Tidak dinafikan populariti selebriti dari Korea Selatan di negara kita masih lagi mempunyai aura yang cukup aura luar biasa.
Setiap kali mereka datang pastinya disambut dengan cukup meriah dan pasti akan menjadi tular di laman media sosial dengan tanda pagarnya tersendiri.
Pada Sabtu lalu, MASKULIN sempat memenuhi jemputan daripada MILO Malaysia untuk menghadiri sesi eksklusif bersama Sahabat MILO mereka iaitu aktor, Park Seo Joon.
Bertempart di gelangang Sunway Pyramid Ice, segenap ruang yang ada di setiap tingkat diisi oleh peminat Park Seo Joon yang ingin melihat kelibatnya di atas pentas.
Acara istimewa yang dibawakan oleh MILO ini bersempena ingin merealisasikan #JomMinumMILO antara peminat Park Seo Joon.
Bahkan selain peminat marhaen yang datang kelihatan juga beberapa orang selebriti dan juga pempengaruh yang turut menyertai acara tersebut bagi bertemu dan melihat Park Seo Joon.
NAFAS BAHARU
Sebagai Sahabat MILO, Park Seo-Jun menyertai barisan ikon-ikon tanah air yang pernah bergabung tenaga dengan MILO sebelum ini untuk menyuntik nafas baharu kepada varian stik pek MILO.
Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan -Unit Perniagaan MILO, Nestle (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, pihaknya berasa sangat gembira kerana berpeluang membawa Park Seo-Jun lebih dekat dengan rakyat Malaysia, di mana Malaysia merupakan pasaran MILO® terbesar di dunia.
“Sesiapa sahaja yang menggemari MILO® merupakan sahabat MILO®. Justeru, kami ingin menonjolkan Park Seo-Jun kepada rakyat Malaysia serta menunjukkan bagaimana varian MILO® kegemaran beliau memenuhi keperluan gaya hidup aktifnya.
“Inilah keunikan rangkaian produk kami dengan tawaran pelbagai jenis MILO® kegemaran anda supaya anda juga boleh memilih satu atau apa jua pilihan yang serasi dengan keperluan serta gaya hidup anda,” jelasnya lagi.
Sebelum Park Seo Joon muncul di pentas terlebih dahulu ia didahului dengan persembahan lagu MILO terbaru bertajuk ‘Kitalah Juara’ oleh Ayda Jebat, Jestinna Kuan dan Rabbit Mac. Selain itu, legenda sukan badminton tanah air, Datuk Abdul Rashid Sidek turut melakukan kemunculan istimewa.
KETERUJAAN PEMINAT
Kemunculan Park Seo Joon kemudian mendapat sorakan yang menggemakan Sunway Pyramid. Park Seo-Jun kemudiannya turut berkongsi keterujaannya, “Sebelum ini saya pernah mendengar bahawa MILO ini jenama kegemaran seluruh rakyat Malaysia.
“Setelah merasai sendiri kekuatan tenaga semua yang hadir pada hari ini, tidak syak lagi rakyat Malaysia benar-benar menggemari MILO.”
Sementara itu, para pengunjung di Sunway Pyramid turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang lain, seperti jerayawara dengan promosi istimewa, minuman daripada van MILO, serta bahan-bahan promosi menampilkan Sahabat MILO Park Seo-Jun yang menjemput semua untuk #JomMinumMILO.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI