Antara sebab kenapa negara kita tergolong dalam senarai negara paling tinggi jumlah obesiti adalah kerana terlalu banyak lambakan makanan yang tidak sihat dimakan oleh kita. Makanan di Malaysia memang sedap, tetapi ia boleh mengundang masalah obesiti serta diabetes dengan mudah.

MASKULIN sempat menemubual seorang lelaki bernama Muhammad Khairul Zakaria yang pernah turun berat badan daripada 165kg ke 88kg. Disebabkan sedikit kesilapan, beratnya naik semula menjadi ke 144kg.

Kini dengan berat 100kg, dia kembali berusaha menurunkan berat badan menjadi berat ideal sebagaimana yang dia impikan selama ini, selain bimbang diserang penyakit diabetes.

Mari ikuti temubual bersama beliau di bawah ini:

1. Bagaimana berat boleh berlebihan

Jujur saya cakap, sejak zaman sekolah saya didedahkan dengan cara pemakanan yang tidak berapa betul, seringkali emak memasak atau makan diluar. Saya akan pilih makan dalam kuantiti yang BANYAK daripada memikirkan KUALITI makanan dan TIDAK memikirkan apa akan terjadi pada badan saya. Jika mama masak saya jugalah akan menghabiskan KESEMUA makanan. Pada pendapat saya ketika itu pembaziran tidak bagus dan tanpa saya sedar saya sudah makan lebih dari kuantiti yang saya perlukan dan perkara ini berterusan sehingga saya habis belajar dan bekerja.

2. Apa yang membuatkan anda ingin turunkan berat badan?

First sekali terdetik dihati adalah apabila keadaan kesihatan mama saya semakin teruk disebabkan diabetis. Padahal sebelum mama menjadi begitu saya sudah diberi contoh dengan arwah atuk saya meninggal disebabkan diabetis dan penyakit 3 serangkai, tapi yang memberi impak yang besar adalah apabila keadaan kesihatan MAMA semakin teruk. Saya nekad dengan hendak bermula diet.

IKLAN

BACA: ‘Nak Kurus Mudah, Tapi Nak Maintain Lagi Susah’, Lelaki Ini Kongsi Cara Kekalkan Berat 70 Kg Daripada 110Kg

3. Apakah rancangan diet anda?

Bercerita tentang diet saya banyak cuba diet. Pada permulaan saya berdiet, saya amalkan diet ATKIN. Pada permulaan berat saya 165kg ia tersangat la gemok dan sering disamakan dengan bob kuman. Nama samaran bob pada waktu dahulu sering bermain di bibir rakan rakan sekolah. Jadi dalam masa setahun saya berdiet dengan ATKIN saya dapat buang hampir 80kg dan berat paling rendah pernah saya ada 88.8kg selepas itu saya menjadi semakin bosan dan mudah craving dengan benda benda yang saya tidak dapat makan ketika atkin. Saya mula ambil makan yang tidak boleh saya ambil ketika berdiet atkin dan hari demi hari saya sentiasa terfikir apabila saya makan makanan yang tidak sepatutnya saya akan berkata pada diri SAYA BOLEH TURUNKAN BERAT BADAN SAYA DENGAN SEKELIP MATA DENGAN ATKIN, tetapi semua itu silap apabila saya tidak menjaga makan dengan betul dalam masa setahun semula berat saya naik mendadak semula dari 88.8kg ke 144kg.

Kerana Takut Diabetes, Lelaki Ini Nekad Turun Berat Badan Dari 165kg Ke 100kg
Pernah cecah berat badan 88.5Kg

Saya mula runsing. Bukan disini saya nak mngatakan diet ATKIN adalah diet yang salah, mungkin saya tidak habis belajar dan tidak dapat ilmu yg sepenuhnya tentang diet atkin ini. Apabila saya sudah kembali ke 144kg saya cuba kembali DIET ATKIN tapi tidak berjaya sehinggalah saya baca satu artikel di facebook tentang journey akak ERNI MAT yang berjaya menurunkan berat badannya dengan banyak (terima kasih juga Pada MASKULIN dengan memberi artikel yang byak membantu). Dari situ saya belajar dan tengok cara pemakanan beliau selain dari itu aritkel tentang JAZLI HASSAN dari super duper gemok ke berat ideal saya belajar cara yang saya nampak mereka gunakan adalah CALORIE DIET salah satu diet yang mengira berapa jumlah tenaga yang diperlukan dan berapa jumlah tenaga yang sepatutnya dikurangkan.

IKLAN

Jadi konsepnya umpama saya perlu tahu apa yang patut saya makan apabila aktiviti saya tidak banyak dan apa yang saya boleh makan apabila aktiviti saya banyak. First sekali saya cut GULA DAN MINYAK setiap makanan mengandungi kalori tersendiri so cara saya makan adalah suku suku separuh, saya banyak kurangkan portion makan saya dari banyak ke sikit. Saya minum air putih banyak dan sebelum makan pagi/ tengah hari/ malam saya akan mulakan dengan meminum air putih terlebih dahulu dan saya kekalkan portion saya yang sedikit dan saya lebih menitik beratkan APA YANG SAYA PERLU MAKAN DARI APA YANG SAYA MAHUKAN.

Kerana Takut Diabetes, Lelaki Ini Nekad Turun Berat Badan Dari 165kg Ke 100kg
Selepas itu, ternaik hingga 144Kg

4. Boleh kongsi tip tahan diri untuk makan seperti sebelum ini? 

Tipsnya tidaklah terlalu susah macam yang saya cakapkan tadi saya hanya memikirkan APA YANG SAYA PERLU MAKAN DARI APA YANG SAYA INGINKAN ATAU MAHUKAN. Jadi saya simpan dalam hati saya saya makan untuk hidup. Bukan HIDUP UNTUK MAKAN. Jadi dengan cara ini saya banyak ubah cara pemakanan saya yang dulu sehingga menjadi yang sekarang

5. Adakah perubahan pada bulan pertama pada fizikal jadi ketara? 

Pada awal bulan saya berdiet memang lah tidak nampak perubahan fizikal berlaku kerana berat saya terlampau gemuk tapi saya dapat rasakan berat saya semakin hari semakin kurang dari hari ke hari.

IKLAN

6. Bagaimana pula dengan senaman?

Senaman yang saya buat banyak kepada jogging & berbasikal tapi saya lebih senang dengan berjalan kaki. Senang cerita saya akan sentiasa bergerak lebih dan aktifkan diri kerana setiap perlakuan kita semuanya memerlukan KALORI so saya tanamkan dalam kepala saya apa sahaja aktiviti yang saya lakukan pasti akan membakar KALORI dalam Badan saya.

7. Adakah sudah puas hati dengan berat sekarang?

Jujur saya katakan saya masih tidak sampai lagi kepada berat ideal saya. Saya masih melakukan lagi diet dan aktiviti senaman. Pada saya penurunan berat ini adalah bonus tapi yang penting adalah kesihatan diri kita. Keranah ari semakin hari kita semakin tua jikalau dari sekarang saya tidak bermula untuk menjaga makan saya kelak saya pasti akan berakhir dengan penyakit. So saya lebih amalkan cara hidup yang sihat untuk kekal sihat.

Kerana Takut Diabetes, Lelaki Ini Nekad Turun Berat Badan Dari 165kg Ke 100kg
Berat terkini 100Kg

8. Tips bagaimana kekalkan motivasi diri?

Saya banyak simpan gambar lama saya ketika gemuk dan sering jadikan wallpaper di handphone supaya sentiasa beringat. Selain itu, saya suka berkawan dengan kawan yang amalkan diet dan mengawal cara pemakanan yang sihat. Pada saya ilmu tentang diet ni saya belum khatam lagi, jadi saya sentiasa berkawan dengan orang-orang yang lebih berjaya dari saya apabila menurunkan berat badan kerana daripada situ kita dapat memotivasikan diri kita supaya keep on track dan tidak tersasar jauh.

Oh dan lebih utama adalah saya selalu memandang kepada mama saya… saya sering fikirkan JIKALAU SAYA TIDAK MENJAGA BERAT BADAN SAYA DARI SEKARANG DAN SAYA JATUH SAKIT.. TAKKAN MASA KECIL MAMA DAH PUAS MENJAGA SAYA DAN APABILA SAYA TUA NI JIKA SAYA TIDAK MENJAGA BERAT TAKKAN MAMA SAYA NAK MENJAGA SAYA LAGI?

9. Apakah rujukan anda ketika melakukan diet?

Saya banyak belajar dari artikel dan google serta mengambil banyak nasihat dari kawan kawan yang sudah berjaya turunkan berat badan. Terima kasih juga pada maskulin kerana memberi artikel yang banyak membantu saya pada hari ini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI