Kelemumur merupakan sel kulit kepala yang telah mati dan apabila kering, ia akan terkupas dan membuatkan kepala anda gatal-gatal.

Kelemumur juga boleh membuatkan sesetengah orang hilang keyakinan diri kerana terdapat sel kulit mati tersebut akan gugur seperti salji dan menyebabkan pakaian kotor.

Bagi yang tidak mengetahui bagaimana kelumumur boleh terjadi, berikut adalah punca-puncanya :

1. Jarang menggunakan syampu

Jarang menggunakan syampu atau mencuci rambut tentu akan menjadikan kulit kepala yang mati dan kering dan menyebabkan kelemumur.

2. Terlalu kerap menggunakan syampu

Kepala Anda Gatal-Gatal Dan Berhabuk Putih? Itu Tanda Ada Kelumumur & Ini Puncanya!

Terlalu kerap mencuci rambut akan membuat rambut tidak mempunyai masa untuk membuat menghasilkan minyak rambut semulajadi agar kulit kepala tidak kering dan berkelemumur.

3. Kulit kering

Kepala Anda Gatal-Gatal Dan Berhabuk Putih? Itu Tanda Ada Kelumumur & Ini Puncanya!

Ini adalah penyebab kelemumur yang paling biasa. Kulit kering bukan sahaja boleh berlaku pada kulit kepala saja, tetapi boleh berlaku pada kulit tangan dan kaki.

4. Produk syampu dan perapi yang tidak sesuai

Memilih produk syampu dan perapi yang betul untuk kulit kepala juga termasuk dalam faktor penting untuk mencegah kulit kepala daripada kelemumur.

5. Jangkitan kulat Malassezia

Kepala Anda Gatal-Gatal Dan Berhabuk Putih? Itu Tanda Ada Kelumumur & Ini Puncanya!

Kulat Malassezia biasanya hidup di kulit kepala dan tiada kesan penting pada kulit kepala. Tetapi jika berlebihan, ini akan menyebabkan kulit kepala menjadi kelemumur.

Jika anda sudah cuba bermacam-macam syampu anti-kelemumur namun tidak juga merasakan hasilnya, tidak ada salahnya anda mencuba cara hilangkan kelemumur secara semulajadi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI