Baru-baru ini, jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo dipelawa oleh bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.
Menurut jaguh seni bela diri campuran (MMA) berkenaan tidak hanya kagum dengan bakat yang dimiliki anak jati Sarawak itu tetapi menganggap Johan sebagai atlet yang berbakat dan sedia memberi sokongan jika beliau berhasrat untuk beralih ke sukan MMA pada masa hadapan.
“Saya tahu beliau masih muda dan pejuang yang hebat. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Beliau ada memberitahu saya bahawa beliau mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang.”
Kredit: Khabib
“Jika beliau mahu beralih ke MMA, beliau dialu-alukan untuk berlatih bersama kami di Dagestan untuk meningkatkan kemahiran gustinya. Kehadirannya sentiasa dialu-alukan,” kata Khabib dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad semalam.
Bercakap mengenai landskap sukan tempur di Malaysia, Khabib yang kini berusia 36 tahun disenaraikan dalam UFC Hall of Fame 2022 berkata, Malaysia mempunyai beberapa atlet berbakat yang mampu mencapai ke tahap dunia.
Ads
Jelasnya, jika Malaysia mahu melahirkan juara MMA bertaraf dunia, negara perlu membina asas yang kukuh melalui jurulatih berpengalaman dan sistem latihan yang mantap, menjadikan kejayaan Dagestan sebagai rujukan.
Kredit: Johan
“Saya mengikuti perkembangan MMA di seluruh dunia dan saya sedar tentang atlet berbakat dan jaguh Muay Thai yang anda miliki ketika ini. Tetapi Malaysia memerlukan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan rangka kerja yang kukuh untuk memupuk bakat terbaik MMA,” katanya.
Ads
Tambah Khabib, “Di Dagestan, kami mempunyai sistem yang hebat dengan jurulatih berkemahiran tinggi dan kami telah melahirkan juara dalam pelbagai sukan tempur.”
“Untuk membangunkan atlet di peringkat tertinggi, anda perlu membina sistem yang kukuh hasil gabungan atlet yang baik dan jurulatih yang cemerlang,” ujarnya.
Ads
Sumber: Sinar Harian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Merokok membahayakan kesihatan, bukan sahaja kepada perokok, malah kepada mereka yang tidak merokok. Selama ini, kita biasa mendengar tentang perokok aktif dan perokok pasif. Sebagai makluman semua, mari kita imbas kembali istilah berikut :
Perokok aktif : Perokok yang menghisap rokok secara langsung.
Perokok pasif : Mereka yang menghidu asap rokok daripada rokok yang sedang menyala, DAN juga daripada asap yang dihembuskan oleh perokok aktif.
Asap yang mengandung nikotin yang dihirup ke dalam paru-paru akan mencapai ke otak hanya dalam masa enam saat. Bahan rokok termasuklah nikotin, tar, karbon monoksida, formalin, amonia, hidrogen sianida, arsen dan DDT. Rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, termasuk 43 penyebab kanser (karsinogenik) senyawa yang dikenal dan 400 racun lain. Walaupun tidak seserius ketagihan heroin, kecanduan nikotin juga menimbulkan risiko kesihatan yang sangat serius dalam jangka masa panjang. Bagi anda yang merokok dan sangat sukar untuk menghentikannya, berikut ini ada beberapa tips mudah untuk menghilangkan nikotin di dalam tubuh.
Air putih sangat baik bagi kesihatan dan sudah banyak bukti bahawa air putih adalah air super yang mampu menghilangkan penyakit.
Minum 8 gelas air setiap hari akan meningkatkan ion dalam tubuh selain dapat menghindari tubuh dari Dehidrasi.
Air kelapa sangat baik untuk menghilangkan toksin atau racun dalam tubuh dan rokok adalah sumber toksin terbanyak dalam tubuh perokok.
Selain itu kandungan air kelapa juga sangat baik untuk merangsang pertumbuhan sperma.
Menurut kajian, air kelapa mengandungi banyak vitamin, antaranya adalah vitamin C yang sangat baik bagi kesihatan terutama bagi perokok tegar.
Air kelapa juga mengandungi nikotinat, folat, pantotenat, biotin serta riboflavin.
Tidak hairanlah jika air kelapa juga dimanfaatkan sebagai bahan perubatan tradisional termasuklah kecantikan.
Di samping itu, secara khusus, air kelapa kaya potasium (kalium) dan selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (bervariasi antara 1.7 sampai 2.6 peratus) dan protein (0.07- 0.55 peratus).
Seperti air kelapa, perokok juga disarankan untuk memakan buah-buahan yang mengandungi tinggi Vitamin C.
Selian air kelapa anda juga boleh meminum jus lemon yang banyak mengandungi vitamin C.
Strowberi juga sangat dianjurkan bagi anda yang ingin menghilangkan nikotin didalam tubuh kerana di dalamnya banyak mengandungi vitamin C yang sangat baik untuk tubuh.
Buah kiwi adalah buah dari Australia yang kini sudah banyak tersebar di seluruh dunia.
Buah Kiwi membantu menghilangkan nikotin dari tubuh yang kaya vitamin A, C dan E kerana ketika merokok, kadar vitamin akan berkurangan.
Semoga memberi manfaat.
sumber: majalahsehat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Definisi lelaki sejati bukan sahaja diukur melalui akhlak, tetapi juga atas segak keperibadiannya. Tidak hanya berbekalan raut kacak, tubuh sihat dan tegap memberikan ‘markah tambahan’ kepada jejaka ini.
“DULU BERAT SAYA 109KG…”
“Aspek kecergasan dan kesihatan tubuh badan memang dititikberatkan. Walaupun sudah bekerjaya, mana mungkin saya tangguhkan urusan yang melibatkan fizikal”, itu pembuka bicara Faruq kepada penulis.
“ Sewaktu belajar dahulu, saya boleh dikatakan sangat gemuk. Berat badan saya pula hampir 109 kg. Serik dan asyik menjadi bahan sindiran, saya tetapkan pendirian, kuatkan azam dan segera turunkan berat badan”.
Namun, kejayaan tidakkan bertanda jika tiada diduga. Ujar Faruq, usaha kerasnya berjaya namun malangnya hasilnya pula terlampau ketara.
“ Akibat terlalu teruja ingin menurunkan berat badan, tubuh saya pula menjadi tersangat kurus sehingga mengundang perlian. Pernah juga saya dituduh rakan mengambil dadah dan sebagainya. Tanpa menoleh ke belakang, saya tetapkan semula sasaran, kembali bersenam, menjaga pemakanan dan hasilnya tubuh saya semakin sihat, cergas dan mula membentuk”.
Puas hati dengan bentuk tubuh sekarang? Usik penulis, lantas Faruq menjawab, “Mana mungkin. Pastinya saya akan teruskan usaha untuk mendapatkan tubuh lebih berstamina dan berotot. Sehingga kini, tidak, saya masih belum berpuas hati”, ujar Faruq.
AKTIF DENGAN AKTIVITI LUAR SELEPAS BERGELAR AYAH Melihat pada trend masa kini, Faruq antara golongan muda yang menjadikan gim tempat untuk memperkasakan tubuhnya.
“Menjadi kebiasaan, sementelah tamat bertugas pastinya saya akan ke gim. Selain itu, saya juga tidak lokek menjalani pelbagai aktiviti outdoor yang terbukti menyihatkan. Antaranya berjoging, berenang dan bermain ragbi. Walaupun kini sibuk menguruskan keluarga, saya tetap akan meluangkan sedikit masa untuk bersenam.
Saya juga turut menggunakan kelebihan teknologi kini dalam mempelajari selok-belok penjagaan badan melalui tutorial video di Internet. Secara peribadi, saya sering menjadikan video ScottHermanFitness dan RJ Riches Fitness sebagai rujukan. Saya mengakui majalah Maskulin sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup saya sehingga sekarang”, jelas Faruq lagi.
“Apa pula nasihat mahupun tip dari Faruq buat mereka yang berazam miliki tubuh persis Faruq?”, tanya penulis.
‘Bagi saya, motivasi itu penting. Semangat kenalah kuat dan janganlah sekadar ingin mencuba. Tetapkan sasaran dengan usaha berterusan pasti menjamin hasil diinginkan”, ujar Faruq yakin.
PERUBAHAN SELEPAS BERGELAR AYAH
Perubahan hidup itu lebih kepada tanggungjawab yang lebih besar untuk membentuk dan mendidik anak. Di samping mahu mencari rezeki demi menyara keluarga. Tak boleh nak selfish lagi sebab whatever happen, family comes first. Rasa macam lebih energetic untuk cari sumber pendapatan and fullfill keperluan. Dari segi emosi tu rasa macam lebih bahagia sebab ada someone else yang valuable selain isteri.
RUTIN KESIHATAN?
Dari segi rutin kesihatan tu masih maintain seperti selalu. At least 3 to 4 times / week dekat gym. Sibuk tu memang lah sibuk dengan kerja dan belajar fulltime. Tapi saya full utilize my free time waktu kerja untuk selit-selit masa ke gimnasium.
MASA BERSENAM?
biasanya lunch hour sebab time ni gym tak ramai.
RAMAI LELAKI LEPAS KAHWIN TAK JAGA PENAMPILAN DIRI, PANDANGAN ANDA?
Pandangan saya benda ni tak sepatutnya berlaku. Sebab ia macam satu kerugian. Kalau dulu gigih bertahun-tahun workout dan dapat hasil badan idaman, spend masa dan duit. Then lepas kawin kita abaikan usaha macam itu sahaja. Tambahan bila dah jadi seorang suami dan bapa kita kena kekal cergas dan sihat especially untuk cari rezeki demi keluarga. And one most important things, takkan suami je nak isteri cantik untuk anda kan? Suami juga harus berusaha untuk maintain penampilan macam masa bercinta dulu.
Lelaki ni bila dah kahwin pun ramai yang malas nak jejak gym, sebabnya mungkin mereka rasa bila dah kahwin ni tak perlu untuk jaga penampilan sebab dah ada isteri yang mungkin tak kisah penampilan diorang. Kalau dulu masa single kena sentiasa look fit and attractive sebab nak dapatkan perhatian org. Tapi bila dah kahwin ni mungkin pada pandangan mereka ” siapa je nak tengok aku sekarang?” And lagi satu mungkin juga faktor masa dan penat. So macam biasa alasan “tiada masa nak ke gym” tapi hakikatnya homeworkout pun terbukti berkesan kalau konsisten.
JADI DADDY HOT, LEBIH BANYAK POSITIF ATAU NEGATIF?
pada saya ia lebih kepada positif sebab ia boleh dijadikan faktor penyumbang untuk kekalkan keyakinan diri. Di samping boleh jadi contoh ikutan pasangan dan anak. Kalau bab negatif tu, mungkin individu tu ada niat yang lain kot.
PROFIL
Nama penuh: Faruq Fadhullah B Kamal Baharom
Adik beradik: Sulung dari 4 orang adik beradik
Tempat lahir: Klang
Tarikh lahir: 25 Julai
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni dan Sains Sosial Universiti Malaya
Idola bidang kecergasan: Scott Herman
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tak nak kulit yang sentiasa kelihatan muda walaupun usia dah mencecah 40an dan ke atas?. Namun, bukan mudah untuk maintain apabila usia semakin bertambah, pemakanan yang tidak sihat ditambah pula dengan cuaca yang panas, mula la ada garisan yang tidak diingini pada kulit malah ada yang sudah menampakkan kedut di sana sini.
Jadi, bagaimana nak atasi kulit kering dan cepat berkedut?
1. Lebihkan makan ikan
Banyakkan makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit.
2. Amalkan soya
Elok diambil melalui pemakanan ataupun produk penjagaan diri kerana ia merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.
3. Tukar kopi atau teh kepada koko
Mengandungi antioksidan, koko membantu pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.
4. Elak ‘tarik‘ kulit secara paksaan
Misalnya mengecilkan mata apabila memandang objek jauh. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya kedutan. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan kaca mata.
5. Guna produk penjagaan mengandungi AHA dan Vitamin C
Asid semula jadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.HA dan Vitamin C
6. Guna pencuci muka daripada gel/krim
Biasanya pencuci muka jenis ini mengandungi agen pelembap yang apabila digunakan, melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit.
7. Elak jemur bawah matahari terik
Sinaran matahari memang elok untuk kulit namun elak menerimanya berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kedutan.
8. Sentiasa guna pelembap
Kulit mudah kering tambah lagi jika anda sentiasa on the go. Oleh itu, digalakkan menyapu produk mengandungi agen pelembap dengan kerap agar kulit sentiasa lembap.
9. Minum air kosong
Sumber terbaik agen pelembap kulit. Amalkan minum air dengan banyak dalam satu hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.