Tragedi Sungai Korok yang mengorbankan satu keluarga akibat tenggelam di dalam sungai menjadi peringatan buat semua — jangan panik, bertindak dengan pantas boleh selamatkan nyawa

Apa yang anda akan buat jika kereta yang dipandu tiba-tiba terbabas dan terjunam ke dalam sungai sebegini?

Dalam keadaan cemas, panik dan kelam-kabut, ramai antara kita akan hilang arah. Tapi, dalam situasi macam ni — 60 SAAT PERTAMA adalah segalanya. Bukan sekadar detik genting, ia boleh jadi beza antara hidup dan mati.

Jadi, MASKULIN bawakan langkah demi langkah yang perlu anda ingat dan praktikkan jika berdepan situasi cemas seperti ini. Jangan tunggu sampai tragedi menimpa baru nak ambil tahu.

Ads
Kereta Terjunam Dalam Sungai, Ini Yang Anda Mesti Lakukan Dalam 60 Saat!
Foto: royallifesavingwa.com.au

⏱️ FASA 0-10 SAAT: KEKALKAN TENANG, FIKIR & TINDAK

  • Tarik nafas dan jangan panik. Panik hanya percepatkan proses lemas.

  • Buka tali pinggang keledar SEGERA.

  • Jangan buang masa call sesiapa — telefon tak guna dalam air, dan waktu terlalu suntuk.

⏱️ FASA 10-30 SAAT: TURUNKAN CERMIN SEBELUM TERLAMBAT

  • Jika air belum masuk banyak, turunkan cermin tingkap secepat mungkin. Ini laluan utama untuk keluar.

  • Jangan cuba buka pintu kereta, tekanan air akan buat ia hampir mustahil untuk dibuka.

  • Gunakan power window SEGERA, sebab bila enjin mati atau tenggelam, sistem elektrik akan gagal.

  • Jika tingkap tak boleh diturunkan, guna alat pemecah cermin (car emergency hammer) — ini bukan aksesori, ini keperluan WAJIB dalam kereta lelaki moden.

⏱️ FASA 30-60 SAAT: KELUAR, BANTU ORANG TERDEKAT, TINGGALKAN KERETA

  • Keluar ikut tingkap, utamakan nyawa sendiri dulu.

  • Kalau ada penumpang (anak, pasangan, keluarga), arahkan mereka ikut langkah sama.

  • Jangan buang masa selamatkan barang, nyawa lebih penting dari dompet atau telefon.

PERSEDIAAN AWAL YANG BOLEH SELAMATKAN NYAWA

✅ Sediakan emergency hammer atau alat pemecah cermin dalam kereta.
✅ Simpan dalam jarak capaian pemandu dan penumpang hadapan.
✅ Latih anak-anak dan pasangan macam mana nak keluar dari kereta dalam air — visualisasi penting!
✅ Faham fungsi airbag, tingkap elektrik dan sistem keselamatan kereta anda.

Ingat, bila kereta tenggelam, setiap saat dikira. Jangan biarkan tragedi berulang. Lelaki bijak bukan hanya yang tahu memandu, tapi tahu bagaimana nak selamatkan orang yang dia sayang.

Ads

BACA: Jangan Biarkan Kereta Terendam! Langkah Bijak Hadapi Banjir

Ads

Kereta Dimasuki Air Dan Tenggelam Akibat Banjir, Ini Perlu Dilakukan

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads