Buat penggemar muzik, drama bersiri dan filem kepuasan audio merupakan elemn yang sangat penting buat mereka. Dengan pelbagai teknologi audio yang cukup canggih pada masa kini maka tidak hairanlah semakin banyak jenama menawarkan pelbagai seleksi terbaik di pasaran.

Salah satu jenama pengeluar peranti audio yang cukup popular dan mendapat tempat di hati pengguna ialah Sonos. Jenama yang dibawakan oleh TC Acoustics di nehara kita ini telah terbukti mampu bersaing dengan nama-nama besar dalak industri audio.

Pengembangan jenama Sonos di Malaysia dapat disaksikan dengan pengenalan kedai konsep mereka yang pertama terletak di The Starhill, Kuala Lumpur. Ia merupakan pusat beli-bnelah yang cukup ikonik dan terkenal di Bukit Bintang dengan barisan outlet barangan premium dan mewah.

Kepuasan Audio Lebih Mantap Dengan Pengenalan Kedai Konsep Pertama Sonos Di Malaysia

REKA BENTUK 

Kedai Konsep Sonos Concept oleh TC Acoustic ini telah direka berdasarkan reka bentuk TC Experience Centre di Singapura. Kedai konsep dan ruang baharu ini menawarkan pengalaman pelbagai deria untuk pelanggan merasai sendiri dengan penuh intimasi dengan sistem bunyi Sonos menerusi pelbagai produk mereka.

Tersembunyi dalam rekaan dalaman yang anggun dan kontemporari adalah bilik mendengar peribadi yang memberikan pelanggan dengan pengalaman teater rumah tanpa gangguan yang direka seperti mereka mendengar dari keselesaan ruang tamu mereka sendiri.

IKLAN

Kepuasan Audio Lebih Mantap Dengan Pengenalan Kedai Konsep Pertama Sonos Di Malaysia

Bagi pemilik rumah yang serius untuk menubuhkan persekitaran akustik yang hebat untuk filem atau muzik di rumah, mereka boleh membawa pelan rumah mereka ke kedai dan mendapatkan perundingan peribadi dengan pakar audio mereka.

“Selepas menerima sambutan yang menggalakkan daripada peminat setia kami di Malaysia, kami telah memutuskan bahawa tidak ada masa yang lebih baik daripada sekarang untuk menubuhkan kedai fizikal di Kuala Lumpur – di mana kami boleh mendekati dan mengeratkan hubungan dengan pelanggan di Malaysia,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif TC Acoustic, Christian Honegger.

“Kami ingin memberi mereka pengalaman penuh rangkaian produk Sonos kami dalam keselesaan kedai kami sendiri dan menawarkan mereka perkhidmatan peribadi yang sama seperti pelanggan kami di Singapura,” tambahnya lagi.

IKLAN

DIIKTIRAF HEBAT

Khusus untuk Sonos dan Klipsch, kedai ini membariskan pelbagai seleksi pembesar suara dari soundbar hingga pembesar suara bilik pintar.

Kepuasan Audio Lebih Mantap Dengan Pengenalan Kedai Konsep Pertama Sonos Di Malaysia

Lebih menarik lagi dengan lebih daripada 2,800 Google Review 5 Bintang di bawah kendalian mereka, pelanggan di Malaysia kini boleh menikmati perkhidmatan TC Acoustic yang berjaya memenangi anugerah dan mendapat tempat pertama oleh firma penyelidikan antarabangsa Statista dan akhbar nasional Singapura, The Straits Times.

IKLAN

Dengan skor hampir sempurna 9.9, ia meraih lebih daripada 1,600 peruncit bersama gergasi industri perkhidmatan terbesar seperti Apple dan Hyatt.

Kepuasan Audio Lebih Mantap Dengan Pengenalan Kedai Konsep Pertama Sonos Di Malaysia

Bagi meraikan pembukaan besar-besaran kedai konsep Sonos, TC Acoustic akan memberikan 100 beg goodie untuk rakyat Malaysia yang mengunjungi kedai yang baharu dilancarkan ini.

Selain itu, TC Acoustic turut melaporkan akan menganjurkan beberapa bengkel dan acara yang mendalam untuk peminat mereka seperti Sonos Hacks Workshops dan Pengenalan kepada Reka Bentuk Dalaman dan Pengubahsuaian Rumah dalam bulan akan datang.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI