Khas Untuk Peminat Naruto, Coach & Micheal B Jordan Bergabung Realisasikan Koleksi Edisi Terhad

Share

Antara selebriti Hollywood yang dikenali ramai sebagai peminat setia Siri Anime Jepun Popular, Naruto adalah Micheal B Jordan. Baru-baru ini dia telah berpadu tenaga bersama jenama pakaian terkenal Coach untuk melancarkan beberapa jenis pakaian yang bertemakan siri anime tersebut.

Koleksi yang telah dilancarkan adalah Pakaian Siap-Untuk-Dipakai kedua-dua jantina, kasut dan pelbagai pilihan koleksi bag. Antara yang menarik perhatian adalah beberapa pilihan Parka, Jaket denim, pullovers, backpacks, sneaker hybrid dan macam-macam lagi.

BACA: Kehebatan Hatake Kakashi Diterjemah Dalam Adidas Copa Ultraboost X Naruto Kakashi

Koleksi Coach X Micheal B. Jordan kini sudah boleh didapati secara atas talian dan juga akan mula memasuki pasaran global Pop-Ups di Jepun, Malaysia dan Amerika Syarikat.

Selain itu, bintang filem Black Panther ini juga turut ditampilkan dalam video pendek memaparkan beberapa koleksi edisi khas

di laman instagram mereka.

 

Sumber: Hypebeast & Coach

Kredit Gambar & video: Instagram Coach

IKLAN