kereta manini elektrik power

Buat pertama kalinya di negara kita, MINI Elektrik Edisi Pertama diperkenalkan dipasaran bermula semalam. Lebih menarik model MINI Elektri ini hanya 15 unit jentera elektrik tulen ini yang bakal disediakan lengkap dengan estetika reka bentuknya yang tersendiri, serta ciri-ciri kemewahan dan keselesaan yang bertaraf tinggi.

“Bulan lalu, MINI Malaysia dengan suka citanya telah merungkaikan MINI Elektrik Tulen terbaharu, lantas menandakan titik sejarah yang penting dalam inisiatif elektrifikasinya.

“Kami berbesar hati untuk mempersembahkan pengalaman pemanduan yang tercanggih, digandingkan dengan sensasi pemanduan ala go-kart dalam era ini, tanpa mengkompromikan keterujaan pemanduan maksimum yang dijanjikan.

“Hari ini, MINI Malaysia menggabungkan ciri-ciri keeksklusifan yang terunggul dengan MINI Elektrik Edisi Pertama,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

MINI Elektrik Edisi Pertama Hadir Dengan Kuantiti Super Limited

Hanya berbekalkan 15 unit di Malaysia, keeksklusifannya tidak dapat lagi ditandingi—hadir dengan ketutup sisi dan ambang pintu yang merangkapkan bilangan tersedia dalam format teks seperti ini: “one of fifteen”. Model terbaru ini juga memperkenalkan warna eksterior baharu, iaitu MINI Yours Enigmatic Black.

Simbol kemewahan dan keselesaan premium diserlahkan pada ruangan dalaman dengan MINI Yours Walknappa Leather Lounge Upholstery dan MINI Yours Walknappa Leather Steering.

Pemanduan waktu malam pula akan diterangi MINI Yours Illuminated Interior Surface melalui pencahayaannya yang meliputi 12 warna ambien. Selain itu, Bumbung Kaca Panorama jentera MINI Elektrik Edisi Pertama ini membolehkan penumpang melihat langit dengan jelas pada waktu siang mahupun malam.

GAYA ELEKTRIK SENSASI

Ia mengetahkan gaya unik eksentrik sambil meluahkan sifat individualis jentera dan pemiliknya. Berdasarkan kombinasi pengendalian go-kart MINI, aspek kelestarian, dan estetika premium urban, pemanduan elektrik menjadi dambaan gaya hidup yang terunggul.

IKLAN

Ia hadir dalam warna MINI Yours Enigmatic Black serba eksklusif. Selain itu ia turut disertakan dengan bilah hadapan serta pelitup cermin sisi dengan ciri aerodinamik dalam warna Energetic Yellow.

MINI Elektrik Edisi Pertama Hadir Dengan Kuantiti Super Limited

Sebagai alternatif, model ini juga ditawarkan dalam warna White Silver yang popular dengan penggayaan Energetic Yellow. Bumbung bagi kedua-dua warna tubuh eksterior ini akan disediakan dalam warna Hitam, dan disempurnakan dengan Bumbung Kaca Panorama.

Jentera tiga pintu yang eksklusif ini hadir dengan Lights Package yang merangkumi lampu hadapan Matrix LED dan lampu belakang LED yang menampilkan gubahan Union Jack yang ikonik. Kenderaan ini turut membawakan Ambang Pintu Edisi Pertama dan Ketutup Sisi Edisi Pertama, yang memberi indikasi terhadap keeksklusifannya – “one of fifteen”.

KUASA ENJIN

Seperti MINI Elektrik Tulen, ia dikuasakan oleh motor elektrik segerak dalam versi dinamik terbaharu, dibangunkan oleh BMW Group. Enjin elektrik gandar hadapan mampu menjana 135 kw/184 kk, serta unit bateri 12-modul berbentuk T mempunyai kapasiti bersih berjumlah 28.9 kWh. MINI Elektrik Edisi Pertama hadir dengan puncak tork berjumlah 270 Nm, mempunyai emisi karbon sifar, dan mengguna pakai 16.8 – 14.8 kWj bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km.

IKLAN

Berupaya untuk mencatat kelajuan tertinggi mencecah 150 km/j dan jarak operasi sejauh 234 km (WLTP) atau 270 km (NEDC), jentera ini juga mampu membuat pecutan abad dalam masa 7.3 saat. Dengan transmisi kelajuan tunggal dan diferensial terintegrasi yang memaksimumkan sensasi pemanduan ala go-kart MINI, jentera eksklusif ini bakal melangkaui reputasinya.

MINI Elektrik Edisi Pertama Hadir Dengan Kuantiti Super Limited

Kereta ini lengkap dengan pacuan pedal tunggal yang merupakan sebahagian daripada karakteristik pemanduan yang ditawarkan melalui MINI Elektrik Tulen. Ia bermakna kenderaan berkuasakan elektrik ini boleh diperlahankan pada kelajuan rendah tanpa menggunakan sistem brek, lantas hanya memerlukan penggunaan satu pedal.

MINI Elektrik Edisi Pertama Hadir Dengan Kuantiti Super Limited

MINI Elektrik Edisi Pertama menampilkan fungsi pengehad gelincir roda (ARB) yang menambah baik tahap cengkaman secara signifikan dengan membekalkan kawalan yang lebih pantas. Empat mod pemanduan: Sport, Mid, Green dan Green+ disediakan dalam MINI Elektrik Edisi Pertama.

IKLAN

EMISI SIFAR!

MINI Elektrik Edisi Pertama hanya memerlukan kira-kira 36 minit untuk dicas dari kapasiti sifar sehingga 80% melalui stesen pengecasan DC. Begitu juga dengan MINI Wallbox Plus yang dapat mengecas sehingga kapasitinya mencecah 80% dalam masa dua jam setengah.

Di rumah, jentera elektrik ini boleh dicas sehingga kapasitinya mencecah 80% dalam masa 12 jam menggunakan kabel pengecasan kontingensi berwarna kuning yang ditawarkan bersama kenderaan tersebut. Progres pengecasan jentera ini boleh dilihat di bahagian dalam komponen penutup titik pengecasan.

MINI eksklusif ini dilengkapi dengan MINI eDrive untuk membekalkan perkhidmatan digital dan fungsi-fungsi pintar demi pemanduan yang lancar. Green Driving Assistant (GDA) membekalkan fungsi yang bermanfaat seperti Pembantu Jarak Operasi (Range Assistant) yang memberikan pelbagai solusi kepada pemandu ketika ketandusan bateri.

Ia boleh menyarankan laluan yang lebih efisien (Green Route), mod pemanduan atau stesen pengecasan yang terdekat, agar para pemandu dapat menyempurnakan perjalanan mereka. Lingkungan jarak operasi juga akan memaparkan jarak dalam mod pemanduan yang dipilih pada peta navigasi.

BANTUAN PINTAR

Kereta hebat ini tampil bersama Sistem Bantuan Memandu, pakej sistem bantuan memandu berasaskan kamera yang meliputi Info Had Kelajuan serta bantuan lampu puncak. Ia diaktifkan secara automatik pada kelajuan 50 km/j dan ke atas atau dalam keadaan pencahayaan eksterior yang kurang baik.

Sistem Bantuan Memandu ini juga lengkap dengan amaran pejalan kaki dengan fungsi pembrekan ringan (light city braking) serta amaran kawalan penghampiran objek (approach control warning) dengan fungsi pembrekan ringan.

Pembantu Parkir, Kawalan Jarak Parkir hadapan dan belakang, Kawalan Luncur (Cruise Control) dengan fungsi pembrekan, berserta pakej-pakej Wired turut ditawarkan sebagai standard bersama jentera eksklusif ini.

MINI Connected App pula membekalkan maklumat yang jelas mengenai status kenderaan seperti jarak operasi, progres pengecasan, jangkaan tempoh kenderaan dicas penuh, serta suhu interior yang boleh diprasediakan sementara kenderaan ini sedang dicas. Aplikasi tersebut juga memaparkan statistik pemanduan peribadi serta tutorial untuk membantu pemandu mempelajari kemahiran memandu yang efisien.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI