Ramai pelari obses dengan jarak dan pace, tapi jarang beri perhatian pada kekuatan otot. Kalau tanya kebanyakan runner, jawapannya senang, “Asal boleh lari jauh dan laju, cukup.”
Hakikatnya, tanpa asas strength training, prestasi larian akan cepat stagnant, malah risiko kecederaan juga meningkat.
Lihat saja atlet maraton dunia. Mereka bukan sekadar berlari berjam-jam, tetapi juga meluangkan masa di gim membina kekuatan otot. Sebab itu, stamina mereka bukan sahaja konsisten, malah lebih efisien dari segi penggunaan tenaga. Dalam dunia fitness moden, strength training bukan pilihan sampingan, tapi komponen utama untuk sesiapa yang serius mahu jadi pelari lebih baik.
Bagi lelaki khususnya, gabungan larian dan strength training memberi kelebihan berganda. Anda bukan sahaja jadi runner yang lebih laju, tapi tubuh juga lebih tegap, stabil dan tahan lasak. Soalnya, apa sebenarnya manfaat strength training untuk pelari?
1. Kurangkan Risiko Kecederaan
Runner kerap alami isu lutut, shin splints dan sakit pinggang. Strength training bantu perkuat otot sokongan seperti glute, hamstring dan core, sekali gus kurangkan beban pada sendi.
2. Tingkatkan Ekonomi Larian
Bila otot lebih kuat, setiap langkah jadi lebih efisien. Runner tidak cepat penat kerana badan guna tenaga dengan optimum. Pace lebih konsisten tanpa perlu effort berlebihan.
Ads
3. Tambah Kuasa & Speed
Larian bukan sekadar endurance, tapi juga power. Latihan seperti squat, deadlift atau plyometric boleh tingkatkan explosiveness, menjadikan anda lebih pantas terutama untuk pecutan akhir.
4. Perbaiki Postur & Teknik Larian
Strength training bantu bina postur tegak dan stabil. Core yang kuat elak tubuh cepat melengkung bila penat, menjadikan teknik larian lebih kemas dan kurang membazir tenaga.
5. Bantu Recovery Lebih Cepat
Otot yang kuat lebih tahan tekanan dan micro-tears semasa larian. Ini bermakna badan pulih lebih cepat selepas sesi intensif, membolehkan anda berlatih lebih konsisten.
Ads
6. Tambah Keyakinan Diri
Selain prestasi, strength training membentuk tubuh lebih atletik. Runner bukan saja rasa lebih bertenaga, tapi juga lebih yakin dengan penampilan dan kemampuan diri.
Lari sahaja tidak cukup untuk jadi pelari yang tahan lasak dan konsisten. Strength training adalah “insurance policy” untuk badan anda bagi mengurangkan risiko kecederaan, meningkatkan prestasi dan membina keyakinan diri.
Jadi, kalau anda serius tentang dunia larian, jangan skip sesi gym. Ingat, pelari yang kuat bukan sekadar berlari jauh, tetapi juga mampu bertahan lama.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan kajian menunjukkan ramai ramai lelaki mudah diserang penyakit kolestrol bermula usia 20 hingga 65 tahun kerana salah gaya pemakanan.
Sekiranya kadar kolestrol dalam tubuh pun sudah melebihi 240 mg/dl, maka anda memang kena cari ikhtiar untuk merawatnya dengan segera.
Bagaimana cara untuk mencegahnya? Antara jawapan mudahnya adalah dengan cara memakan ikan seperti ikan bakar dan pelbagai jenis masakan ikan lagi pada waktu sahur atau berbuka puasa.
Ikan kandungi pelbagai khasiat
Ini kerana ikan miliki protein, omega-3, asam lemak, vitamin : B2 (riboflavin) dan D, fosfos, kalsium, mineral serta simpanan minyak ikan yang amat tinggi yang boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan diri.
Selain berupaya mencegah kolestrol, berikut adalah manfaat lain yang boleh dinikmati dengan ikan bakar :
1. Mencegah penyakit jantung
Ikan bakar dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut sebuah pemeriksaan terhadap suku bangsa Eskimo yang tinggal di Greenland, ramai di antara mereka dikatakan tidak menghidap penyakit jantung. Hal yang sama turut berlaku di Jepun kerana pemantauan di negara tersebut amat sukar untuk menemui golongan yang menghidap penyakit yang sama.
Kerana apa? Kerana kedua-dua masyarakat ini gemar memakan ikan. Fakta mengatakan masyarakat Eskimo memakan ikan sekurang-kurangnya 100-200 gram ikan sehari manakala di Jepun pula, mereka memakan ikan sebanyak 300-400 gram sehari. Biar pun penduduk Jepun lebih gemarkan ikan mentah, cuba kalau mereka rasa ikan bakar di Malaysia pula nanti. Mesti sampai terbawa dalam mimpi.
2. Sedap dimakan bersama nasi
Jika bosan menghadap ayam sebagai lauk utama dalam menu harian, apa kata bertukar kepada ikan pula sebagai menu baharu? Lagi pun, ikan mempunyai banyak vitamin,protein,mineral dan memiliki sedikit kalori selain sangat baik buat mereka yang ingin mengekalkan kesegaran metabolisme.
Dalam erti kata lain, bukan sayur-sayuran atau ulam-ulaman sahaja yang mampu kebaikan, ikan juga mampu menyihatkan tubuh badan. Bayangkan anda sedang menikmati nasi putih yang panas (dimakan suku), ikan bakar (protein) dan kuah asamnya,walaupun kecur air liur, anda akan merasakan cukup segar.
3. Alternatif untuk diet yang sihat
Jika sedang menjalankan program diet, makan ikan merupakan alternatif yang terbaik keraba vitamin, mineral, dan nutrisinya. Mereka yang suka memakan ikan pasti kurang berminat terhadap makanan yang banyak lemak seperti keju atau daging.
Jadi pentingkah ikan untuk diet? Jawapannya ya kerana sistem kardiovaskular anda tidak akan terganggu selain akan meningkatkan lemak baik (HDL) dan terhindarnya daripada mudah mengalami darah beku.
Semoga dengan info yang dikupas ini memberikan anda manfaat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kelopak mata mengandungi kelenjar kecil yang menghasilkan minyak bagi membantu melembapkan permukaan mata. Jangkitan oleh bakteria staphylococcus boleh berlaku pada kelenjar ini sehingga menyebabkan ketumbit atau stye (hordeolum dalaman). Jangkitan juga boleh melibatkan folikel rambut pada bulu mata (hordeolum luaran).
Seperti mana-mana jangkitan, kelopak mata akan menjadi bengkak (sama ada tertumpu atau melibatkan seluruh kelopak mata), merah, gatal dan sakit. Ia mugkin kelihatan seperti jerawat pada kelopak mata. Kebiasaannya, ketumbit akan pecah dan sembuh dengan sendiri selepas beberapa hari.
Ketumbit tidak menggangu penglihatan
Ketajaman penglihatan (visual acuity) anda sepatutnya tidak akan terganggu sama ada melihat dari jarak jauh atau dekat. Perkara yang mungkin mengganggu ialah padangan yang dihalang oleh kelopak mata bengkak. Jika penglihatan menjadi kabur, ia mungkin disebabkan oleh faktor lain dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Chalazion kelihatan seperti stye
Satu lagi benjolan pada kelopak mata yang kelihatan seperti ketumbit ialah chalazion. Ia disebabkan oleh kelenjar minyak pada kelopak mata yang tersumbat. Memandangkan bukan jangkitan, ia tidak menyakitkan. Ketumbit yang melibatkan kelenjar minyak (hordeolum dalaman) juga boleh berubah menjadi chalazion.
Chalazion terletak lebih jauh daripada pinggir kelopak mata berbanding ketumbit. Kadangkala membezakan antara keduanya mungkin agak susah.
Cara merawat ketumbit di rumah
Anda boleh tuam bahagian terbabit menggunakan air panas. Tuaman boleh dilakukan menggunakan kain atau sudu yang direndam air panas atau secara langsung menggunakan botol yang mengandungi air panas. Lakukan selama 10 hingga 15 minit sebanyak 3 hingga 4 kali sehari.
Jaga kebersihan tangan dengan kerap membasuh menggunakan sabun. Anda juga boleh membersihkan bulu mata menggunakan syampu bayi. Elakkan daripada memicit ketumbit tersebut bagi mengelakkan jangkitan tersebar. Biarkan ia pecah dengan sendiri.
Jika keadaan tidak bertambah baik selepas beberapa hari atau seminggu, sila dapatkan bantuan doktor. Antibiotik dalam bentuk salap atau eyedrop mungkin akan dipreskrip. Dalam sesetengah kes, suntikan steroid atau pembedahan kecil akan dilakukan jika rawatan lain tidak berkesan.
Setiap lelaki pasti impikan bentuk badan berotot. Jangan ingat hanya makan protein sahaja yang boleh buat badan berotot, sebenarnya pengambilan buah-buahan yang konsisten pun boleh membantu membentuk badan berotot.
Pastikan dalam setiap menu pemakanan, anda selitkan buah-buahan ini. Bukan sahaja boleh memberi kesihatan kepada tubuh badan dan mencantikkan kulit, jenis buah-buahan ini juga berupaya membantu mempercepatkan pembentukan badan berotot.
Berikut merupakan antara 10 jenis buah-buahan yang dapat membentuk badan otot dengan lebih cepat dan cantik.
Kurma sememangnya kaya dengan protein. Memandangkan ia tidak mengandungi lemak, maka buah kurma sangat sesuai dimakan bagi anda yang ingin membentuk otot.
2. Jambu
Buah yang memiliki kandungan air yang banyak ini kaya dengan protein. Sama seperti kurma, buah jambu juga tidak mempunyai banyak lemak, selain memiliki zat pembersihan yang hebat. Sesuai dimakan setelah anda melakukan latihan membentuk otot.
3. Kiwi
Beberapa pakar dunia fitnes mengatakan, kiwi kaya dengan kandungan vitamin C yang dapat membakar lemak lebih banyak sekali gus mengubahnya menjadi otot. Jadi pastikan anda masukkan buah kiwi dalam menu anda setiap hari.
4. Plum
Plum dapat meningkatkan stamina pada tubuh dan menyihatkan peningkatan gula dalam darah. Buah ini memiliki banyak serat. Paling penting, ia dapat membantu proses pembentukan otot di dalam tubuh.
Pisang terkenal sebagai buah yang baik untuk melancarkan sistem pencernaan. Ia mengandungi enzim penting dikenali sebagai Bromelain yang berfungsi untuk meningkatkan kadar testosteron. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pertumbuhan otot dan membentuk otot tubuh dengan baik. Jadi tidak hairanlah kita lihat ramai atlet mengamalkan pemakanan pisang ketika berolahraga.
6. Avocado
Buah avocado merupakan buah-buahan yang memiliki kandungan lemak sihat. Sememangnya buah ini sangat jarang diambil sedangkan ia membantu membentuk otot tubuh.
7. Beri Biru
Flavonoid yang digelar anthocyanin merupakan antioksidan yang cukup berkuasa untuk membasmi kanser, sakit jantung dan keradangan. Percaya atau tidak beri biru yang sejuk beku memiliki lebih dari dua kali ganda kadar anthocyanin dan ia boleh membantu anda mendapat berat yang seimbang.
8. Epal Merah
Flavonoid polimer yang terkandung di dalam epal merah memiliki enzim yang boleh memecahkan gula ringkas. Daripada menyimpannya di dalam badan sebagai lemak, ia akan dibuang terus dari sistem. Pectin, salah satu bentuk fiber yang ada di dalam epal juga boleh membantu menurunkan tahap lemak yang berada di dalam darah.
Buah pir juga mengandungi sumber pectin yang cukup baik, kaya dengan flavonol dan flavan-3-ols yang membantu mengawal peningkatan berat badan dan diabetes tahap 2. Memakan buah pir dapat memberi anda suku daripada keperluan fiber harian anda. Ini boleh menolong anda menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.
10. Strawberi
Buah strawberi memiliki lebih daripada satu sumber antioksidan, selain mempunyai khasiat dari anthocyanin dan juga flavonol. Kajian membuktikan pengambilan strawberi boleh mengurangkan keradangan dan kenaikan gula dalam darah yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.