Setiap orang yang ingin turunkan berat badan perlu tahu, pola pemakanan seseorang boleh menentukan saiz perut. Jadi anda hanya perlu mengubah sedikit pengambilan makanan untuk mendapatkan perut flat dan tidak mengelebih.
Ini dia beberapa cara untuk dapatkan perut kecil tanpa perlu ke gym dan berhabis duit upah trainer untuk bantu diri anda!
#1: Makan malam tiada masalah
Tengan malam rasa lapar? Tak jadi masalah, makan sahaja makanan yang rendah karbohidrat seperti telor rebus atau buah-buahan. Oat juga membantu sekiranya anda benar-benar lapar, jika makan sahaja kekacang yang ada.
IKLAN
#2: Makan ikut waktu
Jika bercakap tentang waktu makan, pastikan anda makan mengikut pada waktunya. Misal kata anda ingin makan pagi pastikan anda makan sebelum pukul 9 pagi. Sekiranya tengah hari puku 12 tengah hari – pukul 2 petang dan malam pastikan anda mengambil makanan sebelum jem 8 malam.
IKLAN
#3: Minum air
Salah satu tips untuk kecilkan dan buang lemak di bahagian perut adalah minum air. Keadaan ini akan membuatkan perut semakin kenyang dan badan akan dehidrasi sepenuhnya. Jadi anda tidak mudah untuk berasa lapar. Minum di antara jam 4 petang dan 10 malam
IKLAN
#4: Senaman Jangan Dilupakan Terus
Walaupun ini adalah tips mengecilkan perut tanpa senaman, tetapi jangan dilupakan terus. Dengan melakukan senaman ia akan mempercepatkan proses turun berat badan anda malah, anda juga akan rasa lebih fresh dan lebih bersemangat. Tidak perlu ke gym, di bilik tidur juga anda boleh lakukannya. Tonton sahaja Youtube, segalanya ada.
#5: Snek boleh, tetapi jangan ambil sebarang makanan
Jika anda lapar, anda boleh nikmati hidangan snek. Tetapi pastikan makanan itu berkhasiat seperti cerial bar, biskut atau telur rebus mahupun buah-buahan. Jangan pula kamu makan rojak ya!
Tugas suntingan (editing) bukanlah semudah yang disangka. Ia memerlukan ketelitian yang sangat tinggi untuk menghasilkan sesuatu gambar yang bagus.
Sama seperti gambar yang disunting oleh seorang pemuda ini yang meletakkan dirinya di dalam ‘skrin filem’.
Menariknya, setiap gambar yang disunting itu seperti tidak dapat menunjukkan cacat celanya kerana ia bagaikan terlalu sempurna.
Tidak dinafikan setiap gambar yang diedit itu menimbulkan rasa kagum dalam kalangan wargamaya dan menerusi entri ini, jom kita sama-sama saksinya gambar tersebut :
Macam mana? Nampak hebat bukan? Ternyata hasil kerjanya begitu mencuri tumpuan orang ramai.
Tak peliklah gambar-gambar yang disunting ini menerima perkongsian semula daripada ribuan wargamaya yang sangat teruja!
“Tanggal 31. Bulan lapan lima puluh tujuh. Merdeka! Merdeka! Tetaplah merdeka. Ia pasti menjadi sejarah!”
Lagu popular dari Allahyarham Sudirman ini pastinya diputar dengan begitu kerap di corong-corong radio dan TV tempatan bersempena bulan kemerdekaan negara kita pada bulan ini.
Dan bersempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-62, banyak syarikat penyedia makanan dan minuman menawarkan diskaun yang cukup menarik khas buat rakyat Malaysia.
Trend ini sememangnya sangat ditunggu-tunggu oleh pengguna di negara kita. Promosi hebat bulan kemerdekaan biasanya menawarkan diskaun dan tawaran yang sangat menarik.
Tidak terkecuali juga tahun ini yang menyaksikan pelbagai diskaun menarik di beberapa buah outlet dan restoran. Inilah peluang bagi anda yang suka diskaun untuk bawa teman istimewa keluar dating. Apatah lagi pada minggu ini kita bercuti panjang sampai hari Isnin.
Berikut merupakan 9 promosi diskaun hebat yang menjadi pilihan MASKULIN. Sebagai lelaki anda harus sentiasa ingat, teman wanita yang perutnya happy pasti hatinya lebih happy!
1. TEXAS CHICKEN
2. SUSHI KING
3. STARBUCKS
4. KENNY ROGERS ROASTERS
5. DUNKIN’ DONUTS
6. SECRET RECIPE
7. AUNTIE ANNE
8. BOAT NOODLE
9. SAKAE SUSHI
Selamat menjamu selera dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-62!
Buah limau mandarin memang sinonim dengan Tahun Baru Cina. Bahkan bulan Februari ini mudah nak jumpa buah limau mandarin di mana-mana.
Selain menjadi kegemaran ramai, limau mandarin kaya dengan vitamin C. Namun kalau makan limau mandarin terlalu banyak, anda boleh sakit tekak dan batuk.
Bagi menghalang anda sakit tekak disebabkan makan limau mandarin, Dr Rosli Abdul Jalil menerangkan cara-cara betul nak makan limau mandarin. Baca perkongsiannya.
Limau mandarin dan meningkatnya gejala sakit tekak di musim perayaan.
Limau sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak.
Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan dan apakah kaitannya dengan limau mandarin tersebut?
Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu ke dalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.
Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!
Semoga anda kekal sihat di musim perayaan ini.
Pesanan ringkas ‘Tips kekal sihat di musim perayaan’ ini ditulis oleh: DR ROSLI ABD JALIL.
Limau mandarin dan meningkatnya gejala sakit tekak dimusim perayaan.Limau sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak.Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan dan apakah kaitannya dengan limau mandarin tersebut?Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu 'Sulphur dioxide'. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.Apa kesan 'Sulphur Dioxide' yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia? Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan. Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!Semoga anda kekal sihat dimusim perayaan ini.Pesanan ringkas 'Tips kekal sihat dimusim perayaan' ini ditulis oleh:DR ROSLI ABD JALIL.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...