Jika sedang memandu, microsleep adalah perkara yang paling ditakuti ramai kerana seandainya terjadi dan pemandu lambat sedar, kereta boleh terbabas.

Selain mengakibatkan kerosakan teruk pada kenderaan, situasi demikian boleh menyebabkan pemandu dan penumpang terdedah kepada maut.

Terlelap dalam tempoh singkat

Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat.

Boleh jadi pemandu hanya nampak pandangan kosong, tersengguk-sengguk seterusnya boleh membawa kepada terlelap.

Oleh sebab itu individu yang memandu jarak yang jauh, seharusnya mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya sebelum meneruskan perjalanan.

Sama kes kemalangan Allahyarham Faziani Rohban

Kemalangan Boleh Berlaku Kerana Microsleep, Jika Lambat Sedar Boleh Maut Terbabas!

IKLAN

Bercakap tentang microsleep, perlakuan ini sama seperti yang melanda Allahyarham Faziani Rohban dan suami.

Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim dikatakan mengantuk semasa memandu dan bercadang untuk berhenti di stesen minyak kerana mahu mencuci muka.

Namun tanpa sempat berbuat demikian, Toyota Estima yang dipandunya merempuh belakang lori yang kebetulan berhenti di tepi jalan.

IKLAN

Boleh berlaku semasa mata terbuka

Kemalangan Boleh Berlaku Kerana Microsleep, Jika Lambat Sedar Boleh Maut Terbabas!

Seorang pengguna Facebook, Rohaizah Khamis berkongsi tentang microsleep. Katanya walaupun kita menampar muka sekali pun, ia tetap tidak boleh dielakkan :

“Ok, saya nak tanya. Siapa pernah alami microsleeping? Saya dah selalu kena tak kira pagi, tengahari, petang dan malam.

IKLAN

Ianya berlaku apabila walau seberusaha mana pun anda menahan mata anda, menampar pipi anda, menyanyi kuat-kuat, minum air, makan biskut untuk melawan rasa mengantuk itu mata anda mahu terlelap jua, seketika!

IANYA JUGA BOLEH BERLAKU DALAM KEADAAN MATA ANDA TERBUKA! Apabila itu berlaku, hukumnya memang kena berhenti dan tidur sebentar di tepi jalan kawasan selamat; tidur 5 minit; aircond on tapi cermin kereta diturunkan sedikit untuk keselamatan agar tidak berlaku insiden lain pula.

Semoga roh beliau (Allahyarham Faziani Robhan) dicucuri Rahmat dan diredhai Allah untuk masuk ke syurga di hari kiamat. Amin ya Allah.

Sumber : Rohaizah Khamis

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI