quinoa ganti kelebihan nasi
Foto: freepik - www.freepik.com

Beralihnya tahun baharu 2021 ramai yang berazam untuk menurunkan berat badan atau tukar gaya hidup lebih shat. Bagi orang yang sudah bermula awal, itu satu kelebihan buat mereka. Namun masih tidak terlambat untuk anda berubah dan amalkan gaya hidup sihat terutamanya dari segi pemakanan.

Tidak dinafikan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai yang bekerja dari rumah. Lalu tabiat makan juga makin meningkat jika tidak dikawal sebaiknya. Asyik mahu buka peti sahaja. Jangan gunakan kelebihan masa yang terluang untuk makan tidak kira masa!

Bagi anda yang suka makan nasi, kawallah pengambilannya agar tidak berlebihan. Terlalu banyak makan nasi boleh menyumbang kepada masalah obesiti.

BACA: Makan Segenggam Nasi, Antara Menu Diet Lelaki Ini Turun 30kg Dalam 12 Minggu

IKLAN

Sekali-sekala anda boleh tukar menu dengan makan bijian quinoa yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini cukup menjadi pilihan ramai.

KELEBIHAN QUINOA

Kalau anda nak tahu, bijian quinoa merupakan biji-bijian berasal dari sejenis tanaman bernama Chenopodium quinoa. Kebiasaannya terdapat beberapa jenis quinoa. Antaranya ada yang berwarna putih, merah atau hitam.

IKLAN

Buat anda yang mungkin tidak biasa, bijian quinoa kini banyak didapati di pasaran. Ini terutamanya di pasaran secara online. Antara kelebihan utama quinoa ialah kandungan protein yang tinggi berbanding bijian yang lain.

IKLAN
Kelebihan Bijian Quinoa, Diet Pengganti Nasi Yang Tinggi Protein
Foto: KamranAydinov – www.freepik.com

Selain kandugan protein ia juga mengandungi kandungan serat lebih tinggi berbanding dalam bijian lain. Akan tetapi ia sedikit rendah dibandingkan dengan kekacang.

Ia juga mengandungi banyak zat dan mineral lain seperti seperti zat besi, mangan dan fosfor. Manakala kandungan vitaminnya pula terdiri daripada vitamin B dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.

MANFAAT KESIHATAN

  • Pengganti karbohidrat khususnya pada pesakit celiac disease.
  • Bagus diamalkan oleh pesakit diabetes kerana kandungan serat yang tinggi memperlahankan pelepasan gula ke pembuluh darah sehingga membantutkan tindak balas insulin dalam badan.
  • Cepatkan rasa kenyang
  • Mampu melancarkan saluran pencernaan
  • Boleh mengelakkan berlakunya sembelit

Jangan lupa follow IG Maskulin untuk update gaya hidup lelaki terkini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI