupun tak terlibat secara langsung. Benda yang baik, brader setuju aja.
Teksi Malaysia ni terutama teksi bermeter tak kiralah apa warna pun mempunyai isu yang sama. Iaitu ade segelintir pemandu yang tamak haloba tanak guna meter dan sembelih harga.
Bila GRAB masuk maka driver teksi kaki sembelih ni mula kepanasan. Income makin kurang. Bukan mereka je, driver teksi yang ikut meter pun terpalit sama.
Mula-mula dulu bukan main samseng. Tahan driver grab dan sebagainya. Sampai sekarang perangai samseng tu masih ade pada segelintir pemandu.
Kemasukan GRAB memberi impak yang besar pada industri teksi. Ramai yang kaki/port tambang sembelih dah berubah. Mereka dah mula guna meter. Ni pengalaman brader sendiri naik teksi kat komuter 19 Shah Alam yang dulu terkenal dengan sistem tambang ikut kepala. Tapi masih ade lagi saki baki driver teksi yang tak serik-serik sembelih harga.
Bila persatuan buat perhimpunan nak bela nasib pemandu. Driver kaki sembelih ni pun join sama. Konon nak bela nasib. Tapi pada masa yang sama masih lagi kekal perangai buruk tanak guna meter.
Semalam baru terjadi pada customer yang brader bawa. Semalam brader bawa pelancong dari Mumbai, 4 beranak. Bawa pusing-pusing dalam KL dari tengah hari sampai la jam 8pm. Last drop off di Time Square. Sebab mereka nak shoping beberapa jam. Jadi mereka tak perlukan teksi brader lagi. Lagi pun depan Time Square ada banyak teksi. Plan jalan-jalan bersambung hari ni.
Masa brader pickup family ni tadi. Si bapa bernama Mr Jeetu meluahkan kekecewannya sebab kena sembelih dengan driver teksi di Time Square. Mereka settle shopping dalam jam 10malam dan keluar nak ambil teksi untuk pulang ke hotel.
Tiada seorang pemandu teksi pun nak guna meter. Semua main bukak harga. Paling tinggi bukak rm45. Paling rendah rm35. Nego dapatlah rm30. Sebab malas nak buang masa terpaksa dia amik juga. Sebab wife dia kurang upaya dan memggunakan kerusi roda serta tong oksigen mudah alih. Mereka nak segera balik.
Padahal tambang dari Time Square ke hotel pada jam 10malam dengan kenderaan tak banyak. Habis kuat pun rm15. Kalau sesak sikit rm20. Kalau lampu trafik baik hati bagi semua hijau, ada gaya tambang rm12-14 je
Kalau begini lah sikap pemandu teksi. Elok la penumpang guna grab je. Biar padan muka pemandu teksi dan muka brader sekali. Bikin malu brader je semalam. Bila penumpang amik grab kau marah. Bila penumpang nak naik teksi kau sembelih cukup-cukup. Beras rumah kau dah habis ke?
Sekali lagi brader sarankan kepada anda semua yang masih sudi naik teksi. Pilihlah yang guna meter. Jangan layan mereka yang sembelih harga. Sound sekali pun bagus. Biar sedar diri. Kalau tak sedar jugak, pegi mampos la sama teksi yang sembelih harga tu. Tunggu mereputlah nak dapat mangsa.
Di sini brader nak share lokasi-lokasi driver teksi kaki sembelih:
– Depan Petaling Street
– Teksi yang bersidai luar Klcc
– Segelintir yang bersidai luar pavilion.
– Depan arab street
– Bersidai depan Time Square.
– Sepanjang jalan Bukit Bintang depan KFC hingga Federal hotel.
Ingat, tak semua pemandu yang berada di lokasi yang brader nyatakan tu kaki sembelih. Pasti ade sorang dua yang jujur ikut meter. Kalau rajin, cari. Kalau tak sila ikut langkah dibawah.
Cara mudah untuk mendapatkan teksi bermeter adalah dengan menggunakan app GRAB. Pilihlah GrabTaxi. Penumpang ada pilihan taxi bajet dan taxi eksekutif. Ikut suka hati kau orang lah. Insyallah pemandu yang guna app ni biasanya ikut undang-undang. Sebab mereka takut kena ban, jadi kena ikut.
Brader dengar company e-hailing lain pun ade pilihan untuk teksi. Jadi gunakan lah.
Akhir kata, kepada yang masih percaya dengan khidmat teksi bermeter. Brader ucapkan ribuan terima kasih.
Kepada pemandu teksi bermeter. Berilah service yang terbaik. Guna la meter. Berusahalah mencari rezki yang halal. Duit tu nanti nak digunakan untuk keluarga. Kalau sumber pun haram, jangan terkejut kalau perangai anak kau macam setan gondol.
Sekian.