Awal tahun ini pasti ada di antara anda yang memasang azam untuk kurangkan berat badan dan kembali aktif seperti dahulu kala bukan? Tetapi sejauh manakah ia akan berhasli?

Tahukah anda, sebenarnya ada beberapa kesalahan diet yang sering dipandang ringan hingga menyebabkan misi untuk turunkan berat badan anda gagal?

Jom ketahui 20 kesalahan yang sering dilakukan orang ramai ketika berdiet.

1. “Skip Sarapan Pagi Lah!”

Skip Sarapan Pagi Antara Kesalahan Yang Sering Dilakukan, Ini 9 Punca Diet Anda Gagal!

Ada sesetengah orang berpendapat jika mahu kurus, dia harus berlapar seharian. Amalan ini salah! Sebenarnya jika mahu kurus, sarapan pagi adalah perkara paling penting kerana ia membekalkan tenaga sehingga ke tengah hari. Jika tidak mahu mengambil sarapan yang berat, mungkin anda boleh mengamalkan telur rebus bersama roti bakar.

2. “Tidur Menambahkan Berat Badan, Jadi Jangan Tidur”

Waktu tidur yang sihat bagi orang dewasa adalah 6-8 jam, jadi pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya. Jangan terkejut ya, dalam tidur juga tubuh badan kita boleh membakar kalori.

IKLAN

3. “Makan Sekali Sudah Mencukupi”

Skip Sarapan Pagi Antara Kesalahan Yang Sering Dilakukan, Ini 9 Punca Diet Anda Gagal!

Tiada istilah makan sekali sudah mencukupi, kalau mahu turunkan berat badan mestilah makan mengikut waktunya (sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam). Tiada salahnya jika anda mahu selitkan makan snek atau makanan sampingan. Tetapi harus diingat ya, snek bukan bermaksud keropok atau jajan, tetapi makanan sampingan yang berkalori mengikut apa keperluan badan.

4. “Beli Kopi 3 In 1 Lah!”

Ya, memang tiada salahnya untuk anda minum kopi atau teh asalkan jangan minuman segera kerana ia  mengandungi gula dan manis serta tidak bagus untuk kesihatan badan. Gula akan bertukar menjadi lemak-lemak degil pada tubuh badan! Apatah lagi minuman yang bergas atau 3 in 1.

IKLAN

5. “Minum Banyak Air Putih, Perut Jadi Buncit!”

Skip Sarapan Pagi Antara Kesalahan Yang Sering Dilakukan, Ini 9 Punca Diet Anda Gagal!

Minum banyak air kosong tidak akan menaikkan berat badan, apatah lagi membuatkan perut anda buncit. Seharusnya anda tidak perlu risau air kosong masuk ke tubuh badan anda, kerana ia akan keluar dengan cara peluh, air kencing dan sebagainya. Tiada istilah buncit sebab minum air kosong ya!

6. “Makan Buah, Mesti Kurus!”

Ada buah yang sesuai dimakan pada waktu siang dan ada yang sesuai dimakan pada waktu malam. Contoh seperti buah limau atau buah berwarna terang, kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan tubuh badan memerlukan sedikit masa untuk memprosesnya. Malah kandungan fruktosa boleh menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat. Jadi, ia tidak sesuai dimakan pada waktu malam, sebaliknya pilihlah buah-buahan yang betul dan seimbangkan dengan pemakanan sayur rebus.

IKLAN

7. “Saya Diet, Saya Makan Roti Je”

Skip Sarapan Pagi Antara Kesalahan Yang Sering Dilakukan, Ini 9 Punca Diet Anda Gagal!

Pengambilan roti memang dibenarkan, tetapi bukanlah roti putih. Roti gandum adalah pilihan yang terbaik. Tetapi hadkan pengambilan roti tersebut. Sehari dua keping sahaja kerana ia sudah mencapai 154Kcal.

8. “Tak Nak Makan Nasi, Nak Makan Mee Atau Kuey Teow”

Tidak semestinya anda perlu menyekat apa yang ada minat. Jika anda pemakan nasi, apa salahnya anda mengambil nasi tetapi haruslah dalam kuantiti yang sedikit iaitu segenggam tangan. Cuba elakkan mengambil mi kuning dan kuey teow kerana ia mengandungi minyak yang tidak sihat.

9. “Panggang Tak Nak, Nak Makan Stim Jelah”

Apa salahnya makan makanan dipanggang, selain anda boleh stimkan makanan yang dipanggang juga ada bagusnya. Cuba selang-selikan pemakanan, barulah tidak membosankan.

10. “Tak Nak Makan Malam, Nanti Gemuk”

Makan malam sebenarnya bagus untuk tubuh badan. Jangan sesekali anda skip makan malam tetapi percepatkan waktu pengambilannya. Makan sebelum jam 8 dan bagi perut anda berehat dalam tempoh tiga jam sebelum tidur. Jika masih terasa lapar, minum sahaja air kosong.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI