Ads

Kerana Pendarahan Otak & Angin Ahmar, Bintang Lagenda Pop Yeh Yeh Ini Pergi Selamanya

Siapa tidak kenal dengan nama penyanyi tersohor era pop yeh yeh, Datuk A Rahman Hassan yang mampu membuatkan orang berjoget?

Tidak kira sama ada orang lama mahu pun generasi baru hari ini, kalau bercerita tentang pop yeh yeh, beliau adalah orangnya.

Dikejutkan dengan dua penyakit

Walaubagaimana pun menginjak usia 73 tahun, beliau dikejutkan dengan pendarahan otak dan juga angin ahmar.

Ads

Empat hari lalu, A Rahman Hassan dikatakan pengsan di sebuah stesen minyak lalu dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

Kerana Pendarahan Otak & Angin Ahmar, Bintang Lagenda Pop Yeh Yeh Ini Pergi Selamanya
Sumber Foto : myMetro

Pada peringkat awal, pihak hospital memaklumkan beliau mengalami komplikasi pada paru-paru (berair) dan degupan jantung tidak konsisten (lemah).

Ads

Selepas semakin kritikal, beliau dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pada detik 12.40 malam tadi, A Rahman Hassan pergi buat selamanya.

Jenazah dikebumikan di Taman Keramat

Menurut anaknya yang juga merupakan pengarah dan pelakon, Khir Rahman, jenazah ayahandanya akan dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Taman Sri Ukay, Ampang.

Ads

Seterusnya, jenazah akan dikebumikan hari ini selepas selesai sahaja solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat.

Pergi dengan tenang

Kongsi Khir lagi, penyanyi veteran ternama itu menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan yang amat tenang di samping isteri, Datin Fadilah Mansor dan kedua-dua anaknya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.