Ingin temui Khairul Idham Pawi (Super KIP) secara dekat?. Jangan lepaskan peluang yang ditawarkan oleh pihak Redbull.
Hadiah menarik bakal menanti pemenang iaitu dua pas padok eksklusif menemui Super KIP, mengunjungi garaj pasukan Red Bull dan membawa pulang 20 hadiah sagu hati Honda Racing Corporation (HRC) dengan tandatangan Super KIP.
Ads
Ads
Cara penyertaan adalah mudah, anda hanya perlu mengikuti tiga langkah berkenaan:
Ads
Dapatkan tin MotoGP 473 mililiter Red Bull Produk Eropah (tin istimewa ini disertakan pelekat edisi terhad Super KIP rekaan Zaki Ismail).
Lekatkan pada barang kegemaran
Ambil gambar dan muat naik di akaun Instagram bersama kata-kata dorongan buat Super KIP dengan hashtag #KEJOKIPKEJO.
Pemenang akan dipilih sendiri oleh Super KIP. Tempoh peraduan bermula September sehingga 19 Oktober dan layari laman web redbull.my/kejokipkejo untuk maklumat lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.
Salah sebenarnya tu.
Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.
Apa maksud tayar botak?
Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.
Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu
Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.
Tayar botak. Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.
Tayar botak. Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ni guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi.
Tayar belum botak, mungkin 30%. Tak lama dah ni kena tukar.
Tayar hampir botak. Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ni haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul. Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.
Tayar baharu. Begitu dalam sekali penanda botak tu ditenggelami oleh jalur tengah. Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ni.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ini, Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan pelancaran terbaru jentera SUV mereka iaitu Mercedes-Benz GLA 200 yang telah dinaik taraf. Menurut Mercedes-Benz Malaysia, ia hadir bukan sekadar kenderaan, tetapi sebuah manifestasi prestasi dan gaya hidup.
GLA 200 yang baru ini menonjolkan teknologi terkini dengan kepraktisan seharian dalam balutan yang memukau.
CEO & Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Amanda Zhang berkata, “Kami berasa cukup bangga untuk memperkenalkan Mercedes-Benz GLA 200 yang baru. Dipasang di Pekan, Pahang, SUV kompak ini direka untuk pelbagai kegunaan pengguna yang inginkan gaya hidup moden eksklusif.
“Dengan gril radiator yang menonjol dan bahu kenderaan yang gagah, ia menampilkan sikap yang sporty dan penuh keyakinan. Sementara di dalamnya, GLA baru menawarkan kesan ruang yang luas dengan estetika yang menawan,” tambahnya lagi.
Pada bahagian luaran GLA 200 diperkaya dengan inovasi terkini dan peralatan yang lebih lengkap. Gril radiator yang dibarui, dihiasi dengan bintang Mercedes-Benz yang ikonik, memberikan kesan wibawa yang cukup elegan.
Bonet yang direka halus dengan ‘power domes’ menambahkan sentuhan kemegahan, sementara bumper depan dan belakang yang direka semula memperlihatkan kecenderungan off-road dan sporty kenderaan ini.
Hadir dengan lampu depan LED High Performance dan lampu belakang LED, GLA baru ini menerangi jalan dengan lebih efisien dan elegan. Dan jangan lupa roda aloi ringan 18 inci yang menambah keanggunan pada setiap gerakannya.
Masuk ke ruang dalamannya pemandu disambut ruangan yang lapang dengan skrin ganda 10.25 inci. Stereng sporty multifungsi yang kini dilengkapi panel kawalan sentuh, ditutupi dengan kulit yang mewah.
Tempat duduk yang nyaman dengan pelapis kulit ARTICO, bersama dengan elemen trim Star Pattern, menciptakan suasana yang serasi dan memukau. Kemudahan lipatan tempat duduk belakang menjadikan GLA 200 pilihan yang fleksibel untuk penggunaan sehari-hari.
Dari segi keselamatan, GLA baru ini tidak main-main. Dengan Blind Spot Assist dan Exit Warning Assist, setiap perjalanan menjadi lebih aman. Active Brake Assist juga siap sedia untuk mengurangkan risiko tabrakan.
Selain itu, terdapat Paket Parkir dengan kamera ‘reverse’ dan Paket Cermin untuk kemudahan ekstra. DYNAMIC SELECT memungkinkan pengaturan berkendara yang berbeda, menyesuaikan dengan kebutuhan Anda, dari mode SPORT yang dinamis hingga mode ECO yang efisien.
Dan tentu saja, GLA 200 ini dilengkapi dengan generasi terbaru MBUX, memungkinkan integrasi smartphone secara nirkabel dan menyediakan lima port USB-C untuk pengisian cepat. Pengalaman berkendara menjadi lebih intuitif dan terhubung, menjadikan setiap perjalanan semakin menyenangkan.
Dikuasakan enjin turbocharged 4-silinder 1.3 liter dan transmisi otomatis 7G-DCT, GLA 200 mampu melaju dari 0-100 km/j dalam hanya 8.9 saat, memacu kekuatan dan kehalusan dengan sempurna.
Mercedes-Benz GLA 200 yang baru ini bukan sekadar sebuah SUV; ia adalah simbol cabaran, gaya dan inovasi. Mercedes-Benz GLA 200 merupakan sebuah kisah autmotif berlandaskan kemewahan, teknologi dan kenyamanan yang berpadu dalam satu jentera luar biasa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Asap yang keluar dari ekzos kenderaan boleh menjadi petunjuk kepada masalah enjin yang perlu diberi perhatian.
Warna dan jenis asap boleh membantu pemilik kenderaan mengenal pasti punca kerosakan sebelum ia menjadi lebih serius.
Asap putih yang keluar dari ekzos boleh dibahagikan kepada dua jenis.
Jika ia nipis dan hanya muncul ketika enjin masih sejuk, itu adalah perkara biasa yang disebabkan oleh wap air yang terkondensasi dalam sistem ekzos.
Namun, jika asap putih tebal keluar secara berterusan, ia mungkin menandakan kebocoran cecair penyejuk (coolant) ke dalam ruang pembakaran.
Kebocoran ini boleh berlaku akibat gasket kepala yang rosak atau retakan pada blok enjin.
Jika tidak dibaiki segera, ia boleh menyebabkan enjin mengalami kepanasan melampau (overheat) dan membawa kepada kerosakan lebih besar.
Asap hitam pula menunjukkan pembakaran bahan api yang tidak sempurna.
Ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, seperti penapis udara yang tersumbat, sistem bahan api yang bermasalah atau kerosakan pada sistem ekzos seperti penapis zarah diesel (DPF).
Apabila udara tidak mencukupi untuk proses pembakaran, bahan api yang berlebihan akan terbakar, menghasilkan asap hitam.
Jika kenderaan anda mengeluarkan asap hitam dalam jumlah banyak, segera periksa sistem bahan api untuk mengelakkan pembaziran minyak dan pencemaran udara.
Selain itu, asap biru menandakan pembakaran minyak enjin yang tidak sepatutnya masuk ke dalam ruang pembakaran.
Puncanya mungkin cincin piston yang haus, injap batang minyak enjin yang bocor atau masalah pada turbocharger.
Jika kereta anda menggunakan sistem turbo dan mengeluarkan asap biru, kemungkinan besar terdapat kebocoran minyak dalam sistem tersebut.
Asap biru tidak boleh diabaikan kerana ia boleh menyebabkan kehilangan minyak enjin yang berlebihan, seterusnya merosakkan enjin.
Asap kelabu pula mempunyai ciri yang hampir sama dengan asap biru tetapi puncanya sedikit berbeza.
Antara penyebabnya adalah masalah pada sistem PCV (Positive Crankcase Ventilation), kebocoran cecair transmisi bagi kenderaan automatik, atau pembakaran bahan api yang tidak sempurna.
Jika masalah ini dibiarkan tanpa penyelesaian, ia boleh menjejaskan prestasi enjin dalam jangka masa panjang.
Warna asap ekzos bukan sekadar gangguan visual tetapi juga petanda kepada masalah enjin yang perlu diberi perhatian.
Jaga kenderaan anda dengan baik supaya prestasinya kekal optimum dan perjalanan lebih selamat! 🚗💨
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.