Cegah Demam & Selesema Tanpa Ubat, Doktor Ini Kongsi Bahan Yang Anda Boleh Guna!

Share

Lelaki walau sekuat mana pun apabila diserang demam dan selesema pasti badan boleh menjadi lemah. Ketika ini nak angkat peralatan ringan pun tidak mampu.

Jika anda mengalami demam dan selesema, ada cara mudah yang boleh anda gunakan untuk mengatasinya tanpa mengambil ubat-ubatan.

Caranya ada dikongsikan oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad menerusi perkongsiannya di laman Facebook miliknya.

BACA: Ini 5 Khasiat Bawang Baik Untuk Kesihatan, Salah Satunya Bantu Kawal Gula Dalam Darah

MENCEGAH DEMAM DAN SELESEMA TANPA UBAT

Keadaan cuaca yang tidak menentu memudahkan seseorang mendapat demam selsema. Antara simptom yang ditunjukkan ialah hidung berair, badan panas dan sakit tekak. Cara terbaik ialah dengan melakukan langkah pencegahan.

Antaranya herba yang baik untuk menyembuhkan demam selesema ialah:

1. KUNYIT

Perah jus kunyit dan campurkan dengan segelas air suam dan madu. Kacau dan minum di awal pagi selepas bangun tidur.

2. MADU

Selain boleh dicampur dengan kunyit, ia boleh diambil dengan dicampurkan dua sudu tualang ke dalam segelas air sejuk (atau suhu bilik).

3. HALIA

Satu inci halia boleh dimasukkan ke minuman atau masakan.

4. BAWANG PUTIH

Bawang putih dikatakan mempunyai sifat antibiotik. Ia boleh dimasukkan ke dalam masakan atau dengan memakan bawang putih yang dibakar.

5. SAYURAN HIJAU DAN BERWARNA

Sayur-sayuran hijau dan berwarna sangat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksida dan antiradang dan membantu meningkatkan daya tahan dalam badan. Ia juga mengandungi banyak vitamin.

6. AIR

Banyakkan minum air mineral. Ia dapat membantu dalam menstabilkan suhu badan dan mengelakkan berlakunya kekurangan air dalam badan. Ia membantu pergerakan darah dalam badan dan meningkatkan sistem daya tahan.

7. LEMON

Lemon adalah sumber vitamin C yang baik. Ia mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengelakkan jangkitan virus. Rendamkan beberapa hirisan lemon dalam botol yang berisi air mineral. Minum sekurang-kurangnya 1 liter sehari untuk mendapat vitamin C yang diperlukan.

IKLAN