Tahukah anda yang kanser prostat merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki? Memetik portal rasmi MyHealth, penyakit ini tidak menghasilkan gejala di peringkat awal, malah sesetengah darinya tidak memerlukan rawatan.
Disebabkan ianya tidak bergejala di peringkat awal, kebanyakan kes kanser prostat dikesan apabila ianya sudah di peringkat yang lebih teruk dan memerlukan rawatan khusus.
Oleh itu, amatlah penting bagi lelaki untuk mempunyai kesedaran seawal mungkin mengenai penyakit ini bagi membolehkan sebarang risiko dikesan seawal mungkin.
Dengan kerjasama dengan Universiti Malaya (UM), MASKULIN tampil dengan sebuah kempen kesedaran kanser prostat sepanjang bulan November ini.
Tema “Kuasa MASKULIN”
Dengan tema “Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”, kempen ini bertujuan mendidik dan memberikan informasi yang tepat mengenai kanser prostat kepada masyarakat umum, khususnya lelaki. Ini termasuk maklumat mengenai faktor risiko, cara pencegahan dan pilihan rawatan yang ada.
Ads
Tema “Kuasa MASKULIN” di sini bermaksud memberi penekanan kepada kekuatan dan keberanian lelaki untuk menghadapi penyakit ini dan menggalakkan mereka untuk tidak takut melakukan pemeriksaan kesihatan.
Hal ini kerana stigma mengenai penyakit ini serta pemeriksaan masih wujud, dan perkara inilah yang cuba untuk diatasi menerusi kempen ini agar lelaki lebih terbuka untuk berbicara mengenai isu ini dan mencari bantuan perubatan yang diperlukan.
Melalui tema “Kuasa MASKULIN”, kempen ini juga bertujuan untuk memperkuat peranan lelaki dalam masyarakat sebagai individu yang kuat, berani dan mampu menghadapi cabaran termasuklah seperti kanser prostat.
Ads
Secara keseluruhannya, penggunaan kata “kuasa” dalam tema ini dimaksudkan untuk menginspirasi dan memberdayakan lelaki untuk mengambil tindakan proaktif terhadap kesihatan mereka, dan untuk menunjukkan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kanser prostat.
Untuk maklumat lanjut mengenai kanser prostat, layari laman sesawang Beat Prostate Cancer.
Ads
Wang Tunai RM1000 Menanti Anda
Selain itu, anda juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM1000 menerusi Prostate Fact Challenge.
Anda hanya perlu memuat naik video perkongsian fakta mengenai kanser prostat berdurasi satu hingga tiga ke laman Tiktok.
Seseorang yang mengalami obesiti atau kegemukan mudah dikenal pasti saiz, bentuk badan dan melalui ukuran BMI (Body Mass Index). Nilai BMI juga digunakan dalam perubatan dalam mengukur risiko terhadap sakit jantung dan penyakit kronik yang lain. Semakin tinggi nilai BMI anda, semakin tinggi risiko anda. Anda dikira berat berlebihan jika BMI 25-29 dan dikira gemuk atau obes jika BMI lebih dari 30. Walaupun BMI dikira berdasarkan berat dan tinggi, pengiraan BMI sebenarnya tidak dikira secara tepat kerana tidak membezakan antara otot dan lemak dalam badan.
1. Lemak Dalam Badan Seorang atlet mungkin mempunyai BMI yang tinggi berbanding manusia lain yang sama saiz kerana otot secara relatifnya lebih berat berbanding lemak dalam badan. BMI tidak semestinya bagus bagi mengukur risiko kesihatan di kalangan orang berumur/senior kerana orang berumur selalunya hilang berat badan hanya melalui pengurangan otot dan jisim tulang berbanding lemak. Hasil Lancet 2006 pula membuktikan bahawa kajian terhadap 0.25 juta responden menunjukkan mereka yang mempunyai BMI rendah biasanya menghadapi risiko lebih tinggi terhadap sakit jantung berbanding orang gemuk.
Kajian yang diketuai oleh Dr. Jimmy Bell (molecular imaging group, Imperial College London) pula membuktikan orang kurus tetapi ‘gemuk di dalam’ juga mempunyai risiko yang hampir sama terhadap penyakit seperti orang yang fizikalnya kelihatan gemuk. Sekumpulan doktor ini yang melakukan pemetaan lemak dalam badan mengesahkan bahawa sebahagian kita, terutamanya yang kurus, menyimpan lemak di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di dalam dan sekitar buah pinggang, pankreas dan jantung.
Hasil ini berlaku berkadaran dengan tabiat semasa pengguna yang gemar menurunkan berat badan melalui diet dan pemilihan bahan makanan berbanding teknik lama, bersenam bagi membakar lemak. Sekitar 45% dari mereka yang mempunyai BMI 20-25 sebenarnya memiliki kandungan lemak dalam badan yang berlebihan, dan 60% lelaki yang ideal BMI, menghidapi keadaan berlebihan lemak ini.
Tanpa petunjuk yang jelas, pengguna dibimbangi terus terperangkap dengan pemikiran: oleh kerana mereka kurus, mereka menganggap diri mereka cukup sihat. Dr. Louis Teichholz menyatakan disebabkan anda memiliki badan tinggi lampai tidak bermakna anda cukup sihat sehingga boleh mengaku anda imun terhadap diabetes mahupun penyakit berkaitan jantung. Keseluruhan konsep terhadap ‘kegemukan’ harus dirombak semula.
2. Gemuk Dari Dalam
Ia dikenali sebagai golongan “Tofi” – thin outside, fat inside. Mereka yang gemuk dari dalam sebenarnya berisiko untuk menjadi gemuk dengan pantas. Benar mereka kurus, namun ini hanyalah kerana lemak terkumpul masih boleh disorok badan, dan kebiasaan mereka yang kurus untuk makan secara tidak sihat adalah tinggi (makanan berlemak dan tinggi gula), menunggu masa sebelum badan mula mengumpul lemak berlebihan di sekitar perut seterusnya gemuk seluruh badan.
3. Badan Slim Tetapi Tidak Sihat
Masih tidak dapat dipastikan tentang risiko sebenar lemak berlebihan yang tidak nampak ini (internal fat), namun teori yang lazim digunapakai adalah lemak dalaman ini mengganggu sistem komunikasi badan. Lemak dalaman ini terkumpul dan menyalut atau membungkus organ dalaman menyebabkan badan tersalah hantar arahan kimia bagi mengumpul lemak ke tempat tidak sepatutnya seperti dalam hati dan pankreas seterusnya menggagalkan keberkesanan insulin, meningkatkan risiko berlakunya diabetes jenis 2 dan serangan jantung.
Dengan ini boleh dianggap mereka yang gemuk dan aktif adalah lebih sihat berbanding mereka yang kurus tetapi kurang bergerak. Mereka yang mempunyai berat badan normal namun tidak aktif, tidak fit berhadapan risiko kematian lebih tinggi berbanding orang gemuk yang aktif dan fit. Ini boleh dilihat pada ahli gusti sumo yang memiliki kadar metabolisme lebih baik berbanding kita penonton bersaiz normal kerana mereka hanya menyimpan lemak dibawah kulit sahaja, bukan di sekeliling organ kritikal dan otot.
4. Berita Baik Penyelesaian terhadap masalah kegemukan dalaman ini boleh diatasi dengan mudah dengan bersenam ataupun meningkatkan kualiti diet seharian. Jika anda hanya mahu kelihatan kurus, kurangkan lemak semata-mata mungkin mencukupi, tetapi jika anda mahu kurus dan sihat, tiada jalan pintas, banyakkan bergerak, gunakan badan anda untuk melakukan senaman.
Sibuk? Kurangkan penggunaan kenderaan, berbasikal jika boleh. Juga selalu cari tangga sebagai alternatif berbanding hanya menggunakan lif sepanjang naik turun bangunan. Juga banyakkan minum air kosong.
5. Kebaikan Senaman
Pakar menyatakan senaman 20 minit satu sesi, tiga kali seminggu adalah mencukupi untuk mengurangkan 60% risiko serangan berkaitan jantung sehingga. Senaman yang berkesan bukan sahaja membuat anda rasa sihat, juga meningkatkan tona otot, pergerakan darah yang lebih lancar, juga memberi jantung dan paru-paru yang lebih efektif, meningkatkan stamina serta meningkatkan ketahanan psikologi/mental dalam mengharungi stress secara lebih baik, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri ke tahap yang lebih baik.
Mereka yang mementingkan kesihatan bukan hanya perlu menjaga pemakanan, malah perlu menjadikan amalan bersenam sebagai rutin hidup, bagi menjaga kecantikan dan kesihatan dari dalam ke luar badan.
Semoga tahun baru azam untuk terus sihat kekal dan diteruskan! Selamat Tahun Baru 2018!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aktiviti dan kalori yang dibakar / kCal (senaman selama 30 minit)
Lelaki (64 kilogram) Wanita (55 kilogram)
Lelaki Wanita
Berbasikal ( bersiang) 324 279
Berlari (8 km sejam) 280 252
Berlari-lari anak 215 185
Badminton 186 160
Jalan pantas 142 120
Berbasikal (riadah) 123 106
Mop lantai 119 102
Kerja rumah 115 99
Memasak 86 74
Seterika pakaian 63 54
Panduan Kuruskan Badan
1. Cuba elakkan daripada makan secara bufet.
2. Cuba makan perlahanlahan dan ambil masa untuk mengunyah makanan agar cepat kenyang.
3. Jangan makan ketika menonton televisyen.
4. Cuba mulakan makan dengan meminum segelas air atau sup dan makan banyak sayur-sayuran supaya cepat kenyang.
5. Lebihkan minum air jarang jika haus.
Ingatlah air jarang tidak mengandungi kalori dan dengan hanya menggantikan minuman berperisa dengan air jarang kita dapat mengurangkan sekurang-kurangnya 200 hingga 300 kCal sehari.
6. Sediakan makanan ringan berkalori rendah di rumah atau di tempat kerja khusus jika anda perlu menghilangkan rasa lapar.
7. Tingkatkan aktiviti seharian anda dengan menggunakan tangga dan berjalan. Kurangkan penggunaan lif, tangga bergerak dan kenderaan.
Jika tempat pekerjaan anda dekat dengan rumah, anda boleh cuba berjalan atau berbasikal ke tempat kerja.
8. Luangkan masa dengan keluarga pada hujung minggu, cubalah kegiatan sihat seperti menunggang basikal, berlari-lari anak, bermain badminton atau berenang.
9. Anda masih boleh menikmati hidangan makanan kesukaan anda walau ia berkalori tinggi tetapi pastikan anda dapat membakar kalorinya kemudian dengan bersenam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak perlu beli produk pelik-pelik, hanya dengan amalkan tujuh jenis makanan ini, kulit anda mungkin boleh cerah secara semula jadi.
TOMATO
Selain bermanfaat untuk menurunkan berat badan dan mencegah kanser, tomato berfungsi untuk memutihkan kulit dari dalam kerana kandungannya yang tinggi dengan lycopene.
BETIK
Betik kaya dengan Vitamin E dan C sebagai antioksidan dan berfungsi untuk menghilangkan kesan noda hitam dan jerawat pada wajah.
LOBAK MERAH
Selain bermanfaat untuk kesihatan mata, lobak merah juga berperanan penting dalam memutihkan kulit kerana ia kaya dengan kandungan vitamin C serta karoten.
BAYAM
Bayam mengandungi vitamin A yang tinggi yang dapat membuatkan kulit menjadi lebih sihat dan membantu memberi kelembapan yang mencukupi pada epidermis.
KIWI
Buah kiwi kaya akan vitamin C yang bermanfaat untuk memutihkan kulit selain dapat membantu menghilangkan bekas jerawat.
TEH HIJAU
Selain membantu dalam penurunan berat badan, teh hijau juga berfungsi untuk memulihkan kulit daripada sinaran cahaya matahari, melembutkan dan memutihkan kulit.
MAKANAN BERASASKAN SOYA
Olahan soya yang terdapat dalam menu makanan seharian seperti tauhu,tempe atau susu soya juga bermanfaat untuk membantu memutihkan kulit dari dalam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman plank ketika Ramadan adalah pilihan paling efektif untuk kekal cergas dan membakar lemak tanpa pergerakan intensif. Ketahui 5 variasi plank terbaik untuk bulan puasa.