
Baru-baru ini telah tular berita tentang seorang gitaris yang rebah dan meninggal dunia selesai melakukan persembahan ketika kunjungan band-nya je Jepun.
Ricky Siahaan, gitaris kumpulan rock Seringai dari Indonesia dilaporkan meninggal dunia secara mengejut selepas menyelesaikan persembahan penutup siri jelajah konsert Seringai di Tokyo, pada Sabtu, 19 April 2025, sekitar jam 9.30 malam waktu tempatan.
Pemergian Ricky yang mendadak ini telah disahkan punca oleh pasukan perubatan di Jepun. Beliau dilaporkan mengalami serangan jantung yang menyebabkan jantungnya terhenti, sejurus selepas beliau memberikan persembahan bertenaga di atas pentas.

Hal ini turut disahkan secara rasmi oleh pihak Seringai menerusi siaran media yang diedarkan pada Rabu, 23 April 2025.
“Berdasarkan keterangan rasmi pasukan perubatan setempat, arwah mengalami serangan jantung tidak lama setelah tampil bersama Seringai dalam acara Gekiko Fest, sebahagian daripada rangkaian Wolves of East Asia Tour 2025 di Taiwan dan Jepang,” jelas siaran media tersebut.
Seringai turut berkongsi rasa kehilangan di atas pemergian rakan seperjuangan mereka. Dalam kenyataan yang sama, mereka menyatakan, “Ricky meninggalkan dunia ini dengan sesuatu yang dia cintai bermain musik keras dengan sepenuh hati. Ricky adalah tenaga, tawa dan kekuatan di atas dan di luar panggung. Kami kehilangan salah satu bagian terpenting dari entitas ini.”
PENGHORMATAN TERAKHIR
Jenazah Allahyarham Ricky Siahaan dilaporkan dalam proses pemulangan dari Jepun dan dijangka tiba di Indonesia pada petang Khamis, 24 April 2025.
Jenazah kemudian akan dikembukikan di Rumah Duka Sentosa, RSPAD Gatot Subroto, Jakarta Pusat untuk urusan penghormatan terakhir. Menurut perancangan, Allahyarham dijadualkan dikebumikan di San Diego Hills Memorial Park, Karawang pada hari Sabtu, 26 April 2025.
Sebelum pengesahan rasmi punca kematian, terdapat laporan awal menyatakan Ricky Siahaan sempat rebah sebaik sahaja selesai beraksi di atas pentas. Proses bedah siasat dan pembersihan jenazah turut dilakukan bagi memastikan punca sebenar pemergiannya.

Berita pemergian Ricky Siahaan mula tersebar luas selepas dikongsikan oleh pelawak dan pengacara terkenal, Soleh Solihun menerusi akaun X (dahulunya Twitter) miliknya.
BACA: Rahsia Jantung Sihat? Doktor Ini Kongsikan Khasiat Hebat Ikan Tenggiri
“Selamat jalan @RickySiahaan, semoga kamu diterima di sisi Tuhan,” tulis Soleh Solihun, mencetuskan gelombang ucapan takziah dari rakan artis dan peminat.
Untuk rekod, gitaris berpengaruh ini memulakan jejaknya dalam dunia muzik sejak tahun 1995. Beliau pernah mengasaskan kumpulan Chapter69 bersama sahabat karibnya, Desta Mahendra.
Risiko Serangan Jantung Selepas Aktiviti Intensiti Tinggi
Secara umum, aktiviti fizikal dan penglibatan dalam seni persembahan seperti muzik adalah sihat dan digalakkan.
Namun, dalam kes yang jarang berlaku, aktiviti intensiti tinggi boleh menjadi pencetus kepada masalah jantung, termasuk serangan jantung, terutamanya bagi individu yang mempunyai masalah jantung yang sedia ada tetapi belum didiagnosis atau tidak diuruskan dengan baik.
Mengapa Risiko Meningkat?
- Peningkatan Beban Jantung: Semasa bersukan berat, membuat persembahan yang memerlukan tenaga tinggi (fizikal dan emosi), atau aktiviti lain yang intens, kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat secara mendadak. Ini adalah tindak balas normal badan untuk memastikan otot dan otak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
- Pencetus Masalah Sedia Ada: Bagi individu yang mempunyai masalah seperti saluran darah jantung yang sempit (penyakit arteri koronari), otot jantung yang menebal secara tidak normal (kardiomiopati hipertrofik), atau masalah struktur jantung lain, peningkatan beban ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan antara bekalan oksigen dan keperluan otot jantung.
- Pembentukan Darah Beku: Dalam kes penyakit arteri koronari, plak kolesterol di dinding saluran darah boleh pecah akibat tekanan darah tinggi dan aliran darah deras semasa aktiviti intens. Ini boleh mencetuskan pembentukan darah beku yang menyumbat saluran darah sepenuhnya, menyebabkan serangan jantung.
- Gangguan Irama Jantung (Aritmia): Aktiviti intens juga boleh mencetuskan gangguan irama jantung yang berbahaya pada individu yang terdedah, yang boleh membawa kepada henti jantung mengejut (sudden cardiac arrest).
- Faktor Lain: Dehidrasi, kepanasan melampau, atau penggunaan bahan perangsang juga boleh meningkatkan risiko.
Sumber: Suara.com
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang













