Kadangkala urusan memilih dan topik penjagaan pakaian dalam seperti boxer atau brief sering dipandang remeh oleh golongan lelaki. Bagi mereka, asal ada yang boleh dipakai, cukuplah.

Tapi jangan begitu bro. Tidak Bro! Nampak memang benda remeh tapi untuk mengekalkan tahap keselesaan dan kebersihan seluar dalam perkara amat penting ya!

Pakar kesihatan ada menyebut yang lelaki lebih cenderung bersifat malas untuk menjaga tubuh mereka, khususnya dalam menjaga kebersihan. Dari sebuah tinjaun yang dilakukan oleh YouGoy, diketahui bahawa satu dari lima lelaki yang berasal dari negara itu terlalu malas untuk membasuh pakaian dalam dan boleh memakainnya berkali-kali hingga mereka akhirnya mencucinya. Penelitian itu bahkan juga menyebut jika lelaki boleh memakai seluar dalam atau boxer hingga berhari-hari lamanya.

Takkan mak nak ajar lagi kan? Come on, jangan bikin malu lelaki la bro.Berikut adalah 5 kesalahan yang kerap dilakukan dalam menjaga seluar dalam.

Pakai berulang kali

Purata seluar dalam yang kotor mengandungi sekurang-kurangnya satu gram najis di dalamnya. Basuhlah seluar dalam anda setelah menggunakannya dengan kepanasan yang tinggi lebih kurang 160 darjah Fahrenheit.

IKLAN

Cara Kering Yang Salah

Haba di dalam pengering anda itu telah merosakkan keadaan elastik pada seluar dalam anda menjadikan ia longgar dan berkedut.Cuba anda keringkan dengan menggunakan kitaran yang sejuk dan lembut daripada menggunakan kepanasan haba untuk menjaga fabrik tersebut.

BACA: 5 Etika Pemakaian Seluar Dalam Harus Lelaki Ikuti

Memilih Warna Yang Salah

Setiap pakaian yang berwarna putih lebih mudah menampakkan kesan kotoran terutamanya pada seluar dalam. Cuba pilih warna yang lebih gelap kerana warna tersebut mengambil masa yang agak lama untuk pudar dan anda tak perlu untuk menggantinya terlalu kerap.

IKLAN

Memilih Fabrik Yang Salah

Sebelum anda membeli satu lagi pek seluar dalam,cuba periksa dahulu label material yang digunakan. Kapas biasa yang digunakan adalah ringan dan mudah untuk kulit anda bernafas – sesuai untuk pemakaian kasual dan hari ke hari.

Terlalu ketat

Kalau anda rasa dengan memakai seluar dalam ketat buat korang lebih seksi kerana ‘barang baik’ lebih menonjol, ini memang silap besar.
Memakai seluar dalam ketat hanya akan ‘melemaskan’ penis dan tidak baik untuk kitaran darah . Apa kata pilih ukuran yang sesuai seperti jenis boxer kerana ia lebih ia lebih selesa untuk dipakai.

IKLAN

Memilih saiz kadangkala memang cukup mengelirukan. Tapi MASKULIN tertarik dengan seluar yang diperkenalkan oleh jenama Sloggi menerusi koleksi GO Allround.

Sloggi GO Allround

Koleksi yang menarik menampilkan boxer dan brief yang tampil dengan konsep one size fit all! Ini kerana fabrik yang digunakan mempunyai elemen regangan yang sangat baik. Malah menurut mereka, ia mampu melakukan adaptasi terhadap pemakainya dari saiz S hingga L.

Manakala material kainnya pula dilengkapi teknologi fabrik, MicroModal yang memberikan bukan sahaja keselesaan tetapi ketahanan yang baik. Inovasi rekaan ‘seluar kecil’ untuk lelaki seperti ini mampi menyelesaikan masalah yang mungkin membelenggu ramai lelaki dalam mencari seleksi sesuai.

sloggi GO Allround boleh didapati dalam dua warna menarik iaitu Graphite dan Havanna.