Man Relaxing on Sofa with Laptop Computer, Perspective View of Over Shoulder Looking from Behind at Blank Screen

Tidak semua orang bernasib baik mempunyai kerja yang hadir dengan gaji yang besar. Disebabkan itulah dalam banyak sector terutamanya pengeluaran, pekerja lebih memilih untuk melakukan kerja lebih masa atau overtime.

Ini kerana jika bergantung kepada gaji pokok sahaja ia tidak memadai untuk menyara perlbelanjaan bulanan. Namun ramai tidak sedar kerja lebih masa yang Panjang boleh beri kesan yang tidak baik. Terutamanya kesan dalam jangka masa panjang.

Di sinilah peranan majikan dan kerajaan untuk mencari solusi bagaimana untuk membantu golongan pelerja mendapat pendapatan yang mencukupi untik menyara diri dan keluarga.
Tapi itu untuk mereka yang terpaksa melakukan overtime demi mengumpul pendapatan lebih baik.

Bagaimana pula dengan golongan yang sengaja kerja lebih masa disebabkan tidak pandai mengatur cara kerja?

‘Overtime’ Lebih Separuh Hari Beri Kesan Tidak Baik Kepada Kesihatan

PERKARA PERLU ANDA ELAKKAN

TIADA SISTEM KERJA

Seorang pekerja yang bagus sentiasa merancang setiap kerja yang dilakukannya. Jika sebelum masuk bulan baru kita sudah pun menyusun jadual kerja, kemungkinan untuk berjaga malam di pejabat tidak akan berlaku.

IKLAN

Risiko perjalanan kerja anda juga tidak akan terganggu biarpun menerima banyak tugasan ‘last minute’ daripada bos.

SUKA MENANGGUH

Kerja bukannya sukar mana pun, tetapi masa untuk disiapkan mengambil masa berbulan-bulan. Kalau boleh, sasarkan kerja penting dan kurang penting yang mana harus diselesaikan terlebih dahulu.

Jangan apabila ada kerja baru, anda bertangguh-tangguh dengan hanya alasan kerja dulu baru disiapkan. Kalau boleh, buatlah senarai tugasan setiap hari atau malam sebelum tidur untuk mengelakkan kerja jadi tertangguh.

BERLAKON SIBUK

Tidak ramai tahu apa yang harus dilakukan jika bekerja lebih dari waktu kebiasaan. Tumpuan mereka juga bukannya 100% untuk kerja, tetapi digunakan untuk berbual-bual di telefon atau buat-buat sibuk.

IKLAN

Contohnya lalu-lalang memegang fail ke hulu ke hilir semata-mata ingin menunjukkan anda memang seorang yang sibuk. Sudahnya apabila menjelang petang, tekanan kerja makin bertambah kerana banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum waktu pulang. Mulalah stres tidak tentu pasal.

‘Overtime’ Lebih Separuh Hari Beri Kesan Tidak Baik Kepada Kesihatan

KAKI ‘MENGULAR’

Mencelah untuk ‘ keluar sekejap’ dalam waktu kerja memang perkara biasa. Tipulah kalau semua pekerja yang bekerja menghadap komputer atau fokus sesesuatu kerja itu selama 24 jam.

IKLAN

Paling tidak pun, mereka akan ke kafeteria untuk membeli makanan atau keluar menguruskan sesuatu yang penting dalam masa yang sangat cepat. Tetapi perlu diingat, jangan keluar sesuka hati. Sebelum keluar, mintalah izin dan tinggalkan pesan kepada ketua anda.

INGIN TAMPIL RAJIN

Sesetengah syarikat membuat bayaran untuk kerja lebih masa. Itulah sebabnya ada juga mereka yang suka mengambil kesempatan untuk duduk lebih lama di pejabat supaya jam-jam terakhir boleh dikira sebagai bayaran overtime.

Alasan mereka menyiapkan kerja. Sebenarnya kerja yang dilakukan banyak pada membuang masa melayari Internet atau berbual-bual kosong. Buktinya, kerja mudah yang mampu disiapkan dalam masa setengah hari disiapkan hingga larut malam.

BELUM DEADLINE

“Alaa deadline lambat lagi. So, tak payah lah nak terkejar-kejar buat kerja”. Inilah masalah orang kita. Suka sangat bekerja last minute. Tempoh waktu yang diberikan untuk menyiapkan sesuatu kerja tidak mahu diendahkan.

Ingat! Jangan sesekali memandang remeh pada deadline yang diberikan oleh bos anda bagi menyiapkan sesuatu kerja. Biar pun anda bekerja dengan jadual, tetapi risiko kemungkinan bos anda mahukan tugasan perlu disiapkan itu dengan tiba-tiba boleh terjadi. Macam mana keadaan anda masa itu? Sudah pasti kelam-kabut bukan?. Jadi elak amalkan tabiat ini.

Dapatkan laptop berkualiti pada harga menarik di sini! 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI