Kelemumur? Usah Memalukan Diri Di Hadapan Orang Ramai Dengan Masalah Kelemumur Ini. Jom Atasinya!

Share

Apa itu kelemumur?

  • Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan
  • Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari
  • Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari
  • Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur

 

Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:

  • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan
  • Perubahan hormon
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah

 

Apakah tanda-tanda kelemumur?

  • Kulit kepala gatal dan menggelupas
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada pakaian

 

Bagaimana untuk merawat kelemumur?

Gunakan syampu anti kelemumur. Contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya ialah:

  • Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
  • Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
  • Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
  • Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
  • Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat

 

Bagaimana mencegah berlakunya kelemumur?

  • Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
  • Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut

 

Apa penyebab kulit mengelupas?

Keadaan Ciri-ciri
Kulit kering
  • Gatal
  • Kelupasan kulit yang kecil dan kurang berminyak
Seborrheic dermatitis
  • Kulit kemerahan dan berminyak
  • Kelupasan kulit berwarna putih atau kekuningan
  • Melibatkan kawasan yang banyak kelenjar minyak seperti bulu kening, belakang telinga, hidung dan pangkal peha
Psoriasis
  • Kelupasan kulit yang tebal, bersisik dan berkilat
  • Tidak menjejaskan pertumbuhan rambut
  • Kawasan yang sering terlibat adalah kulit kepala, lutut, siku dan bahagian badan
Contact dermatitis
  • Kulit kepala kemerahan, gatal dan bersisik
  • Disebabkan oleh alahan kepada produk penjagaan rambut yang tertentu

 

sumber: lelakisihat.com

IKLAN