Dah cuba makan ubat tetapi masih sakit kepala? Malah lebih merunsingkan apabila pening yang anda tanggung itu semakin teruk.
Tidak mengapa, bawa bertenang! MASKULIN ada petua merawat sakit kepala dan angin dalam badan. Cuba cara ini agar ia dapat meringankan kepala yang berpusing.
Artikel berkaitan: Saintis Kongsi Teknik Atasi Sakit Tekak & Batuk, Hanya Guna Jus Limau Nipis & Madu!
Artikel berkaitan: “Minum Air Limau Nipis Sebelum Bersenam, Ia Akan Membakar Lebih 30%” – Dr. Syid
Bahan-bahannya
– Ais batu
– 3 biji limau nipis
– Air sebaldi
Cara-caranya:
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam baldi.
2. Sebelum mandi ketika berada di luar bilik mandi, baca Al-fatihah sebanyak tujuh kali, Al-Ikhlas tiga kali, selawat tiga kali dan tiupkan ke air dan niat.
3. Mandi seperti biasa, bersihkan badan terlebih dahulu dan kemudian bilas dengan air campuran tadi. (Sebaiknya mandi selepas waktu Asar)
4. Mulakan dengan menyiram air dari kaki hingga ke kepala. Lebihnya siraman di bahagian tengkuk.
5. Jangan lap badan, sebaiknya biarkan ia kering dengan sendiri.
Air mandian ini bukan sahaja membantu mengatasi masalah pening kepala, ia juga boleh dimanfaatkan jika anda mengalami sakit sendi, susah tidur malam dan badan bisa.
Antara khasiat lain:
1. Menaikkan seri wajah
2. Menguatkan badan
3. Membantu menguruskan badan
4. Memberi aura positif
5. Mewangikan badan
6. Menghilangkan bisa dan angin di badan
Sunscribe dan tonton video Fitness dan gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI