Salah satu jenis tumbuhan yang sangat sinonim dengan masakan tradisional orang Melayu dan masyarakat di negara kita adalah daun pandan.
Sejak turun-temurun daun pandan telah menjadi salah tumbuhan yang memberikan rasa yang cukup unik dalam pelbagai juadah makanan. Malah tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa daun pandan merupakan daun yang paling ikonik dalam budaya makanan kita.
Sama ada untuk masakan nasi lemak atau penyediaan kuih seperti onde-onde, daun pandan menjadi nadi utama masakan menu kebanggaan rakyat Malaysia.
Selain digunakan sebagai bahan dalam masakan antara cara terbaik untuk mengambil manfaat daru daun pandan ialah dengan membuat teh daun pandan.
Caranya adalah dengan memotong daun pandan menjadi beberapa bahagian dan didihkannya bersama air. Selepas air bertukar menjadi hikau kekuningan dan mengeluarkan bau wangi, anda boleh menapisnya dan minum seperti menikmati teh biasa.
Tapi mungkin ramai tak sedar atau tak tahu daun pandan sebenarnya ada banyak khasiat untuk kesihatan. Berikut MASKULIN senaraikan 10 kelebihan daun pandan!
1. Meringankan sakit kepala dan migrain
2. Menurunkan risiko kanser
3. Menjaga kesehatan jantung dan pembuluh darah
4. Mengurangi peradangan pada tubuh
5. Menjaga kesehatan kulit dan rambut
6. Membantu atasi lemah syahwat
7. Mengurangi stres dan kecemasan
8. Membantu mengatasi masalah pencernaan seperti diare dan sembelit
9. Menurunkan kadar gula darah
10. Menjaga kesehatan gigi dan gusi
Menyentuh tentang daun pandan, pengeluar roti yang kini semakin popular, Sunshine baru-baru ini memperkenalkan Roti Pandan Homestyle.
Selain kaya dengan aroma pandan yang cukup melazatkan, roti Sunshine ini turut mengandungi sumber khasiat yang baik seperti zat besi, kalsium serta protein yang baik.
Roti Pandan Homestyle Sunshine dari Sunshine Bakeries Malaysia kini boleh didapati untuk pengguna di Lembah Klang.
Pandan, juga dikenali sebagai ‘Vanila Timur’, merupakan antara ramuan utama dalam masakan Asia Tenggara dan digunakan dalam penyediaan banyak hidangan masakan di rumah, kerana harumannya yang aromatik.
Jangan lupa follow Facebook MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI