Kereta Tiba-Tiba Berasap! Ini Beberapa Punca Ia Berlaku & Ketahui Langkah Keselamatan Bila Buka Bonet

Share

Tiada angin, tiada ribut kereta anda tiba-tiba ada bau hangit dan kemudian berasap. Lampu suhu indikator pula menyala merah!

Nampaknya kereta anda sudah overheat! Tapi tahukah anda sebenarnya kondisi kereta atau enjin menjadi terlalu panas ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

Foto: emanualonline.com

JADI APA MASALAHNYA?

Berikut merupakan beberapa masalah yang boleh anda kenal pasti.

  • Kurang atau tiada langsung air di dalam radiator
  • Motor kipas rosak atau bermasalah
  • Kipas penyejuk radiator rosak dan tidak berfungsi dengan baik
  • Masalah pendawaian, relay atau coolant temperature switch
  • Radiator bocor
  • Radiator tersumbat
  • Hos getah penyambungan berkaitan sistem penyejukan pecah atau bocor
  • Masalah termostat
  • Drive belt kendur, rosak atau putus
  • Pam air bocor, rosak atau tidak berfungsi
  • Core plugs bocor
  • Laluan air atayu coolant di dalamnya tersumbat

PERKARA PENTING

Apabila ini berlaku anda harus biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Ingat, jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika ia masih panas. Tunggu sahaja dahulu dan jangan buat apa-apa. Kalau ada asap putih keluar biarkan ia benar-benar hilang dahulu.

Foto: reliableautomotive.com

Satu perkara lagi yang ramai orang lakukan ialah menambah air dengan segera di dalam radiator untuk meredakan kepanasan. Usah berbuat demikian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

Bukan semua masalah overheat disebabkan kurangnya air dalam radiator. Seperti dinyatakan di atas ia boleh berlaku disebabkan banyak faktor lain.

Itulah beberapa punca mengapa enjin kereta boleh overheat.

IKLAN