abdulrashade studio oppo

Bersempena dengan pengenalan model terbaru telefon pintarnya Reno5 Series, OPPO menampilkan sebuah hasil seni interaktif yang dihasilkan oleh artis berbakat tempatan. Kerjasama OPPO bersama Abdulrashade Studio menyaksikan penghasilan sebuah mural yang cukup istimewa.

Menurut OPPO, mural yang dihasilkan menerusi kerjasama tersebut menampilkan nilai-nilai seni sebuah persahabatan. Apa yang uninya, mural tersebut membawa sifat interaktif. Di mana pada waktumalan ia diterangi dengan pelbagai jenis lampu berwarna-warni jika ia dikunjungi lebih dari seorang.

Dengan trend swafoto bersama rakan-rakan bagi mengabadikan momen persahabatan, mural ini dilihat sebagai selari dengan objektif yang dibawa menerusi kempen pelancaran OPPO Reno5 Series. Selai itu, OPPO turut menjemput Whey Chillin Ice Cream KL bagi memeriahkan persona mural tersebut.

Abdulrashade yang merupakan artis seni berpengaruh menghasilkan mural dengan ciri-ciri ‘glow-in-the-dark’ di lokasi popular Kwai Zai Hong berdekatan Jalan Balai Polis, Kuala Lumpur.

IKLAN

BACA: Selamatkan Telefon Atau Laptop Terjatuh Dalam Air Dengan Cara Ini

Kwai Zai Hong merupakan sebuah lokasi yang telah melalui proses transformasi daripada menjadi sebuah lorong terbiar kepada kawasan sarat dengan keseniaan moden. Pemilihan kawasan ini oleh OPPO bertepatan dengan trend millenial yang kini gemar berfoto di lokasi seni mural.

“Kami di Abdulrashade Studio bersama cukup bangga melakukan kerjasama bersama OPPO Malaysia untuk menghasilkan mural ini bersempena pelancaran Reno5. Mengjasilkan mural penuh interaktif seperti ini juga merupakan pencapaian hebat buat kami,” jelas Abdulrashade.

Manakala bagi OPPO pula, mereka melihat inovasi seni seperti mural cukup selari dengan teknologi yang dibawakan mereka menerusi mode terbarunya. Dengan kamera Quad 64 megapiksel, ia diyakini mampu memberikan pengalaman fotografi dan videografi terbaik untuk penggunanya.

“Ia merupakan peranti yang sesuai meraikan persahabatan atau pasangan. Simpalah kenangan abadi untuk masa hadapan dengan menggunakan fungsi dual-view,” jelas Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia, Nikki Chen.

Ikuti Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!