Setiap insan mempunyai jalan cerita yang berbeza. Buat Mohd Faizal Aminuddin, pengasas produk SW Slimme White dan Pengarah Phytorich Global keputusannya untuk menceburi dunia perniagaan secara serius adalah untuk keluar dari belenggu hutang. Pernah berada dalam situasi susah membuat dia dan isteri tidak mahu berada dalam belenggu kesusahan lagi dan mahu membina kehidupan yang lebih menjamin Punya impian yang tinggi ingin membantu mereka pernah susah seperti mereka untuk bersama-sama menyertai mereka dalam perniagaan yang dijalankan untuk menjana pendapatan yang lebih sekali gus meningkatkan taraf hidup. Terjun ke dunia perniagaan pasti ada jatuh dan bangunnya, namun jangan khuatir kerana jika anda tidak mudah putus asa, sabar, berfikiran positif dan sentiasa syukur , nescaya rezeki akan tiba jua. Untuk berjaya dalam perniagaan bukanlah hanya dengan sekelip mata.
Pelbagai jenis perniagaan telah diusahakan oleh anak muda yang dikenali Ajai Hideaki di media sosialnya. Pengalaman berniaga telah dilaluinya antaranya berniaga burger, menjadi pengedar makanan sejuk beku, menjual kereta dan pelbagai lagi menjadikan jiwanya semakin kental dan tidak kenal erti putus asa. Buat dirinya apa saja yang boleh memberi kelebihan wang dan halal akan dilakukan. “ Saya dan isteri masing-masing struggle untuk menaikkan taraf hidup hinggalah 2015, isteri bercadang untuk keluarkan satu produk di mana disebabkan pengalamannya menjual produk lain sebelum ini. Kami membuat penyelidikan selama enam bulan , kelebihan dan uniknya produk ini. Selama tempoh tersebut kami tahu apa yang orang Malaysia kehendaki di mana mereka mahu kurus dan putih. Maka kami keluarkan produk SW Slimme White untuk beri penyelesaian bagi kedua-dua masalah ini secara serentak. Istimewanya kami keluarkan produk ini bukan hanya untuk jual tetapi kami juga menjadi testimonial untuk produk ini. Sebelum ini kami mempunyai masalah berat badan dan selepas menggunakan produk ini, hasilnya kami boleh menurunkan 13 kilogram dalam tempoh sebulan dan kesan ke atas kulit juga lebih cerah dan memberi kesan yang positif,” cerita Faizal.
Melihat keberkesanan produk ke atas diri dan testimonial yang menggunakan produk ini, Faizal mengambil keputusan untuk menjenamakan produk tersebut. Produk ini sudah hampir dua tahun dipasarkan. Bermula dari tahun 2015, dengan bantuan agen dan stokis produk ini telah dipasarkan secara meluas . “ Kami lantik agen di setiap tempat dan daerah . Sesiapa yang berkelayakan dan berminat untuk menjalankan perniagaan, kami alu-alukan. Alhamdulillah dengan platform perniagaan yang kami sediakan ini, telah terbina rangkaian usahawan. Di mana rekod jualan yang kami terima dari ibu pejabat stokis tertinggi menjana pendapatan sebanyak 270,000 sebulan. Kami telah lahirkan usahawan dengan memberi peluang kepada orang lain, inilah istimewanya perniagaan ini,” akuinya.
Visi dan prinsip
Melahirkan ramai usahawan berjaya dalam perniagaan produk SW Slimme White menjadi harapan Faizal . Maka dengan ini dalam produk ini dihindari daripada memasuki kedai jamu . “ kami stick dengan online bisnes di mana kita mahu melahirkan lebih ramai usahawan. Misi kami mahu membantu pengguna mengatasi masalah berat badan dan berhasrat putih dalam masa serentak.
Dalam bekerja saya suka membuat sesuatu perkara itu hingga menjadi dan tidak mudah putus asa. Jika ikutkan mindset saya dahulu lebih baik kerja daripada terlibat dengan perniagaan. Oleh sebab makan gaji tidak mencukupi di tambah isteri yang suka dalam perniagaan maka saya ceburi perniagaan ini. Kita perlu percaya kepada usaha dan rezeki, nescaya perniagaan berjalan lancar , rezeki mudah, idea senang mengalir, pesan saya jangan pernah lupa pada NYA. Atas usaha dan kepercayaan itu saya yakin segala-galanya dilalui dengan mudah,” jelasnya.
Strategi pemasaran
Untuk tujuan pemasaran online, media sosial iaitu Facebook dan Instagram menjadi elemen penting dan power tool untuk mewar-warkan produk dan sebagainya. Selain kaedah ini, tindakan mengiklankan produk di surat khabar dan di papan iklan adalah satu yang terbaik untuk tujuan branding . Hingga kini lima papan iklan telah berada di sekitar MRR2 dan Lebuh raya Karak . Sebayak 23 papan iklan bakal produk SW Slimme White dinaikkan Januari ini di sekitar Kuala Lumpur dan Lebuh Raya Utara Selatan . Faizal akui tidak menggunakan model atau artis sebagai duta sebaliknya produk ini mendapat tarikan hasil daripada testimoni pelanggan sendiri. Hasil dari tertimoni menjadi sebagai bukti untuk produk ini mendapat pasaran yang meluas dan meyakinkan. Bagi menghalang produk daripada mudah ditiru, Faizal bertindak dengan membuat sistem sekuriti QR dan pin kod kepada produk berkenaan. Apa yang pelanggan buat ialah dengan mengimbas QR dan pin kod untuk memastikan produk itu asli atau sebaliknya.
Mentor dalam perniagaan
Ingin berjaya dalam perniagaan perlulah mempunyai mentor. Semestinya Sifu Jamal antara mentornya yang pertama dan juga Dr. Azizan Osman. Sebelum mengenali Sifu Jamal, Faizal akui melakukan perniagaan online secara sendiri tanpa ilmu dan tunjuk ajar. Ceritanya pernah berbelanja lebih di online tetapi hasilnya kurang. Apabila melihat Sifu Jamal , dia mampu merubah orang , pernah bantu usahawan untuk jana pendapatan yang banyak maka itu menarik minatnya untuk belajar ilmu tersebut. Daripada seminar yang biasa disertai, Faizal dapat jana pendapatan sebanyak RM 15,000 dan selepas menyertai seminar Chapter F , beroleh pendapatan RM35,000. Melihat peningkatan tersebut semangat terus berkobar untuk mengikut kelas Advance iaitu apprentice di mana Sifu Jamal mengajar secara lebih terperinci dalam kelompok yang kecil. Dari situ bermulanya jualan 100,000 – 200,000 dan ke atas.
Sebelum ini akuinya tidak mempunyai struktur yang betul dalam perniagaan online. Dengan adanya sifu, dia mengajar A-Z bagaimana struktur yang jelas membuat pemasaran di media sosial dengan copy writing yang betul. Banyak ilmu didapati dan dipraktikkan. Ayat yang power digunakan Faizal bagi menarik minat pengguna mendekati produknya. “ Testimoni-testimoni pelanggan , apa kelebihan pelanggan yang sudah menggunakan produk tersebut diambil secara real dan aplikasi di copywriting kita. Pelanggan lebih merasakan positif dan merasakan ia memberi kebaikan kepada mereka yang menggunakannya. Sasaran saya dalam enam bulan meraih satu juta untuk satu bulan yang pertama. Selepas mengikut kelas Apprentice saya masih berguru dengan Sifu Jamal dengan mengambil kelas mentoring CEO. Kelas ini lebih dekat dengan sifu dan lebih mudah dipantau dan tunjuk ajar jika ada salah silap,” ujarnya
Hala tuju perniagaan
Masih mengekalkan untuk melahirkan seberapa ramai usahawan dengan platform dan ilmu yang ada. “ saya sendiri mengadakan coaching. Matlamat kami untuk melahirkan usahawan , melahirkan produk terbaik dan memberi manfaat untuk usahawan dan pelanggan. Pastinya produk kami berbeza dari yang lain. Sebagaimana mentor saya pernah berkata, memang ekonomi merunsingkan namun ia satu peluang bagi kami untuk tingkatkan ilmu, di mana ini adalah masa yang terbaik untuk kami ketengahkan produk kami. Orang lain mungkin banyak alasan dan masalah tetapi kita ambil peluang ini untuk selesaikan masalah orang. Dan kita memberi lebih banyak lagi peluang untuk mereka yang mahu menaikkan taraf ekonomi. Kini kami telah beri satu lagi peluang di mana sesiapa jua boleh menjalankan perniagaan tanpa modal iaitu dengan sistem dropship dengan komisen yang agak tinggi. 2017 kita sasarkan ramai dropship dan seterusnya menjadi usahawan. Semoga kita mampu harungi cabaran yang mendatang,” ceritanya
Sebagai CEO syarikat, Faizal akan pastikan perjalanan syarikat berjalan lancar sebagainya yang disasarkan. Adanya peningkatan dalam jualan dan memastikan kebajikan staf dan stokis dan agen yang ada satu Malaysia dijaga. Tahun hadapan berhasrat untuk meluaskan lagi pasaran produk ke Brunei, Singapura dan Indonesia. Bagi semua stokis dan agen , lebih banyak kelas coaching akan diadakan untuk berkongsi ilmu perniagaan . Selain itu akan memberi peluang dan membuat rangkaian produk yang luar biasa dan terbaik yang tiada di Malaysia dan luar negara dan membuka pelaung ini kepada sesiapa yang mahu menjadi pengedar .
Momen bermakna
“ Perkara yang membahagiakan saya apabila dapat menyelesaikan semua masalah keluarga . Dulu saya hidup berhutang, duit tidak pernah mencukupi. Berniaga pagi , petang , siang malam masih hidup dibelenggu hutang . Saat manis dan membahagiakan dapat keluar dari kelompok kesusahan. Selain itu dapat kualiti masa bersama keluarga dan paling membahagiakan ialah kita boleh bantu selesaikan masalah orang lain sebagaimana yang pernah kami lalui sebelum ini. Ada yang dulu datang bawa kancil kini sudah membawa kereta mewah. Disebabkan peluang yang kita ada, kita memberi manfaat kepada orang lain. Ini ada perkara yang paling manis,” akuinya.
Nasihat dan harapan
Faizal berharap semua orang percaya bahawa perniagaan ialah jalan terbaik untuk meningkatkan taraf ekonomi Cuma apa yang perlu mereka ialah ilmu dan juga tindakan. Carilah mentor untuk belajar di mana dia juga dari seorang yang ‘zero knowledge’ Andai dia tidak mempunyai mentor, tidak sampai ke tahap ini. Pergi belajar dan cari sesesuatu yang berbeza dari orang lain dan buat tindakan luar biasa, in shaa Allah pasti berjaya. Yang penting jangan putus asa dan buat sampai jadi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebiasaannya, penyanyi akan merasa bangga mendengar lagu dendangan sendiri di corong-corong radio, namun tidak bagi Dwen yang terkenal di era 80an dahulu.
Ujarnya di dalam laporan Harian Metro, Dwen akan memperlahankan radio setiap kali lagu dendangannya diputarkan di radio.
Bagaimanapun, Dwen atau nama sebenarnya Ridzwan menafikan yang di merasa malu, sebaliknya hanya tidak gemar mendengarnya sahaja.
Bukan itu sahaja, Dwen juga enggan menerima sebarang tawaran menyanyi lagi kerana beranggapan era kegemilangannya sudah tamat.
Malah, dia juga lebih selesa memperkenalkan dirinya dengan nama sebenarnya Ridzwan berbanding nama pentasnya Dwen.
Dwen memberitahu salah satu faktornya ialah pembabitannya dalam tabligh.
Dia kini lebih selasa merendah diri dan menumpukan kerjaya sebagai tenaga pengajar di sebuah kelab taekwondo tempatan.
“Kalau boleh tak nak orang kenal sebab kalau jalan keluar senang sahaja. Senang cerita, saya dah tak berminat untuk meneruskan kerjaya nyanyian walaupun masih boleh menyanyi dengan baik.
Dwen juga memaklumkan yang dia enggan dikenali sebagai penyanyi lagi kerana akur era kegemilangannya sebagai penyanyi sudah berakhir.
“Penyanyi ini ada zamannya untuk menyinar dan begitu juga saya. Tapi, zaman itu juga pasti akan berakhir. Saya sudah tak berada di zaman itu, jadi lupakan sahaja.
“Mungkin ada artis lama yang masih berminat untuk teruskan, tapi tak mengapa sebab itu adalah cara dia. Kalau saya memang sudah tak berminat, itu sahaja,” katanya.
Terdahulu, Dwen terkenal menerusi lagu Satu Penantian dan Suatu Waktu Dahulu.
Dwen yang berasal dari Brunei mengambil keputusan bersara dalam dunia nyanyian pada 1996 walaupun namanya berada di puncak kejayaan ketika itu.
“Tiada isu terasa hati atau merajuk dengan industri atau sesiapa. Cuma saya senang dengan cara seperti ini. Kalau hendak bersembang dengan orang ramai pun tiada halangan.
Mengikut perancangannya, Dwen hanya mahu menghabiskan kontraknya sebagai tenaga pengajar taekwando pada tahun ini dan pulang ke Brunei selepas itu untuk terus menetap di sana.
“Pelajar-pelajar tak kenal saya sebagai penyanyi tapi ibu bapa mereka kenal saya. Tapi saya cakap dengan mereka, ibu bapa kamu salah orang,” selorohnya.
Indonesia kini berdepan dengan penularan wabak COVID-19 yang cukup meruncing. Jika sebelum ini angka serta jumlah jangkitan sedikit dilaporkan namun dalam tempoh seminggu yang lalu ia telah meningkat secara mendadak.
Lebih merisaukan jumlah ujian juga tidaklah terlalu tinggi berbanding negara lain di Asia Tenggara seperti Singapura dan Malaysia. Dengan jumlah penduduk yang ramai, negara yang luas serta berkepadatan tinggi di sesetengah lokasi perkara ini memamng agak menyukarkan.
Ini terutamanya sekali menggalakkan orang ramai supaya mengehadkan pergerakan dan tingga di rumah.
Sebuah kampung bernama Kepuh di kepulauan Jawa, Indonesia menggunakan taktik yang agak unibagi menakutkan penduduk sekitar daripada keluar dari rumah pada waktu malam.
Menariknya mereka menggunakan taktik ‘pocong’ bagi menakutkan orang ramai untuk keluar. Lengkap mengenakan kostum pocong dua jejaka yang merupakan sukarelawan setempat dilihat bertenggek di atas kerusi di jalan raya.
Walaupun legenda ‘pocong’ ini cukup terkenal dan ditakuti namun pendekatan ini dilihat agak berjaya. Menurut penduduk setempat selepas kemunculan ‘pocong’ ini golingan remaja dan kanak-kanak terutamanya sudah mula takut untuk keluar rumah.
Menurut Reuters orang ramai juga sudah tidak berkumpul beramai-ramai atau lepak di tepi-tepi jalan selepas waktu Isyak.
Inisiatif ‘pocong’ ini merupakan idea daripada golongan muda kampung tersebut dan turut mendapat kerjasama daripada pihak polis.
“Kami mahu mencipta satu cara yang berbeza kerana pocong itu cukup digerumi dan menakutkan,” jelas Anjar Pancaningtyas, ketua pemuda di kampung tersebut.
Sehingga semalam Indonesia mencatatkan lebih 4,500 kes dengan sebanyak 400 kematian. Namun apa yang merisaukan pakar ialah skala sebenar jagkitan adalah jauh lebih besar di seluruh negara tersebut.
Sumber: Reuters
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Strategi lari sambil berjalan 10km terbukti meningkatkan prestasi, mengurangkan risiko kecederaan, dan menjadikan latihan lebih menyeronokkan. Ketahui cara bijak mencapai hasil cemerlang tanpa keletihan!