Warga kota dinasihatkan bersiap sedia menghadapi penutupan jalan Kuala Lumpur secara berperingkat di beberapa laluan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini.
Acara diplomatik berprestij itu dijangka menarik penyertaan pemimpin dan delegasi dari seluruh rantau, sekali gus menyebabkan peningkatan trafik di sekitar pusat bandar.
Penutupan Jalan Kuala Lumpur Dilaksana Berperingkat
Menurut Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penutupan jalan Kuala Lumpur akan dilaksanakan secara berkala di kawasan berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi rasmi dan urusan keselamatan sepanjang sidang tersebut.
Kawasan terlibat termasuk beberapa jalan utama yang menjadi nadi perhubungan di pusat bandar.
Antara laluan terjejas ialah Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Pinang, Jalan Tun Razak (sekitar KLCC), Jalan Kia Peng, serta sebahagian Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
Foto: Berita Harian
Penutupan Secara Berperingkat
Menurut kenyataan DBKL, penutupan jalan Kuala Lumpur akan dijalankan mengikut jadual dan keperluan trafik semasa, dengan tumpuan utama kepada masa pergerakan konvoi rasmi dan acara utama persidangan.
Ads
“Penutupan akan dijalankan secara berperingkat mengikut jadual dan keperluan trafik, terutamanya melibatkan pergerakan delegasi dan acara rasmi sidang tersebut,” menurut kenyataan itu.
DBKL turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan menempatkan anggota penguat kuasa dan pegawai trafik bagi membantu melancarkan pergerakan kenderaan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin sepanjang tempoh berkenaan.
Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya
Pengguna jalan raya diingatkan supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan, terutamanya mereka yang perlu melalui kawasan segitiga emas Kuala Lumpur.
DBKL menasihatkan supaya orang ramai menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Tun Sambanthan, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan serta Jalan Kuching bagi mengelakkan kawasan yang terjejas.
Ads
Selain itu, warga kota digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan monorel, memandangkan stesen-stesen utama masih beroperasi seperti biasa dan terletak berhampiran lokasi tumpuan.
“Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas sepanjang tempoh berkenaan,” menurut kenyataan DBKL lagi.
Maklumat Lanjut Mengenai Penutupan Jalan Kuala Lumpur
Orang ramai boleh mendapatkan kemas kini terkini mengenai situasi trafik dan penutupan jalan Kuala Lumpur melalui saluran rasmi DBKL serta media sosial KLCCC (Kuala Lumpur Command and Control Centre).
Ads
Pihak berkuasa juga dijangka mengeluarkan maklumat tambahan sekiranya terdapat perubahan jadual atau penutupan baharu menjelang tarikh persidangan.
Untuk memastikan perjalanan anda lancar sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, rancang perjalanan lebih awal dan semak maklumat trafik sebelum keluar dari rumah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang blogger automotif menerusi akaun Youtube HubNut begitu teruja apabila beliau membeli sebuah model Proton Saga Aeroback varian 1.5GLS.
Ketika ditawarkan model berkenaan, Ian Seabrook berkata beliau tidak dapat menolak dan terus bersetuju dengan membayar 50 pound (RM280). Menerusi video berdurasi 4:38 minit itu, Ian begitu berpuas hati dengan model tersebut yang seakan saloon Mitsubishi Lancer dari belakang. Ini kerana model awal Proton berasaskan model Mitsubishi.
Walaupun banyak perlu diperbaiki, Ian memberitahu beliau berpuas hati dengan kereta berkenaan.
Jelasnya, “Terdapat kemasan plastik kelabu yang mendominasi dalaman dan begitu ringkas.
“Pengelap cermin tidak berfungsi dan model GLS didatangkan dengan bumbung suria.
Selain daripada transmisi 5-kelajuan manual, Ian memberitahu Saga Aeroback tersebut tidak didatangkan dengan ciri peralatan mewah tanpa fungsi cermin elektrik dan central lock.
Menurut beliau, Proton Saga Aeroback yang dibelinya itu sudah terdapat beberapa bahagian yang sudah tidak berfungsi, dia juga tidak sabar untuk membaik pulih kereta itu.
Terdapat juga beberapa masalah bocor di bahagian but belakang dan bumbung suria yang ditampal dengan pelekat.
Selain itu, Ian juga akan mengekalkan satu warna pada model tersebut. Beliau sukakan warna biru metalik pada bahagian bampar dan kemungkinan akan mengekalkan warna tersebut. Malah, beliau juga akan mendapatkan semula logo Proton dan tidak akan membiarkan ia ditutupi dengan pelekat.
Ujarnya, sebaik beliau menyelesaikan jentera Bluebirdnya, Ian akan memulakan projek membaik pulih Saga Aeroback tersebut. Ian turut memberitahu ini bukanlah kereta pertama yang dibelinya, pada 2015 lalu beliau membeli sebuah kereta Perodua Kancil atau dikenali sebagai Perodua Nippa di Britain.
TONTON VIDEO INI:
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengeluar topi keledar, HJC mendedahkan grafik baru bertemakan Star Wars. Tema pertama X-Wing ditawarkan pada helmet ‘open face’ FG-70S. Kemudian ia dipadankan dengan visor berwarna oren.
HJC FG-70S diperbuat daripada kevlar terkini dan komposit matriks gentian kaca. Helmet itu juga dipadankan dengan rekaan pelapik Silvercool anti bakteria yang dapat mengurangkan kelembapan pada bahagian dalam.
Pelapik berkenaan boleh ditanggalkan dan dibasuh. Manakala pad pipi boleh digunakan pada semua saiz helmet. Harga model tersebut ialah £249.99 (RM 1,418.20).
Manakala tema kedua menggunakan skim semburan cat Kylo Ren pada topi keledar RPHA 11. Tema ini lebih merujuk kepada kuasa-kuasa sisi gelap dalam Star Wars. Helmet RPHA 11 menggunakan bahan-bahan gentian karbon, aramid dan gentian karbon-kaca hibrid yang menyumbang kepada berat lebih ringan.
Helmet berkenaan didatangkan dengan pilihan visor berwarna jernih atau gelap sebagai standard. Harga helmet tersebut lebih mahal iaitu £579.99 (RM3,290.29).
Selain tema Star Wars, HJC turut menawarkan topi keledar inspirasi filem dari produksi Marvel antaranya Spider-Man, Venom dan Ironman.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai pemandu kenderaan, antara perkara asas yang perlu diambil berat adalah berkenaan paras minyak hitam bagi mengelakkan enjin jadi rosak atau bermasalah.
Selain memastikan minyak pelincir untuk enjin ini sentiasa mencukupi, pemeriksaan minyak hitam juga membolehkan kenderaan anda bergerak dengan lancar.
Dalam masa sama anda dapat mengenal pasti dengan lebih awal jika berlaku kebocoran minyak hitam tanpa disedari yang menyebabkan minyak hitam kurang atau pun minyak hitam yang baru ditukar tidak mencukupi atau terlebih.
Cara periksa minyak hitam
1. Buka hood kereta (ada yang panggil bonet hadapan).
2. Kenal pasti kedudukan pelaras pemeriksa. Biasanya bertangkai dan bersebelahan dengan enjin.
Sumber Foto: SPANCO
3. Tarik ke atas dengan perlahan. Biasanya akan dapat rasa ianya akan berpusing. Ikut putaran semasa tarik dengan lembut.
4. Terdapat dua sukatan yang menunjukkan aras maksimum dan aras minimum yang dicadangkan oleh pengeluar kereta. Dan juga bahagian hujung yang berpilin (twist) adalah normal.
5. Berikut adalah contoh aras minyak yang normal. Ulang langkah 3 dan 4 beberapa kali untuk benar-benar pasti paras minyak hitam tersebut.
Sumber Foto: SPANCO
6. Setelah selesai melakukan pemeriksaan, masukkan semula ke tempat asalnya dan pastikan ianya ditutup rapat.
7. Jika, aras minyak melebihi aras maksimum atau kurang dari aras minimum, dapatkan nasihat dari bengkel berkaitan masalah yang dihadapi untuk memastikan enjin kereta sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Dinasihatkan juga semasa melakukan pemeriksaan ini, kereta haruslah berada dalam keadaan yang mendatar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki give up lepas sebulan gym sebab tak faham fasa awal, salah cara latihan, dan cepat hilang motivasi. Ketahui sebab sebenar dan cara kekal konsisten supaya tak burnout.