Antara faktor paling utama yang sentiasa difikirkan oleh kita ketika melancong ke luar negara ialah bagaimana untuk berjimat dan kurangkan kos.

Bercuti ke luar negara kini menjadi salah satu aktiviti yang cukup popular di kalangan lelaki sekarang. Apatah lagi jika melancong ke negara-negara sekitar Asia Tenggara yang mungkin lebih ‘bajet’ sifatnya.

Namun dengan semakin banyak tiket penerbangan mampu milik ditawarkan semakin ramai memilih destinasi ke negara lebih maju seperti Korea, Jepun, Hong Kong dan banyak lagi.

Lain orang lain gaya berbelanjanya. Kalau mampu tak salah untuk melenggang sahaja pergi melancong. Namun buat anda yang ada bajet cukup makan, ikutilah tip yang MASKULIN kongsi di bawah!

Bercuti Berkumpulan

Kenapa Perlu Belanja Lebih Kalau Boleh Berjimat Ketika Melancong Di Luar Negara!

Buat anda yang masih bujang, salah satu cara terbaik untuk berjimat ialah dengan melancong secara berkumpulan. Memang sangat banyak kos dapat anda jimat dan kongsi bersama. Secara tak langsung ia akan lebih menguntungkan anda.

Di antara kos yang andap boleh jimat ialah kos pengangkutan dan penginapan. Buatlah survey kerana kebanyakan agensi pelancongan menawarkan diskaun untuk pakej percutian untuk berkumpulan.

Penerbangan Tambang Murah

“Kini semua orang boleh terbang”.

IKLAN

Anda pasti pernah dengar ungkapan di atas. Ya, kita bersyukur kerana harga tiket penerbangan kini menjadi lebih murah dan mampu untuk dibeli.

Kenapa Perlu Belanja Lebih Kalau Boleh Berjimat Ketika Melancong Di Luar Negara!

Untuk dapat lebih murah biasanya tiket boleh dibeli lebih awal terutamanya di dalam tempoh promosi. Cara terbaik, rancang perjalanan dan tempah lebih awal untuk anda dapat tiket paling murah.

BACA: Tip Packing List Pakaian Sepanjang Melancong Perlu Anda Bawa

Bawa Stok Makanan Segera

Antara masalah utama dihadapi ramai orang bile melancong ke negara yang rakyatnya bukan beragama Islam ialah makanan halal. Walaupun semakin banyak makanan halal ditawarkan tapi biasanya harga lebih tinggi.

IKLAN

Untuk jimatkan kos makan anda, boleh bawa makanan sendiri seperti nasi segera, mi segera, biskut yang mudah dibawa ke mana-mana. Produk ini boleh didapati di pasaraya seluruh negara.

Tinggal di Hotel Bajet

Kenapa Perlu Belanja Lebih Kalau Boleh Berjimat Ketika Melancong Di Luar Negara!

Faktor tempat tinggal sepanjang tempoh melancong sebenarnya bergantung kepada pilihan masing-masing. Namun jika anda betul-betul ingin berjimat, tinggal di hotel atau homestay lebih murah pasti jadi pilihan terbaik.

Hotel bajet sangat popular dikalangan ramai pelancong muda dan solo. Kebanyakkan keluarga pula memilih hotel 3 hingga 5 bintang. Tetapkan bajet tempat tinggal awal dengan cara terbaik.

IKLAN

Guna Kenderaan Awam

Kenapa Perlu Belanja Lebih Kalau Boleh Berjimat Ketika Melancong Di Luar Negara!

Jangan pula nak berjimat tapi anda upah pemandu peribadi! Apa kata naik kenderaan awam akan lebih menjimatkan daripada segi kos dan juga tenaga. Ketika naik kenderaan awam seperti bas atau tren, dapat juga melihat cara hidup penduduk tempatan. Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada mereka berkenaan tempat-tempat menarik di kawasan sekitar yang bagus untuk dikunjungi.

Pergi Luar Waktu Puncak

Kenapa Perlu Belanja Lebih Kalau Boleh Berjimat Ketika Melancong Di Luar Negara!

Buat anda yang betul-betul nak berjimat, antara tip terbaik ialah bercuti pada luar waktu puncak. Pilih untuk melancong pada tempoh tak ramai orang pergi bercuti dan bukan pada hujung minggu. Elak pergi melancong pada waktu puncak terutama pada hari cuti, hujung tahun dan sebagainya.

Sekiranya nak pergi melancong pada hari-hari luar musim cuti, boleh minta diskaun dan dapatkan pakej pelancongan yang jauh lebih murah. Harga hotel juga biasanya lebih murah.

Rajin Cari Diskaun & Promosi

Kenapa Perlu Belanja Lebih Kalau Boleh Berjimat Ketika Melancong Di Luar Negara!

Nak jimat mestilah kena buat homework dan kerja lebih sikit, bukan? Sebenarnya terdapat banyak diskaun serta tawaran yang terdapat terutama di lokasi pelancongan popular. Sentiasa alert dan follow laman media sosial yang menawarkan tawaran terbaik. Promosi istimewa dan diskaun begiilah yang perlu anda kerja.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI