Drama Filem

Kesinambungan “Mat Kilau”, Kenali Watak Filem “Pendekar Awang”

Share

Selepas kejayaan filem “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” pada 2022, Studio Kembara kembali dengan sekuelnya iaitu “Pendekar Awang: Darah Indera Gajah”.

Filem yang menggabungkan sentuhan dua pengarah, Shahruddin Dali dan Saiful Reza ini menyelongkar kisah perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang tidak didendang yang tidak pernah diberitahu sebelumnya.

Peristiwa di dalam “Pendekar Awang” ini berlaku selepas kebangkitan pahlawan melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang.

Sekuel ini berkisar apabila British mengarahkan Kapten Syers untuk menangkap Tok Gajah sebaik mendapat tahu beliau mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di sana.

Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat.

Berikut merupakan watak-watak yang menjayakan filem kali ini:

Awang (Fattah Amin)

Anak didik Tok Gajah ini berjiwa pahlawan, berani, mahir memanah. Tegas dengan cara perjuangannya yang berbeza dari Mat Kilau.

Sayang (Nur Fazura)

Isteri Awang yang setia dan cekal. Anak perempuan Haji Sulong ini dilatih ilmu persilatan dan memanah. Isteri yang sentiasa memberi sokongan kepada suaminya. Memahami konflik dalaman suaminya.

Tahir (Nadhir Nasar)

Anak lelaki Haji Sulong, adik kepada Sayang. Minat mendalam terhadap ilmu tabib, ilmu alam, ilmu hayat dan mahir ilmu menjejak di hutan.

Tok Gajah (Wan Hanafi Su)

Pemimpin masyarakat Pahang, orang yang rapat dengan Sultan Ahmad, imam perang pahang dan istiqamah serta tegas melawan pencerobohan British.

Haji Sulong (Nam Ron)

Pemimpin penduduk Kuala Semantan, pengikut Tok Gajah yang setia. Tegas dan dipercayai Tok Gajah.

Brahim (Ali Karimi)

Adik Mat Kilau yang sentiasa menjadi pendamping ayahnya Tok Gajah. Mahir bersenjata tekpi. Brahim kecewa dengan sikap Awang kerana tidak menyertai misi Tok Gajah ke Terengganu.

Filem “Pendekar Awang: Darah Indera Gajah” bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Januari 2024.

IKLAN