Beberapa serbuan oleh Kementerian Kesihatan ke atas restoran mamak mendapati penyalahgunaan BAHAN PEWARNA YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN yang diimport dari China. Pewarna tersebut digunakan untuk menggoreng ayam dan sebagainya.
Sebab itu ayam goreng, tepong goreng rojak dan sebagainya kelihatan kemerah-merahan dan nampak sedap dan menyelerakan!
Adalah dipercayai penggunaan bahan pewarna tersebut sebagai salah satu penyebab kanser!
Ads
Satu-satunya alasan pewarna makanan digunakan dalam makanan yang diproses ialah untuk menjadikannya lebih menarik di mata pelanggan. Pewarna tidak menyumbang apa-apa kepada nilai zat permakanan. Bahan pewarna adalah bahan kimia bukan makanan yang dicampurkan ke dalam makanan. Kebanyakan daripadanya boleh menjejaskan kesihatan dan termasuk bahan penambah kimia yang diluluskan oleh pihak berkuasa.
Contohnya, Tartrazine (Pewarna Kuning-Jingga), berkemungkinan agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktiviti dalam kanak-kanak. Ia juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah.
Ads
Sunset Yellow FCF (Pewarna Merah-Jingga) juga kemungkinan agen karsinogenik serta dikaitkan dengan hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga mampu menyebabkan kerosakan kromosom kekal dan tindakbalas alergi.
Ponceau 4R (Pewarna Merah terang hingga gelap) diketahui penyebab kanser, bengkak tisu, alergi, dan asma (lelah). Ia juga boleh merendahkan bilangan sel darah merah dan kepekatan hemoglobin. Bahan pewarna ini telahpun diharamkan di Amerika Syarikat dan kebanyakan Negara-negara Eropah. Bagaimanapun Kementerian Kesihatan masih membenarkan kepenggunaan dalam makanan adakalanya hingga mencapai kepekatan maksimum.
Maka dengan itu gunakanlah pewarna semula jadi yang telah digunakan dari turun-temurun iaitu dari datuk moyang kita dahulu antaranya Bunga Telang, Daun Pandan, Ubi Bit, Kunyit dan Saffron serta pelbagai pewarna tumbuhan semulajadi.
SUMBER : Facebook Dr Rosli Abdul Jalil
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kajian kesihatan membuktikan bahawa berat badan yang berlebihan adalah salah satu faktor seseorang berisiko diserang penyakit jantung, malah menyumbang pada banyak penyakit- kronik lain. Amat penting sekali untuk kita berusaha mengurangkan berat badan kerana kehilangan berat badan walau sedikit demi sedikit mampu bawa perubahan. Hidup lebih sihat tanpa serangan penyakit jantung.
Lemak berlebihan, kualiti kesihatan berkurangan.
Obesiti merupakan masalah pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan manusia yang akan menyebabkan kesan sampingan terhadap parameter metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek serta kesan psikologi. Obesiti dikenali oleh masyarakat kita sebagai masalah kegemukan atau berat badan berlebihan.
Setiap daripada kita yang sihat walaupun muda berisiko untuk gemuk jika tiada inisiatif diri menjaga dan mengekalkan berat badan sihat dan ideal. Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa mereka yang mengekalkan berat badan dari semasa ke semasa, walaupun mempunyai berat badan berlebihan mengalami risiko lebih rendah menghidap penyakit jantung daripada orang-orang yang mengalami pertambahan berat badan.
Bagaimana obesiti boleh menyebabkan risiko serangan jantung?
Orang yang mengalami kegemukan melampau biasanya akan mengalami gangguan pada fungsi pam jantungnya sehingga gagal berfungsi, dan organ tubuh tidak dapat menerima cukup oksigen. Obesiti pada orang yang gemuk berlaku apabila berlakunya penebalan pada dinding ventrikel kiri jantung (left ventricularhypertrophy/LVH) berikutan pengumpulan lemak berlebihan. Penebalan dinding ini lama-kelamaan akan menyebabkan masalah pada jantung di bahagian pembuluh darah (kardiovaskuler) .
Sindrom metabolikX, iaitu gangguan metabolisme boleh menyebabkan kelainan lipid (sel lemak) yang serius. Sel-sel lemak ini akan mengumpulkan sejumlah besar molekul lemak sehingga membuatkan luas permukaan arteri dan vena menjadi lebih sempit. Akibatnya aliran darah dari jantung mengepam darah ke seluruh tubuh akan terganggu . Keadaan ini menyebabkan berlakunya keadaan fatal yang disebut sebagai serangan jantung dan boleh menyebabkan kematian mengejut.
Maskulin menemubual Dr. Leny Marlina Muskimin, pengamal perubatan di Klinik Ajwa, Shah Alam untuk mengetahui kaitan gaya hidup masyarakat Malaysia hari ini menyebabkan peningkatan obesiti sekaligus berisiko diserang penyakit jantung.
1-Kesibukan kerja– Akibat timbunan kerja dan tuntutan tanggungjawab, rakyat Malaysia dipercayai leka sehingga tiada masa untuk mengendahkan aspek kesihatan diri termasuk bagi yang sudah berkeluarga. Apabila sering balik lewat malam, rakyat Malaysia gemar memesan makanan fast-food dan menikmati hidangan di luar.
2-Rutin memasak di rumah tidak diamalkan– Bukan sahaja melibatkan mereka yang sudah bekerjaya, malah ramai di antara kita yang semakin lokek dan malas untuk memasak sendiri di rumah. Kajian membuktikan memasak makanan sendiri di rumah menawarkan lebih khasiat dan nutrisi berbanding membeli makanan di luar. Dan berikutan perkembangan teknologi semasa, memesan makanan dari rumah hanyalah di hujung jari.
3-Makan lewat malam- Gejala makan lewat malam kian sebati dengan budaya masyarakat kita. Ditambah pula dengan lambakan restoran dan gerai-gerai makanan yang beroperasi 24 jam. Ramai yang mengetahui kesan makan lewat malam boleh menggemukkan namun tidak diendahkan. Walaupun kesan kegemukkan tidak terhasil semalaman, tetapi dalam jangka masa panjang tindakan ini boleh memudaratkan.
Sejak kebelakangan ini, tajuk berita mengenai kes buli, rogol dan paling teruk kes bunuh berlaku di sekolah seolah menjadi suapan harian berita buat kita semua. Sebelum bercakap tentang peranan bapa, terdahulu kita perlu akui perkara ini semua secara tak langsung menjadi satu cerminan bahawa ada sesuatu yang rosak dalam sistem nilai dan moral masyarakat kita.
Persoalannya, di mana silapnya? Adakah pada sistem pendidikan? Institusi keluarga? Atau pada budaya moden yang kita sendiri cipta dan agungkan?
Kita selalu menuding jari ke sekolah apabila anak-anak tersasar, tetapi realitinya, pembentukan akhlak dan moral tidak bermula di pagar sekolah tapi ia bermula di rumah.
Di situlah akar nilai manusia terbentuk, di situ juga asas empati, hormat dan kasih sayang dipupuk. Sekolah hanyalah medan melatih minda. Manakala rumah pula medan membina jiwa.
Namun dalam dunia moden yang serba pantas dan berteknologi ini, persekitaran yang sepatutnya menjadi benteng emosi bagi anak-anak semakin longgar.
Tekanan hidup, ketidakseimbangan masa antara kerja dan keluarga, serta pendedahan berlebihan terhadap dunia digital menjadikan generasi muda kita keliru. Bukan hanya tentang dunia, tetapi tentang diri mereka sendiri.
Sekolah hari ini menjadi tempat anak-anak menimba ilmu dan kemahiran teknikal. Mereka belajar mengira, membaca, berdebat, dan memahami sains.
Tapi sejujurnya, pendidikan moral dan sahsiah tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada guru. Guru ialah pembimbing, bukan pengganti ibu bapa.
Dalam banyak kes buli dan salah laku, akar masalah sering bermula dari rumah. Ada anak yang membesar dengan bapa yang tidak hadir secara emosional walaupun ada secara fizikal.
Ada yang tidak pernah mendengar kata pujian atau nasihat penuh makna daripada seorang ayah.
Peranan bapa dalam membentuk sahsiah anak amat penting kerana dari situlah nilai moral dan keteguhan jiwa anak terbina.
Kita terlalu menekankan pencapaian akademik, tetapi gagal menanam asas moral dan kawalan diri.
Lalu lahirlah generasi yang pintar dalam skor peperiksaan, tetapi kosong dalam memahami nilai kemanusiaan.
Dalam konteks pembentukan sahsiah anak-anak, khususnya remaja lelaki, peranan bapa tidak boleh diremehkan. Seorang bapa bukan sekadar pencari rezeki atau penguat kuasa disiplin, tetapi simbol kestabilan dan kekuatan moral.
Kehadirannya bukan sekadar fizikal, tetapi juga emosi, membantu membentuk cara anak melihat dunia, menilai tindakan dan menghormati orang lain.
Kajian psikologi menunjukkan bahawa remaja yang rapat dengan ayah lebih cenderung mengawal emosi dan membuat keputusan matang.
Mereka kurang terdedah kepada pengaruh rakan sebaya yang negatif kerana tahu nilai diri mereka. Ayah yang melibatkan diri dalam kehidupan anak bukan hanya membantu secara akademik, tetapi juga membina empati dan keteguhan jiwa.
Ini membuktikan bahawa peranan bapa dalam membentuk sahsiah anak bukan sekadar penting tapi ia adalah asas kepada kesejahteraan sosial.
Namun realitinya, ramai bapa hari ini terlalu letih dengan beban kerja dan tanggungjawab sosial sehingga lupa bahawa anak tidak perlukan kemewahan semata-mata — mereka perlukan perhatian, panduan dan contoh.
Mereka tidak belajar tentang kekuatan lelaki daripada media sosial, tetapi daripada ayah yang mereka lihat setiap hari.
Kita tidak boleh menafikan bahawa cabaran zaman sekarang jauh lebih kompleks. Tekanan akademik, buli siber, perbandingan sosial dan kehilangan arah diri menjadi punca utama gangguan emosi dalam kalangan remaja.
Namun, masih ramai ibu bapa, terutamanya bapa, yang melihat isu ini sebagai “manja” atau “lemah semangat”.
Hakikatnya, kesihatan mental anak-anak adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal mereka. Jika remaja tidak tahu cara mengurus tekanan, mereka akan mencarinya di tempat lain, mungkin melalui pemberontakan, buli, atau tingkah laku berisiko. Inilah sebab utama mengapa peranan bapa dalam membentuk sahsiah anak mesti diberi keutamaan dalam kehidupan moden hari ini.
Kes buli dan keganasan di sekolah bukan masalah terpencil — ia adalah simptom kepada penyakit sosial yang lebih dalam.
Rumah yang kehilangan peranan sebagai tempat membina nilai, dan bapa yang hilang dari peranan mendidik, menjadi antara punca utama.
Anak-anak tidak dilahirkan ganas; mereka dibentuk oleh dunia yang tidak stabil dan kasih sayang yang tidak cukup.
Dan selagi bapa terus menjadi figura yang hanya memberi arahan tanpa menjadi contoh, selagi itu kita akan terus membaca tajuk berita yang sama iaitu tentang anak-anak yang hilang arah. Dan kita sebagai masyarakat akan terus tertanya, “Di mana silapnya kita?”
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kucupan seorang lelaki kepada pasangannya sebenarnya terselit rahsia yang perlu difahami. Ia mempunyai makna tertentu dan pasti menyeronokkan andai dapat menyingkap makna di sebaliknya. Di sebelik makna ciuman itu, ia menggambarkan sikap si jejaka terhadap pasangannya. Ayuh semak 6 rahsia ciuman lelaki pada bahagian tubuh wanita yang pastinya mempunyai maksud terbeza.
1. Ciuman Pada Tangan
2. Ciuman Pada Dahi
3. Ciuman Di Pipi
4. Ciuman Di Bibir
5. Ciuman Dari Belakang
6. Ciuman Di Telinga
Kenali sifat suami anda melalui cara ciumannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang