Kenapa perlu curang? Apabila anda sudah memilih untuk menjadi suami orang setelah melafazkan ijab serta kabul, di situlah tanggungjawab anda bermula.

Maka sebagai seorang suami, tanggungjawab anda sangatlah besar kerana selain bertindak sebagai ketua keluarga, anda juga memelihara maruah isteri anda.

Namun begitu, kes curang ini sering terjadi bukan sahaja dalam masyarakat kita malah melibatkan negara-negara lain dan ia dianggap sebagai satu ‘penyakit jiwa’.

Isteri di rumah lawa, lelaki lain pun tergoda

Bukan apa, isteri dekat rumah bukan main lawa. Jantan lain tengok pun masih terpikat di mata mereka. Tetapi anda boleh sedap-sedap keluar dengan perempuan nakal yang lain.

Perbuatan ini adalah salah dan ia bukanlah sesuatu yang boleh diterima dalam kalangan anggota masyarakat kita lebih-lebih lagi lelaki curang itu akan dianggap sebagai :

Ads

1. Tamak dengan wanita

Kenapa Perlu Curang? Ini 5 Sikap Kurang Elok Yang Lelaki Lain Pun Naik Bengang!

Sering merasakan tidak cukup dengan wanita yang bergelar isteri serta sudah halal. Maka, dicarinya wanita lain atau beri peluang wanita lain untuk berseronok dengannya tanpa sebarang risiko seperti perkahwinan. Ada kalanya, lelaki bujang lain pun naik bengang kalau spesis suami orang ini boleh ‘sailang’ awek cun yang ramai lelaki lain puja!

2. Rasakan diri terlalu kacak

Tak salah merasakan diri kacak sebagai untuk meningkatkan keyakinan diri tetapi ia jadi salah apabila anda salah guna kuasa terhadap pinjaman Allah yang sementara itu. Tahulah muka anda ada ‘market’ tetapi tak perlulah sampai jualkannya sehingga hati dan perasaan isteri hancur lebur!

Ads

3. Tak bertanggungjawab

Kenapa Perlu Curang? Ini 5 Sikap Kurang Elok Yang Lelaki Lain Pun Naik Bengang!

Lelaki curang biasanya jadi hilang tanggungjawab. Manakan tidak, angau bercinta dengan mereka yang belum halal dan asyik berbicara manifesto bulan dan bintang. Sanggup buat panggilan atau keluar secara curi-curi sehingga menimbulkan keraguan. Selain itu, tidur tak lena dan mandi tak basah sehingga anak dan isteri di rumah jadi tunggul.

Ads

4. Anggap perkahwinan sebagai permainan

Perkahwinan bukan ibarat ‘couple’ zaman cinta monyet. Zaman itu sudah berlalu. Kalau putus pun tak beri apa-apa kesan terhadap hidup anda tetapi sebaik sahaja melangkah ke alam rumah tangga, segala-segalanya perlu serius dalam menunaikan tanggungjawab. Perkahwinan tidak boleh dijadikan seperti permainan kerana ia adalah amanah yang cukup besar daripada keluarga pihak isteri serta Tuhan pencipta sekalian alam.

5. Memalukan status seorang suami

Kenapa Perlu Curang? Ini 5 Sikap Kurang Elok Yang Lelaki Lain Pun Naik Bengang!

Ramai lelaki baik di luar sana memang takkan bersetuju dengan lelaki curang kerana ia ibarat telah memalukan status seorang suami. Kerana seorang suami orang lain buat hal, habis setiap isteri dekat rumah akan tunjukkan cerita yang sebegini sebagai tanda peringatan. Ia bukanlah sesuatu yang tidak bagus tetapi, “Orang lain punya masalah, kenapa pula aku yang terpalit sama?!”

Maka, marilah ubah diri kita ke arah yang lebih baik demi kesejahteraan rumah tangga kita. Insya’Allah..

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI