MASKULIN yakin nama David Corenswet akan menjadi sebutan lebih ramai peminat filem superhero dan juga khususnya peminat wanita.
Bermula esok, filem ‘Superman’ terbaru yang diarahkan oleh pengarah berpengaruh, James Gunn akan menemui anda semua di pawagam di Malaysia.
Rata-rata review awal filem ini menunjukkan satu respons yang sangat positif. Ini menjadikan projek DC Universe (DCU) yang dikepalai James Gunn menunjukkan potensi yang sangat baik.
Membawakan watak Clark Kent dan Superman bukanlah satu tugas mudah. Ini adalah karakter yang sangat dekat dengan jutaan peminat komik dan juga filem genre adiwira.
Namun David Corenswet dilihat hadir dengan karisma yang cukup semula jadi. Bahkan dengan latar belakang yang menarik, dia dilihat bersedia untuk membawa watak ikonik ini ke tahap yang lebih tinggi.
Namun ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka bernama David Corenswet ini?
Latar Belakang David Corenswet
David Packard Corenswet dilahirkan pada 8 Julai 1993 di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Dia dibesarkan dalam keluarga yang menghargai seni dan kreativiti. Ayahnya merupakan seorang peguam yang juga bekas pelakon teater, manakala ibunya seorang kaunselor. Sejak kecil lagi, David telah menunjukkan minat mendalam terhadap seni persembahan.
Ads
Pendidikan awal David banyak dipengaruhi oleh persekitarannya yang kreatif. Dia menamatkan pengajian di Juilliard School, sebuah institusi seni persembahan berprestij di New York City.
Di sana, David bukan sahaja mengasah kemahiran lakonannya tetapi juga membina asas kukuh untuk kerjaya masa depannya.
Permulaan Kerjaya dalam Dunia Lakonan
David Corenswet mula melibatkan diri dalam dunia lakonan semasa remaja melalui teater komuniti di tempat kelahirannya. Debut profesionalnya bermula apabila dia diberikan peluang kecil dalam beberapa produksi televisyen.
Namun, bintang muda ini mula meraih perhatian apabila dia muncul dalam siri TV Netflix, “The Politician” (2019), sebagai River Barkley. Peranannya dalam siri ini membuka pintu kepada lebih banyak peluang besar.
Kemudian, dia turut membintangi siri Netflix lain, “Hollywood” (2020), di mana dia memainkan watak Jack Castello, seorang pelakon muda yang bercita-cita tinggi. Lakonannya yang memukau dalam siri ini mengukuhkan lagi reputasinya sebagai pelakon yang berbakat besar.
Foto: Getty Image
Pemilihan David untuk menjadi Superman baharu bukanlah satu kebetulan. Dengan ketinggian 6 kaki 4 inci, wajah klasik Amerika, dan kemahiran lakonan yang luar biasa, dia benar-benar sesuai untuk membawa watak Clark Kent ke layar perak.
Penerbit filem itu menyatakan bahawa mereka kagum dengan dedikasi David terhadap seni lakonan dan karisma semula jadinya yang menyerupai watak Superman.
Filmografi David Corenswet
Berikut adalah senarai beberapa produksi terkenal yang pernah melibatkan David Corenswet:
Ads
“The Politician” (2019) – sebagai River Barkley
“Hollywood” (2020) – sebagai Jack Castello
“We Own This City” (2022) – sebagai David McDougall
“Pearl” (2022) – sebagai The Projectionist
“Look Both Ways” (2022) – sebagai Jake
Masa Depan David Corenswet
Peranan Superman adalah langkah besar dalam kerjaya David Corenswet. Filem ini bukan sahaja akan memperkenalkan David kepada penonton di seluruh dunia, tetapi juga memberi peluang kepada beliau untuk meletakkan tandanya dalam sejarah filem superhero.
Dengan pengalaman dan bakat yang dimilikinya, ramai yang yakin bahawa dia mampu memberi nafas baharu kepada watak ini sambil menghormati legasi Superman yang sedia ada.
Foto: Eric Charbonneau/Warner Bros. via Getty Images
Sebagai seorang pelakon muda yang berbakat, David Corenswet membuktikan bahawa kerja keras dan dedikasi adalah kunci kejayaan.
Pemilihannya sebagai Superman menandakan permulaan era baharu untuk watak ikonik ini, dan para peminat tidak sabar untuk melihat apa yang akan dibawanya ke layar perak.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebiasaannya kita hanya melihat secebis kehidupan selebriti terkenal tanah air menerusi kaca televisyen, media cetak dan juga laman media sosial. Dari situ kita tahu perkembangan semasa mereka terutamanya dalam perkembangan karier terkini mereka.
Namun pernahkah anda tertanya-tanya apakah jentera automotif yang mewarnai kehidupan mereka. Agak-agaknya, apakah jenis kenderaan yang mereka bawa atau menjadi item hobi eksklusif mereka?
Buat peminat automotif terutamanya melibatkan kereta dan juga motosikal pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton ‘Roda Panas’, program terbaru terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd,.
Program TV ‘Roda Panas’ ini bakal bersiaran menerusi saluran Astro Naura bermula pada 12 April 2021 dengan mengetengahkan Remy Ishak sebagai hos. Jadi apakah keitimewaan program TV berteraskan automotif ini?
Hos ‘Roda Panas’, Remy Ishak
Program berdurasi selama 30 minit ini bakal membawa penonton mendekati selebriti serta minat mendalam mereka terhadap dunia automotif. Menariknya, setiap episod ‘Roda Panas’ akan membawakan tema-tema berbeza dengan menampilkan seorang selebriti jemputan.
Selain temu bual eksklusif bersama selebriti, ‘Roda Panas’ turut menampilkan dan berkongsi pelbagai informasi modifikasi kereta dan motosikal, reviu dalaman serta luaran, info automotif menarik serta trend terkini tentang dunia permotoran.
Pekin IbrahimDato Awie
Setiap selebriti yang ditemu bual juga memberikan perkongsian menarik tentang minat mendalam serta mengapa kenderaan milik mereka tersebut dijadikan sebagai kenderaan pilihan. Dan pastinya ramaiyang tidak sabar-sabar menyaksikan apakah modifikasi yang diserlahkan menerusi jentera kesayangan masing-masing.
Di antara selebriti jemputan yang bakal melakukan kemunculan menerusi setiap episod ‘Roda Panas’ ialah Dato AC Mizal, Wak Doyok, Dato Awie, Pekin Ibrahim, Dato Rosyam Nor dan ramai lagi.
Wak DoyokDato AC MizalDato Rosyam Nor
Jadi buat ‘kaki’ kereta dan ‘mat’ moto sekalian, jangan lupa untuk menyaksikan program automotif terbaik masa kini hanya di Astro Naura (saluran 109) bermula 12 April 2021 pada jam 9:30 malam.
Jika ingin tahu apakah kereta atau motosikal kegemaran mereka, inilah program yang anda wajib tonton!
Nantikan info lanjut dan perkongsian menarik ‘Roda Panas’ menerusi laman web dan laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter MASKULIN.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ungkapan ‘tuntulah ilmu sampai ke negeri China’ sememangnya cukup sinonim di kalangan masyarakat kita. Ia merupakan satu simbolik dan kata semangat buat sesiapa sahaja untuk menuntut ilmu selagi nyawa dikandung badan. Itulah yang dilakukan oleh penyanyi popular, Tomok.
Penyanyi yang mula mencipta nama pada zaman remajanya bersama kumpulan New Boyz ini berkongsi berita gembira di laman media sosialnya bahawa dia akan menyambung pelajaran lagi.
Difahamkan sebelum ini Tomok juga telah berjaya menggngam ijazah di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada lima tahun dahulu.
Dan berita terbaru yang dikongsikan olehnya pada kali ini benar-benar memberikan inspirasi khususnya buat peminat dan pengikutnya di laman media sosial.
Dalam satu perkongsian yang dihantar menerusi laman Instagram, Tomok berkongsi tangkap layar surat tawaran ke program siswazah dalam jurusan Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Dalam satu kapsyen ringkas dia berkata, “Perjalanan baru buat saya selepas UUM. Semoga dipermudahkan, Amin!”
Ternyata pada usia 41 tahun, memiliki isteri dan tiga orang anak, Tomok masih mempunyai semangat cukup tinggi untuk menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi.
Ini sekali gus juga memberikan lembaran baharu dalam perjalanan akademiknya selepas menamatkan pengajian dalam bidnang Penguruan Industri Kreatif pada tahun 2020.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Tomok. Semoga menjadi inspirasi terutamanya kepada golongan muda di negara kita!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda pemilik kereta pasti sudah sedia maklum akan betapa pentingnya menjaga kondisi minyak hitam serta menukarnya mengikut masa atau jarak perjalanan yang dicadangkan oleh pembuat kereta.
Tanpa minyak hitam atau minyak enjin yang baik kereta tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Malah jika ada masalah pada minyak hitam ia boleh merebak kepada kerosakan yang lebih serius dan semestinya memeningkan kepada anda.
Walaupun ia nampak seperti perkara ‘simple’ namun penjagaan minyak hitam sangat penting bagi memastikan enjing kereta sentiasa dalam keadaan yang baik. Disebabkan itu jugalah sangat penting untuk anda memilih kulaiti minyak hitam yang baik.
Dan semestinya anda perlu jauhi minyak hitam tiruan atau dikitar semula! Tidak dinafikan terdapat produk tiruan dan ‘recycle’ berlegar dalam pasaran. Jangan hanya sebab nak harga murah anda tidak periksa betuk-betul minyak hitam yang dibeli.
Menggunakan minyak hitam tiruan atau recycle boleh mendatangkan keburukan terhadap kereta anda. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang pernah dimuat naik oleh Azbi Centre yang menerangkan tentang bahaya penggunaan minyak tiruan.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah:
JANGAN MUDAH TERTIPU!
Isu ni sangat penting!
Sebab 80% minyak hitam di pasaran adalah tiruan/recycle. Walaupun botol nampak ori. Jangan tertipu!
Secara mudahnya minyak hitam ini adalah yang terpakai. Dikitar semula menjadi minyak hitam yang ‘baru’ dan dijual dengan harga murah.
Minyak hitam yang terpakai ini ditapis dan diproses semula utk menjernihkan WARNA minyak yang sedia HITAM itu. Kelemahan minyak terpakai ini adalah proses penapisan yang hanya mengeluarkan kotoran dan warna sahaja, sedangkan bahan kimia yang terdapat di dalam minyak itu tidak dikeluarkan sepenuhnya.
Jadi apabila anda guna minyak terpakai, prestasi enjin akan jadi lembab dan semput. Enjin jadi Berat. Faham-fahamlah benda yang sudah diguna.
Sebab minyak hitam sebenarnya adalah bahan pakai buang. Kalau abang-abang dan kakak-kakak semua perasan, kadang-kadang ada keluar berita kilang minyak recycle ni di serbu oleh KPDNKK.
CARA ELAK BELI YANG PALSU
Jadi macam mana kita nak elak dari beli minyak hitam recycle atau tiruan ni?
Cara mudah ialah beli dengan distributor berdaftar dengan brand yang kita nak beli. Nak selamat beli direct di pusat jualan mereka.
Semoga kita semua terselamat dari penipuan ini.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Kredit: Azbi Centre
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.