Tak dapat dinafikan dalam kebanyakan juadah masakan di negara kita hampir kesemuanya menggunakangaram sebagai penambah rasa.
Dan ia bukan sahaja masakan Melayu malah masakan Cina dan India juga menggunakan banyak garam dalam masakan. Namun seperti bahan penambah perisa lain jika diambil secara berlebihan ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan.
BACA: Kumur Dengan Air Garam, Lelaki Ini Atasi Sakit Tekak Ibunya Tak Sampai 1 Hari!
Melihatkan gaya hidup masyarakat Malaysia yang gemar makan makanan mengandungi banyak garam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyenaraikan tujuh juadah tempatan yang mengandungi kendungan garam tinggi kerana banyak menggunakan sos dan perencah
Menerusi satu ciapan di Twitter rasmi mereka, KKM berkongsi tujuh juadah tersebut bersempena dengan Minggu Kesedaran Garam 2019.
Jadi apakah makanan yang mengandungi garam tinggi disenaraikan oleh KKM? Jom ikuti senrai yang dikongsi KKM di bawah.
1. Mee Kolok/Kampua mee
2. Mee kari
3. Sayur goreng sos tiram
4. Mee segera goreng
5. Mee sup
6. Sayur goreng ikan masin
7. Nasi goreng
Kalau nada nak tahu antara keburukan pengambilan garam berlebihan adalah boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, serangan jantung dan banyak lagi.
Tak salah nak makan makanan yang disenaraikan di atas cuma elakkan penggunaan garam yang tinggi. Lebih elok kalau anda masak saja sendiri di rumah. Secara tak langsung boleh kawal sendiri kandungan garam atau sos yang digunakan.
Betul tak?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI