Foto: Freepix.com

Selain mampu menambahkan selera makanan pedas turut menghadirkan rasa sensasi yang unik dan hanya peminat makanan pedas sahaja yang faham.

Tapi bagaimana pula memakan makanan pedas sepanjang bulan puasa? Adakah ia baik untuk kesihatan atau sebaliknya.

Makanan pedas mengandungi kandungan capsaicin yang terdapat di dalam lada atau cili. Ia merupakan sejenis komponen kimia di dalam cili yang menyebabkan rasa pedas pada lidah.

Jadi apa kesan kepada anda jika mengambil makanan pedas pada bulan puasa?

Keburukan Makan Pedas Ketika Berbuka & Bersahur, Antaranya Mudah Rasa Haus

PERUT KOSONG DALAM KEPEDASAN

IKLAN

Sepanjang hari berpuasa membuatkan perut kita menjadi kosong tanpa makanan dan minuman. Jadi secara tidak langsung apa yang kita makan akan terus bersentuhan dengan esofagus.

Oleh itu elakkan mengambil makanan pedas sebagai juadah makanan untuk berbuka puasa. Jangan terus ambilnya sebagai hidangan pertama anda.

Berikut merupakan kesan yang boleh berlaku kepada anda jika bersahur atau berbuka dengan makanan pedas:

MUDAH RASA HAUS

Sama seperti makanan yang mengandungi garam tinggi, makanan pedas juga boleh menyebabkan anda mudah berasa haus. Kondisi ini berlaku kerana sensasi rasa pedas pada lidah mendorong anda minum lebih banyak air.

IKLAN

Lalu ia menyebabkan suhu badan meningkat terutamanya jika menjamah hidangan pedas ketika sahur. Bila ia berlaku anda akan jadi mudah mudah berpeluh dan kesannya kandungan air dalam badan akan berkurangan dan boleh menyebabkan rasa haus.

Keburukan Makan Pedas Ketika Berbuka & Bersahur, Antaranya Mudah Rasa Haus

SAKIT PERUT

Bersahur dengan makan makanan pedas boleh mendatangkan implikasi yang mencabar. Kalau tidak ingin terperuk sepanjang pagi di dalam tandas elakkan makan makanan terlalu pedas ketika bersahur.

IKLAN

Apabila sakit perut dan berulang-alik ke tandas memang membuatkan anda rasa penat dan lemah. Jika berlarutan, barangkali anda terpaksa berbuka puasa kerana perlu mengambil ubat.

RISIKO GASTRIK

Walaupun ia sering digunakan sebagai alasan untuk orang tidak mahu berpuasa tapi masalah gastrik adalah satu kondisi serius. Gastrik berlaku disebabkan radang berlaku pada bahagian dalam dinding perut.

Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria namun boleh berlaku disebabkan tabiat makan makanan pedas. Kandungan capsaicin menyebabkan kerengsaan pada dinding perut. Apatah lagi ketika perut kosong dan anda menjamah makanan pedas. Jika dibiarkan lama-kelamaan dinding perut boleh luka.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI