Sama ada anda peminat filem, drama, selebriti atau fesyen kemunculan anugerah berprestij seperti 2024 Golden Globe pastinya akan mencuri perhatian anda.
Pada penganjuran 2024 Golden Globe yang berlangsung awal hari ini, penggiat seni Hollywood sekali lagi dikumpulkan bagi meraikan kejayaan filem dan juga televisyen yang telah menyinar sepanjang tahun lalu.
Seperti dijangka, pelakon Cillian Murhphy mengungguli kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) menerusi filem ‘Oppenheimer’ dah pengarahnya, Christopher Nolan bagi kategori Pengarah Terbaik. Manakala drama ‘Sucession’ turut mencatatkan kejayaan dengan pelakonnya, Mattew Macfayden dan Kieran Culkin dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki dan Pelakon Lelaki Terbaik.
Selain keputusan-keputusan sensasi yang diumumkan, kemunculan artis-artis lelaki di larpet merah. Jadi apakah jenis pakaian dan fesyen yang digayakan oleh selebriti-selebriti lelaki ternama Hollywood pada edisi Golden Globe kali ini?
Kalau anda membesar dengan muzik Britpop atau sekadar peminat budaya ’90-an, ini mungkin kolaborasi yang paling ‘cool’ dalam dekad ini. adidas dan Oasis, dua nama yang telah lama beriringan dalam budaya pop Britain.
Terbaru dua nama besar ini mengesahkan hubungan unik mereka menerusi koleksi istimewa, adidas Originals x Oasis Live ’25.
Koleksi yang ditonjolkan kali ini bukanlah biasa-biasa. Ia merupakan salah satu sambutan kepada sebuah era muzik yang membentuk gaya lelaki urban seluruh dunia.
Daripada jaket trek adidas yang dipakai Noel Gallagher hingga gaya raglan longgar yang pernah digayakan Liam dalam charity football match, koleksi ini bawa balik semua elemen yang buat gaya Britpop begitu berpengaruh.
Dalam kempen video mereka yang menggunakan lagu malar segar “Live Forever”, adidas merakamkan semangat era Knebworth, gigs jalanan, dan crowd surfing yang kini menjadi legenda. Semua momen ini menyatu dalam vibe retro, tapi masih terasa relevan.
Dan ya, highlight utama, Noel dan Liam yang kembali bersama dalam satu naratif kempen, membawa harapan besar untuk pentas siri jelajah mereka Oasis Live ’25 nanti. Untuk peminat muzik dan fesyen, ini lebih daripada sekadar baju. Ini adalah sejarah yang boleh anda pakai.
Koleksi lengkap menampilkan 26 item dengan DNA Oasis:
Semua direka semula dengan potongan moden, sesuai untuk lelaki hari ini yang mahu tampil kasual tapi tetap ada karakter. Kalau anda seorang peminat gaya effortless, koleksi ni memang wajib singgah dalam wardrobe.
Chris Walsh, VP adidas, kata: “Kolaborasi ini adalah tentang keaslian dan impak budaya. Ia bukan hanya dua ikon bergabung, tapi satu perayaan gaya hidup yang membentuk generasi.”
Dan ya bro, koleksi ni boleh didapati sekarang di butik adidas terpilih, laman adidas.co.uk, oasisinet.com, atau gerai khas sepanjang konsert Live ’25.
Kalau anda seorang yang percaya bahawa gaya adalah sebahagian daripada identiti, koleksi ini bukan untuk sekadar dipakai, tapi untuk dihidupkan semula.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahun ini menyaksikan Garmin selaku jenama jam pintar dan GPS terkenal meraikan ulang tahunnya yang ke-30. Bersempena dengan sambutan ulang tahun tersebut Garmin telah memperkenalkan sebuah koleksi jam pintar premium iaitu MARQ Collection.
Koleksi jam mewah ini menampilkan beberapa siri jam yang menampilkan ciri-ciri istimewa dalam tradisi bidang berbeza seperti aotumotif, marin, outdoor, penerbangan dan sukan.
Dan bersempena tema itu jugalah mereka mengetengahkan sebanyak 6 siri jam pintar berbeza iaitu MARQ Aviator, MARQ Driver, MARQ Captain, MARQ Adventurer, MARQ Athlete dan MARQ Commander.
Pada pelancarannya yang berlangsung baru-baru ini, Garmin telah menjemput beberapa ikon terkenal bagi mewakili setiap siri jam yang diketengahkan. Mereka adalah Datuk Nicol David, legenda sukan squash negara; Chris Lau, jurnalis meda perang; Khairulnizam Mohd Afendy, atlet Olimpik sukan layar; Datuk Kapten Nik Huzlan, bekas ketua juruterbang Malaysian Airlines; dan Zen Low, pelumba kereta antarabangsa.
Majlis pengenalan model terbaru Garmin ini turut memberi ruang kepada jemputan ternama ini untuk sama-sama berkongsi pengalaman mereka dalam bidang masing-masing. Menariknya setiap seorang daripada mereka bukanlah calang-calang individu kerana sangat kaya dengan segala macam pengalaman.
Ekspresi inilah yang ingin diketengahkan oleh Garmin MARQ Collection yang menggunakan bahan premium, elemen rekaan eksklusif dan ciri-ciri paparan unik.
Kesemua koleksi daripada MARQ Collection ini boleh didapati di outlet Garmin seluruh negara dan Swiss Watch Gallery bermula dari 13 November 2019 yang berharga dari RM7,999 sehingga RM13,500.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bercakap tentang denim ia merupakan salah satu bentuk material yang memang tak dapat dipisahkan dengan golongan lelaki.
Material denim yang tahan lasak, selesa serta membawa imej maskulin telah berjaya merentasi pelbagai era serta gaya selama berdekad-dekad lamanya.
Jika suatu ketika dahulu industri penghasilan jeans dipelopori pelbagai jenama dari Amerika Syarikat dan Jepun. Namun kini anak tempatan juga telah mampu berdiri sama tinggi dan bermegah dengan rekaan jenama sendiri.
Bagi anda pengikut trend denim pastinya pernah mengikuti tentang kisah 3 orang anak muda dari Besut melahirkan jenama jeans mereka sendiri dikenali sebagai Raw Denim House. Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin bersama abangnya Ahmad Syukri Kamarudin dan rakanya, Muhamad Aidil Akhyar pada suatu ketika tular dengan rekaan jeans berkualiti tinggi jenama mereka.
Lambang ‘cakar ayam’ sebagai tanda jenama di poket belakang jeans mencerminkan mitos tempatan yang menceritakan bagaimana Besut menjadi satu daerah di negeri Terengganu, seiring dengan usaha berterusan untuk mengekalkan identiti asal yang menerapkan falsafah hidup anak-anak kelahiran Besut dalam hasil karya tempahan khas mereka.
“Saya memang berminat tentang jeans lebih-lebih lagi aspek artisan dalam pembuatan jeans.Kami memberi tumpuan mengekalkan keaslian mencipta jeans dengan menggunakan mesin klasik dari tahun 1940-an.
“Kami melihat usaha ini sebagai satu bentuk seni di mana setiap hasil kerja yang kami cipta adalah unik dan lain daripada yang lain dan kami mahu mengekalkan nilai artisan dalam pembuatan jeans,” ujar Ahmad Safuan Nizam Kamarudin, pengasas RDH yang baru-baru ini menerima ‘Anugerah Tokoh OKU Negeri Terengganu’sempena perayaan Maal Hijrah lalu.
Mereka juga merupakan antara usahawan yang turut diberikan bantuan oleh ILTIZAM bagi menambah baik proses serta mencari jalan mengembangkan perniagaan. Menerusi program dimainkan oleh ILTIZAM, jenama Raw Denim House boleh dikembangkan ke peringkat lebih tinggi lagi.
“Pada permulaan kerjasama tersebut, ILTIZAM EMP menggunakan peralatan program untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh RDH. Berasaskan maklumat tersebut, ILTIZAM telah memulakan inisiatif untuk menambah baik proses perniagaan, pemasangan sistem kewangan dan membina laman web e-dagang interaktif untuk jeans tempahan ‘made-tomeasure’ untuk RDH.
“Kami sasarkan untuk sempurnakannya menjelang akhir tahun ini. Matlamat kami adalah untuk memastikan inisiatif-inisiatif ini akan menambah baik operasi dalaman RDH dan juga meningkatkan daya tarikan pasaran jenama dan produk mereka,” kata Hizwani Hassan, Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas).
Jeans tempahan khas RDH dijual pada harga RM450 dan ke atas dan tempahan boleh dibuat menerusi laman Facebook, Instagram, talian mudah alih 013-580 5351 atau di studio RDH di Lot 373, Aras 2, Jalan Dato’ Haji Hussin, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu.
Dalam pada itu, ILTIZAM juga mengalu-alukan usahawan Bumiputera yang bertekad mahu mengembangkan perniagaan mereka dan menyertai ILTIZAM EMP. Pemohon yang berminat
boleh memohon untuk menyertai program menerusi e-mel di csr@ekuinas.com.my.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.