Sebagai salah satu jenama minyak pelincir automotif terkenal di dunia, Castrol melihat kerjasama bersama liga bola sepak paling poular di dunia iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai usaha signifikan penjenamaan mereka.

Kerjasama terbaru mereka bersama EPL telah dilakukan dengan penajaan penajaan eksklusif untuk tempoh 2 setengah tahun, yang bermula pada Januari 2022 lalu. Kerjasama dan penajaan seperti ini bukanlah satu perkara asing buat Castrol yang pernah melakukan perkasa sama di Piala Dunia FIFA dan Kejohanan Eropah UEFA.

EPL yang dikenali sebagai liga bola sepak paling banyak ditonton di seluruh dunia dengan siaran di sebanyak 212 wilayah ke 643 juta rumah, dengan potensi tontonan 4.7 juta penonton.

Kerjasama Ekslusif Castro Bersama EPL Bawakan Pelbagai Aktiviti Menarik Buat Peminat Bola Sepak

Penajaan ini dilihat Castrol sebagai usaha jangka masa panjang untuk meningkatkan lagi kedudukan Castrol sebagai sebuah jenama yang terkenal di kalangan penonton antarabangsa dan mewujudkan kesedaran mengenai rangkaian pelincir berprestasi tinggi Castrol yang versatil.

Menerusi penajaan ini, Castrol menyasar untuk mengetengahkan perniagaan perkhidmatan dan penyelenggaraannya yang sentiasa berevolusi dan menyediakan ruang untuk para pelanggan berinteraksi dengan dua perkara yang paling diminati mereka iaitu, automotif dan bola sepak.

IKLAN

Bagi peringkat nasional, Castrol Malaysia bakal menganjurkan pelbagai acara bagi memantapkan kehadiran digital mereka, termasuk peraduan dan aktiviti-aktiviti pada setiap dua minggu.

Kerjasama Ekslusif Castro Bersama EPL Bawakan Pelbagai Aktiviti Menarik Buat Peminat Bola Sepak

Menerusi aktiviti ini, orang ramai terutamanya pelanggan mereka boleh berkongsi pembikinan semula detik bola sepak yang tidak dapat dilupakan di dalam platform media sosial mereka di sepanjang tempoh pertandingan Castrol EPL Original Moment.

IKLAN

Bagi aktiviti yang diadakan pada setiap dua minggu pula, para pengguna media sosial akan diberikan soalan dan permainan yang berkaitan dengan perlawanan bola sepak. Ini akan mewujudkan ruang dalam talian yang menarik minat, menyeronokkan dan interaktif untuk para peminat menguji kemahiran bola sepak mereka.

Kerjasama Ekslusif Castro Bersama EPL Bawakan Pelbagai Aktiviti Menarik Buat Peminat Bola Sepak

Selain itu kempen lapangan turut akan diadakan di sepanjang tahun dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Di antara acara yang bakal diadakan ialah jelajah Castrol X EPL Rover eksklusif ke lokasi-lokasi utama di seluruh negara bagi mempromosikan pertandingan Castrol Game Changers yang akan berlangsung dari Mei hingga September 2022.

IKLAN

Susulan pertandingan Castrol Game Changers, 20 oseserta vertuah bersama pasangan bakal dipilih untuk menyertai cabaran The Race Off, yang akan diadakan di sebuah hotel. Sebanyak lapan pasukan terbaik yang memenangi cabaran ‘The Race Off’ akan meneruskan persaingan ke peringkat seterusnya dan peringkat akhir pertandingan ini, iaitu perlawanan futsal dua lawan dua.

Kerjasama Ekslusif Castro Bersama EPL Bawakan Pelbagai Aktiviti Menarik Buat Peminat Bola Sepak

“Ini adalah era yang paling menarik untuk Castrol Malaysia dan Singapura. Penajaan ini menjadi satu lagi detik bersejarah dalam senarai kejayaan Castrol yang panjang, terutamanya kerjasama kami dengan organisasi bola sepak di seluruh dunia.

“Kerjasama ini akan mengetengahkan lagi rangkaian produk dan perkhidmatan Castrol kepada para penonton dan menjadi platform untuk kami berinteraksi dengan mereka di samping menghargai mereka kerana sentiasa setia bersama-sama dengan kami selama ini. Kami berasa amat gembira kerana dapat memulakan sambutan ini tidak lama lagi.” jelas Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan.

https://www.youtube.com/watch?v=SolT1Y98Qd4&t=136s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI