Tiada pengalaman bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Selagi ada kemahuan dan kesabaran, hasil yang akan diperoleh pasti terbaik sejajar dengan usaha berterusan. Siapa kita untuk menidakkan takdir yang telah ditentukan oleh Nya. Berbekalkan semangat untuk mengubah kehidupan, kini Khairun Basiran, 30, boleh mengukir senyuman atas pencapaian yang dicapainya sejak empat tahun kebelakangan ini.
Berkesempatan menemu bual anak jati Kuala Kangsar baru-baru ini, cukup mengujakan kerana dari hanya orang yang biasa-biasa sahaja kini Khairun dianggap luar biasa dalam kalangan rakan bisnes.
Memulakan karier sebagai seorang kakitangan kerajaan, Khairun tidak menyangka rezekinya beralih ke bidang perniagaan. Walaupun sudah banyak kali gagal dalam perniagaan tidak sesekali membuatkannya menyesal.
“Mungkin masa saya menjalankan beberapa jenis perniagaan sebelum ini tiada sesiapa yang menasihati saya. Jadi apabila saya terlibat dalam perniagaan Hai-O ini saya rasa lebih yakin kerana adanya mentor yang cukup mengambil berat dan membimbing sehingga berjaya.
“Semasa mula-mula terlibat dalam Hai-O saya tidak tahu adakah saya mampu menjual barangan kesihatan dan kecantikan yang sinonim dengan wanita sedangkan saya seorang lelaki. Macam mana saya nak promosikan? Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran.
“Tambahan pula, semasa saya menyuarakan hasrat kepada kedua ibu bapa dan isteri yang saya mahu berhenti kerja dan menumpukan kepada bisnes networking, saya mendapat tentangan.
“Bukan apa mereka takut saya tidak mampu melakukannya kerana sebelum ini setiap hujung bulan saya akan menerima gaji. Jadi mereka beranggapan ini satu cabaran yang cukup besar buat saya,” katanya.
Khairun berkata, walaupun masih belum ada keyakinan tinggi untuk menjalankan bisnes ini, namun demi untuk mengubah masa depan, saya tawakal dan memberi kepercayaan kepada kedua orang tua dan isteri agar memberi ruang untuk saya membuktikannya. Prinsip saya kalau kita tak cuba kita tak akan tahu hasilnya.
“Dalam masa yang sama, tiada apa yang saya fikirkan pada waktu itu kecuali untuk menjelaskan segala hutang yang ada dan memberi kesenangan kepada ahli keluarga.
“Alhamdulillah pada 2013 saya telah menyertai kumpulan Charismatic Leaders Academy (CLA) di bawah bimbingan mentor CDM Said Saiful Fazli iaitu pengasas CLA yang sehingga kini antara individu yang dikagumi.
Ads
“CLA ini dianggap platform terbaik untuk yang berminat menambah pendapatan sampingan tanpa perlu mengeluarkan produk sendiri dan akan diajar bermula dari bawah,” ujarnya.
Penghargaan diri
Mengakui semasa permulaan, agak perlahan juga jualan sehingga sampai satu tahap saya rasa menyesal. Apabila fikirkan semula tidak boleh mengalah, akhirnya saya cuba juga. Segala ilmu dari mentor saya guna pakai dan dari sebulan ke sebulan sudah mula menampakkan perkembangan positif.
“Paling membuatkan saya gembira apabila menerima insentif pakej melancong ke Vietnam sebagai tanda penghargaan pencapaian yang saya peroleh.
“Dari situ saya jadi bersemangat dan berjaya pula mengikuti trip ke Paris, London, Shanghai, Austria dan Hungary atas komitmen dan kejayaan mencapai target yang telah ditetapkan,” jelasnya.
Menariknya mengenai Khairun, daripada zero dia telah menerima pangkat Crown Diamond Manager (CDM) iaitu pangkat tertinggi dalam organisasi syarikat Hai-O pada 2015 selepas dua tahun serius dalam bisnes.
Ads
Daripada seorang yang tiada apa, Khairun juga telah melahirkan dua orang CDM dibawahnya dan sekarang menjadi mentor untuk rakan-rakan bisnes yang lain.
Matlamat jelas
Berbicara mengenai matlamat hidup, Khairun telah mempunyai perancangan khusus demi masa depannya dan insan tersayang. Sebolehnya saya mahu membuat pelaburan dalam bidang hartanah.
“Bidang ini bukan sahaja memberi pulangan yang berganda tetapi tidak rugi. Kita kena bijak merancang dalam keadaan ekonomi sekarang. Apa yang kita buat biar mendapat manfaat.
“Disebabkan saya pernah gagal dalam bisnes yang diceburi, pengalaman itulah yang mematangkan diri. Turun naik lumrah bagi orang berniaga asalkan kita tahu di mana tahap kita untuk terus mengekalkan momentum tersebut.
Sementara itu, mengulas mengenai jaringan bisnes yang dikendalikan sekarang, semangat kerja berpasukan antara yang perlu dititikberatkan. Kita perlu ada satu sikap profesional dan tidak mementingkan diri sendiri.
Ads
“Perlu ada tanggungjawab untuk menolong rakan yang lain. Jika konsep ini diamalkan gerak kerja berpasukan berjalan lancar dan kejayaan yang diraih berlipat kali ganda.
“Sebagai orang yang terlibat dalam bisnes, kita juga perlu membuang rasa ego dan malu. Sikap ini antara penghalang untuk seseorang berjaya. Jika kita rasa produk yang kita jual tidak sesuai dengan jiwa sampai bil-bila pun akan kekal berada di takuk yang sama,” tegasnya.
Sudut positif
Bak kata orang, cabaran yang dilalui akan memberi satu inspirasi. Begitu juga buat bapa kepada empat cahaya mata ini. Cabaran sebenarnya membuatkan saya boleh mempertingkatkan diri ke tahap yang lebih baik.
“Melalui cabaran itu saya boleh tahu di mana kelemahan dan kelebihan diri dan secara tidak langsung menjadikan saya anak, suami, ayah, anak didik dan mentor yang lebih baik.
“Saya juga cukup terharu dalam keadaan susah dan senang, isteri, Shafida Sharani sentiasa menjadi tunjang utama dan kini dia juga turut sama terlibat dalam bisnes Hai-O.
“Bagaimanapun saya cukup berterima kasih kepada sifu Multimillionaire CDM Hajah Siti Rohana dan CDM Haji Azlan Deraman yang tidak putus-putus memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada saya dan kumpulan selain mentor Said Saiful Fazli,” akhirinya menutup bicara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berita perkahwinan diraja diantara putera Brunei pujaan ramai, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dengan pilihan hatinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam turut mencuri tumpuan rakyat Malaysia.
Apa tidaknya, putera pujaan ramai ini akhirnya ditawan oleh gadis jelita, sepadan dengan ketampanannya.
Memetik laporan berita RTB Brunei, istiadat perkahwinan pasangan diraja ini berlangsung selama 10 hari, bermula 7 Januari lalu.
Berikut merupakan tentatif istiadat perkahwinan Abdul Mateen dan Dayang Anisha menurut laporan Astro Awani dan Harian Metro.
Istiadat Bersuruh Diraja Brunei (7 Januari 2024)
Istiadat ini hanya akan berlangsung apabila perundingan antara kedua belah pihak bakal pengantin telah dipersetujui.
Istiadat Membuka Gendang Jaga-jaga
Diwarisi sejak zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah dan Sultan Sharif Ali.
Gendang Jaga-jaga mengandungi lima jenis irama iaitu Gendang Perang, Gendang Raja Lalu, Gendang Arak-Arakan, Gendang Alih-Alihan Tengah dan Gendang Alih-Alihan Ujung.
Gendang Jaga-jaga juga memainkan tiga lagu Serunai iaitu Kudidi, Sangga Bunuh dan Liu-Liu.
Istiadat ini mempunyai tiga peringkat iaitu menghantar tanda diraja, menghantar tanda pertunangan diraja dan menerima tanda dan tanda pertunangan.
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja (11 Januari 2024)
Kemuncak kepada istiadat perkahwinan diraja ini ialah apabila Abdul Mateen dan Dayang Anisha akan disatukan secara sah sebagai suami isteri melalui ikatan akad nikah.
Majlis Bersanding Pengantin Diraja(14 Januari 2024)
Kedua mempelai diraja kemudian akan disandingkan di Istana Nurul Iman. Seterusnya, pasangan pengantin diraja itu bakal menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.
Majlis Persantapan Diraja
Dalam pada itu, sebuah majlis santapan diraja turut diadakan sempena meraikan penyatuan kedua mempelai, kebiasaanya diadakan di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman.
Istiadat Doa Selamat & Menutup Gendang Jaga-jaga (16 Januari 2024)
Adat untuk menutup semua acara, dimulai dengan bacaan zikir, diikuti tembakan meriam kesultanan Brunei.
Adat ini juga diiringi Gendang Arak-Arakan, dan diakhiri dengan membokar dan membuka perhiasan.
Abdul Mateen, 33, merupakan anakanda ke-10 kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, hasil perkahwinan bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.
Beliau adalah keenam dalam giliran pewaris takhta dan sering dilihat mengiringi ayahandanya ketika lawatan rasmi ke luar negara
Dayang Anisha pula ialah cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila bercakap tentang kemunculan Tahun Baharu pastinya di antara perkara paling diperketakan ialah aspirasi dan matlamat baharu. Dalam penjenamaan sesebuah jenama pula ia boleh membawa signifikasi permulaan atau pengenalan sesuatu yang lebih segar dan berbeza.
Mungkin itulah yang cuba ditonjolkan oleh jenama pengeluar minuman air mineral terkenal Spritzer apabila melancarkan produk baharu bersempena kemunculan Tahun Baharu 2024.
Hadir dengan kempen ‘Kelas Tersendiri: Kesegaran Semula Jadi’, Spritzer melancarkan kempen secara eksklusif di Piazza, The Starhill Bukit Bintang bermula 13 Disember sehingga 26 Disember 2023 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Dalam kenyataan medianya, Spritzer Berhad turut mengumumkan kemunculan produk terbarunya iaitu Spritzer Sparkling Lemon.
Spritzer Sparkling Lemon merupakan lanjutan daripada perisa pertama Spritzer bagi rangkaian air mineral semula jadi berkarbonat oleh Syarikat sejak Disember 2022, dengan pelancaran penjenamaan semula pembungkusan baharu di bawah kempen ‘Kelas Tersendiri’.
Lebih menarik. Spritzer mengatakan pilihan minuman yang ditawarkan jenama mereka mementingkan kesihatan mempunyai sifar pemanis, sifar kalori dan secara semula jadi kaya dengan mineral silika.
Ia menggabungkan pati perisa lemon asli dengan air mineral semula jadi yang bersumber dari hutan hujan berusia 130 juta tahun di Taiping, Perak. Duta Spritzer Sparkling, Merqeen yang merupakan pelakon popular masa kini sememangnya sinonim dengan persembahan cemerlang iaitu Kelas Tersendiri. Meerqeen dan Spritzer Sparkling menggalakkan semua orang untuk berada dalam kelas mereka sendiri pada tahun 2024.
Kemuncak acara itu, “Hajat Tahun Baru yang Berkilauan”, memberi para peserta peluang unik untuk merenung tahun 2023 dan menetapkan aspirasi baharu untuk tahun yang akan datang bersama-sama dengan orang tersayang dan rakan-rakan mereka.
Acara itu akan menampilkan botol Spritzer Sparkling Lemon setinggi empat meter yang menakjubkan secara visual dihiasi dengan skrin dan lampu LED untuk dipamerkan oleh pelanggan, serta pokok Krismas elegan yang diterangi dengan tema kelestarian, yang dihasilkan daripada botol hijau Spritzer Sparkling yang tersendiri – kedua-duanya menyediakan latar belakang yang sempurna untuk kenangan yang sesuai dengan Instagram.
Pada Engagement Activity – Momen 1, kongsikan ucapan cinta dan harapan Tahun Baru anda. Beritahu rakan anda betapa mereka sangat bermakna kepada anda, beri petunjuk tentang cadangan perkahwinan atau hantarkan mesej gembira kepada dunia.
Semua keinginan yang muncul pada skrin LED gergasi dilengkapi dengan botol Spritzer Sparkling yang diperibadikan secara unik.
Selain Peribadikan Botol Berkilauan Spritzer Anda Sendiri!, peserta boleh menguji kemahiran bertindak balas pantas mereka dengan menyertai permainan “Catch the Falling Lemons”, dan menebus minuman percuma yang diperbuat daripada Spritzer Sparkling x Monin, jenama sirap Perancis halal berbilang perisa, pada aktiviti “Main, Tebus Minuman & Santai Percuma”.
Akhir sekali, peserta boleh melibatkan diri dalam berkongsi detik mereka dengan memuat naik gambar atau video daripada acara Spritzer Sparkling di Instagram, menandai @spritzersparklingmy, untuk peluang menerima hadiah misteri melalui aktiviti “Snap, Tag & Get!” Spritzer.
Manjakan dengan semangat percutian dan aspirasi Tahun Baru di “Hajat Tahun Baru yang Berkilauan” Spritzer.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.