Dalam kesibukan mencorak masa depan negara, Khairy Jamaluddin (KJ) tanpa sedar telah ‘berhutang’ masa dengan keluarganya sendiri terutama anak-anak.
Figura yang pernah menjadi antara pemimpin muda paling berpengaruh dalam arena politik Malaysia ini mengakui bahawa waktu yang sepatutnya dinikmati bersama keluarga sering kali terkorban demi tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.
Kini, setelah tidak lagi bergelumang dalam dunia politik, KJ seolah-olah diberi peluang kedua untuk menebus kembali detik-detik yang telah berlalu.
@maskulinmySebelum ini dia korbankan masa bersama rakyat dan kawan-kawan. Kini, selepas dua tahun, YB Khairy Jamaluddin kembali mengumpul semula detik-detik yang hilang bersama ahli keluarga dan menyifatkannya sebagai ‘kemenangan sebenar’. #maskulin #majalahmaskulin #fyp♬ original sound – Maskulin
Dulu Sibuk Dengan Politik, Kini Kejar Masa Yang Hilang
Dalam satu sesi temubual santai ketika menghadiri sebuah acara Tealive di IOI Mall Putrajaya baru-baru ini, KJ tampil jujur berkongsi tentang perjalanan hidupnya selepas politik yang baginya lebih tenang dan bermakna.
“Saya banyak hutang masa dengan ahli keluarga saya, terutamanya anak-anak, waktu saya dalam arena politik. Sekarang ni saya tengah kejar balik masa tu, tengah kumpul balik semua masa yang saya tak sempat nak luangkan dulu,” ujar beliau dengan senyuman yang terpancar rasa syukur.
Ads
Sepanjang kerjaya politiknya, KJ sentiasa dilihat sebagai seorang pemimpin yang aktif, responsif dan sentiasa berada di barisan hadapan daripada hal pendidikan, belia, sehinggalah isu kesihatan negara.
Namun di sebalik semua itu, beliau akui masa peribadi bersama keluarga sering kali menjadi perkara kedua.
Foto : Oh My Media
“Saya rasa tiada penyesalan. Keluarga saya pun faham kenapa saya buat pilihan tu dulu. Dalam politik, kita memang kena berkhidmat kepada rakyat. Kadang-kadang masa saya lebih banyak dengan rakyat daripada anak-anak saya sendiri.”
Kekalahan Yang Membawa Hikmah
Apa yang menarik, KJ tidak melihat kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum lalu sebagai satu titik noktah.
Ads
Sebaliknya, beliau melihatnya sebagai ‘hadiah’ yang membuka pintu kepada kemenangan yang lebih bermakna kemenangan dalam ruang peribadi dan kekeluargaan.
“Peluang ni datang dengan kekalahan, tapi pada saya itu adalah kemenangan sebenar. Saya dapat balik masa dengan keluarga, dan saya sangat bersyukur sebab peluang ni datang tanpa saya rancang pun,” katanya lagi.
Walaupun tidak lagi memegang jawatan politik, KJ terus aktif dengan pelbagai inisiatif sama ada dalam media, podcast, acara sukan, atau jemputan-jemputan awam.
Ads
Namun bezanya kini, jadual beliau lebih fleksibel dan memberi ruang untuk meletakkan keluarga sebagai keutamaan.
Kisah Khairy ini memberi satu cerminan realiti buat ramai dalam kalangan kita yang terlalu sibuk mengejar kerjaya sehingga kadangkala terlupa nilai sebenar masa bersama keluarga.
KJ telah membuktikan bahawa meskipun masa yang hilang itu tak dapat dikembalikan sepenuhnya, ia masih boleh ‘dibayar semula’ dengan niat dan usaha yang ikhlas.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hubungan unik antara manusia dan burung sememangnya sudah dapat disaksikan sejak ratusan tahun lamanya. Boleh dikatakan setiap negara pasti mempunyai budaya membela burung yang cukup unik. Ada yang membelanya sebagai hobi, membantu mencari nafkah dan tidak kurang juga sebagai simbol status.
Di Malaysia sendiri masyarakat Melayu dan Cina khususnya memang gemar membela burung. Tapi ramai tak tahu membela burung ini bukanlah satu hobi yang murah.
Penjagaannya memang memakan kos yang cukup tinggi. Namun bila bercakap tentang kos, kita memantg tidak akan dapat lawan peminat burung di negara Teluk.
Masyarakat Arab khususnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai budaya membela sejenis burung helang falcon atau lebih tepat Falco rusticulous. Ia merupakan sejenis burung pemangsa yang terkenal sebagai burung terpantas di dunia.
Percaya atau tidak burung falcon mampu menjunam dari udara ke bawah pada kelajuan 320 km/j!
Melatihnya juga memerlukan skil serta pengetahuan luar biasa. Jadi tidak hairanlah harganya mampu mencatatkan jutaan ringgit.
Terbaru, sekor burung helang falcon diberi nama Ab Ultra White Gyrfalcon telah dijual dalam satu acara lelongan di Arab Saudi pada harga mencecah USD$464,400 (RM1.9 juta).
Acara lelongan burung spesies jarang ditemui iaitu Falco rusticolus itu dianjurkan Lelongan Pembiak Burung Helang Antarabangsa (IFBA) yang berlangsung di ibu pejabat Kelab Burung Helang Arab Saudi di Malham, utara Riyadh.
Penjualan burung diberi nama Ab Ultra White Gyrfalcon tersebut telah secara tidak langsung menjadi rekod terbaharu untuk burung helang paling mahal pernah dijual di dunia. Lelongan tersebut disiarkan secara maya dan sudah berlangsung sejak bulan lalu.
Menurut laporan Saudi Press Agency, burung berkenaan dikatakan berasal dari Ladang Helang Barat Laut Pasifik yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Jualan burung berkenaan rekod sebelumnya apabila Super White Gyrfalcon dari penternak berpangkalan di Kanada dijual pada harga USD$93,347 (RM386,129).
Ada duit semua jalan. Bela burung pun sampai berjuta harganya. Hebat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sekarang segalanya mudah dan berada di hujung jari. Apa yang anda perlukan boleh didapati dan dibeli secara talian. Perkembangan pesat perniagaan e-commerce kini menjadi sumber pendapatan ramai orang termasuklah yang berniaga sendiri di rumah.
Malah semakin ramai peniaga sudah tidak memerlukan kedai secara fizikal untuk mengembangkan perniagaan. Segalanya dilakukan secara dalam talian sahaja.
Namun di sebalik kepesatan industri perniagaan secara talian ini wujud pula pelbagai kes penipuan sama ada dari bentuk wang tunai atau barang yang tak sama seperti diiklankan. Melihatkan perkara ini yang semakin serius, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihati pengguna untuk lebih berhati-hati apabila berbelanja seacara online.
Pihak mereka turut berkongsi tip bagaimana untuk anda sebagai pengguna membeli secara online. Berikut merupakan tip dari KPDNHEP;
KENAL PASTI
Jika anda sudah berkenan dan ingin membeli sesuatu produk perkara pertama sekali anda perlu kenal pasti apakah kaedah bayaran yang dikenakan oleh peniaga.
PILIH UNTUK COD
Kaedah paling selamat untuk elak jadi mangsa penipuan ialah dengan meminta produk yang anda ingin beli di hantar secara terus atau cash on delivery (COD). Dengan menggunakan kaedah ini anda sendiri boleh memerik barang yang ingin dibeli.
GERBANG PEMBAYARAN
Jika laman sesawang itu mempunyai kaedah pembayaran online, pastikan ia tersedia untuk anda menggunakan gerbang pembayaran yang sah.
NAMA & NOMBOR AKAUAN
Jangan sesekali membuat bayaran kepada peniaga yang menggunakan akaun berbeza daripada nama mereka sebenar. Pastikan nombor dan nama akauan penerima betul dan sama.
BUTIRAN PENIAGA
Andai kata masih sangsi dengan peniaga anda boleh memeriksa latar belakang perniagaan mereka melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Dengan mengikuti tip di atas, InsyaAlah anda akan selamat daripada menjadi mangsa penipuan. Ingat satu perkara sahaja jangan mudah percaya dengan apa yang diklankan. Atau jangan mudah termakan dengan pelbagai kata-kata testimoni terutamanya produk yang berkaitan dengan kesihatan.
Tapi bagaimana jika barang yang anda beli tidak sama dengan apa yang diiklankan atau rosaK? Apakah yang anda sebagai seorang pengguna boleh lakukan?
Jangan risau jika perkara ini berlaku anda boleh semak semula kntrk pembelian jika ada. Disebabkan itu sebelum membeli sesuatu produk anda perlu memerika 5 perkara penting!
Kaedah ganti rugi
Polisi pemulangan (return)
Tempoh penghantaran
Privasi
Waranti dan gerenti
Sebagai pengguna anda harus bijak dan ada strategi sebelum shopping secara online. Berikut merupakan antara perkara yang anda boleh lakukan.
Simpan segala maklumat peniaga dan pembayaran sehingga barang dipesan sampai.
Simpan juga resit atau bukti pembayaran secara talian.
Semak tempoh penghantaran yang ditetapkan peniaga dan masa ia mula diiklankan.
Jangan lupa untuk minta nombor tracking daripad peniaga. Periksa nombor tracking di laman web kurier sama ada ia sahih atau tak.
Jika ada sebarang komunikasi di antara anda dan peniaga dalam bentuk teks, e-mel, WhatsApp, Telegram atau Facebook Messenger amatlah penting anda simpan semua perbualan itu.
Dapatkan juga nombor telefon, alamat perniagaabn, nombor pendaftaran perniagaan dan makulmat berkenan produk yang ditawarkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kecekalan seorang lelaki yang bergelar suaminya, Mohd Taufiq Abdullah menjaga isterinya itu meruntun hati netizen. Berat mata yang memandang berat lagi mata yang memikul, pasangan suami isteri ini ditimpa dugaan besar dalam hidup apabila insan bernama Nurliyana menghadapi penyakit Teroid iaitu satu kelenjar di bahagian depan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Nurliyana dan suami, Taufiq juga sering muncul di kaca televisyen untuk berkongsi mengenai penyakit kronik dialami.
Apa membuatkan orang ramai terharu adalah Taufiq sanggup menjaga isterinya yang sakit dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Pastinya banyak pengorbanan telah dilakukan oleh Taufiq demi ingin melihat isterinya sembuh. Sifat yang ada pada Taufiq ini juga membuktikan bahawa bukan semua lelaki ‘tidak berguna’.
Rata-rata mendoakan kesihatan Nurliyana dan mendoakan kesembuhan wanita terbabit dan memuji sikap mulia suami ini.
Namun tweet lelaki bernama Ayim ini telah mendapat lebih 21k Retweet dimana dia menjadikan suami Nurliyana sebagai lelaki/suami yang boleh dijadikan contoh kepada orang ramai disana terutama sekali pada kaum lelaki. Sifat yang ada pada Taufiq juga membuktikan masih wujud lagi lelaki berhati mulia dan sanggup senang serta susah bersama walau dalam apa jua keadaan.
Lelaki Ini Contoh Suami Terbaik
Bukti tidak semua lelaki jenis ‘tak berguna’
Tahu mengenai penyakit sebelum berkahwin, tetapi sedia menerima & ingin menjaganya
Penyakit Yang Dialami Sang Isteri
Penderitaan jelas terpapar pada wajahnya apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.
Lebih memilukan, berat badannya juga menyusut daripada 55 kilogram hingga kini hanya 23 kilogram, malah ketinggiannya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.
Mari kita kita doakan semoga Nurliyana cepat kembali sembuh dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga pasangan ini bahagia dan dilimpahi bahagia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.