Jika tahun lalu Adidas berjaya memukau peminat anime dengan rekaan Dragon Ball, nampaknya tahun ini Adidas cuba pula memikat peminat siri anime Naruto melalui pandang pertama Adidas Copa Ultraboost X Naruto Kakashi.
Terdapat pelbagai ciri-ciri menarik yang ditampilkan disini seperti bahagian Pull Tab terdapat lambang Mata Sharingan Mangekyou yang sinonim dengan Hatake Kakashi.
BACA: Memang ‘Cool’ Kalau Pakai Kasut Vans X Harry Potter Custom Ni, Awek Pun Boleh Jeling!
Rekaan ini diinspirasikan daripada model kasut bola sepak yang hadir dengan material suede berwarna biru, malahan jalur trademark Adidas disuai padan dengan warna kelabu.
Buat masa ini Adidas masih lagi belum mengeluarkan tarikh rasmi produk ini akan dipasarkan di seluruh dunia. Penulis cuma berharap bagaimana nanti rupa karekter lain dalam siri animas Naruti diintepretasikan dalam bentuk kasut.
BACA: Imbau Kenangan Siri Animasi TV Spongebob Squarepant Dengan Koleksi Nike Kyrie
Harap-harap ada design untuk Naruto, Sakura dan Sasuke. Mana tidaknya, jika sensei sudah ada design, takkan anak murid tiada. Sama-sama kita tunggu.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jimat Masa Bersihkan Rambut Dengan Leave-In Conditioner
Dalam kesibukan seharian, rambut yang berminyak pasti akan menyebabkan anda rasa tidak selesa. Kadang-kala ia menyebabkan anda terpaksa basuh rambut anda secara harian kerana anda mugkin berhadapan dengan pekerjaan yang lasak dan terdedah dengan cahaya matahari yang terik. Pelbagai produk shampoo telah kami senaraikan untuk anda gunakan agar rambut anda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan kurang berminyak, namun jika anda dapat jimatkan masa proses basuh rambut itu bukankah lebih menarik?
Baca juga: 7 Syampu Untuk Masalah Rambut Kering Dan Rosak. Apa Yang Penting, Murah
Mungkin anda jarang terdedah dengan conditioner yang berbentuk on the go. Leave-in conditioner sebenarnya berfungsi untuk menjimatkan masa anda membasuh rambut sehinggakan anda tidak perlu mengambil masa yang lama di dalam bilik mandi. Setelah anda bersiap pun anda masih boleh mengenakan conditioner berbentuk ini.
Pencerahan Leave-In Conditioner
Ia merupakan perapi rambut mudah kepada conditioner sebenar. Ramai tatarias rambut mengesyorkan conditioner berbentuk ini kerana ia mudah dan bagus untuk rambut anda yang berminyak. Ia biasanya datang dalam bentuk semburan atau krim, dan ia digunakan selepas mencuci rambut. Ia membantu rambut mengekalkan kelembapan sepanjang hari, menjadikannya lembut dan berkilat.
Golongan mana yang wajib menggunakannya?
Leave-in conditioner bagus untuk semua jenis rambut kerana ia dapat meringankan kepala dan memberi nafas pada liang rambut anda. Ia juga sesuai untuk rambut kasar, kerinting atau afro. Ia bagus untuk mereka yang menjalani gaya hidup yang aktif, mereka yang pergi ke gym atau gemar melancong atau mereka yang sentiasa sibuk dan mengejar masa.
Bagaimana untuk menggunakannya?
Selepas mencuci, keringkan rambut anda dengan tuala secara teliti. Penting! Jika rambut anda masih basah dan air rambut masih menitis, produk leave-in conditioner tidak berkesan sepenuhnya. Pastikan juga anda tidak menyentuh akar rambut anda dan hanya pada hujung rambut sama seperti anda menggunakan conditioner biasa. Sebelum anda keringkan dengan pengering rambut, spray rambut anda dengan conditioner on the go ini.
Berikut adalah senarai leave-in conditioner yang boleh anda miliki
Kiehl’s Creme With Silk Groom
Semakin meningkat usia anda, pasti anda akan miliki uban. Kiehl’s Creme with Silk Groom dengan membantu anda untuk mengembalikan sinaran dan kekuatan pada rambut anda.
Sassoon Professional Halo Hydrate
Sangat sesuai untuk anda yang gemar berjemur atau terpaksa berjemur! Joshua Gibson, stylist rambut dengan pengalaman selama dua dekad, mencadangkan Sassoon Professional Halo Hydrate. Ia mampu merapikan rambut dengan baik. Ia dapat meningkatkan kualiti rambut anda apabila dikeringkan dengan pengering rambut melalui teknologi anti-statiknya. Ia meringankan rambut dan mempunyai perlindungan UV, jadi ia sangat hebat untuk melindungi rambut dan kulit kepala dari sinaran matahari.
Philip Kingsley Daily Damage Defense Conditioning Spray
Baik untuk semua jenis rambut, Philip Kingsley’s Daily Damage Defense Conditioning Spray antara yang terbaik di pasaran. Ia juga mempunyai perlindungan UV.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Koleksi ‘Eyewear’ Kolaborasi KOMONO Next Tom Eerebout Tampilkan Gaya Estetika Elegan Kasual
Mungkin ramai di antara anda mengenali jenama KOMONO dengan seleksi jam tangan yang dihasilkannya. Namun tahukah anda jenama asal Belgium ini juga turut mengeluarkan koleksi kaca mata atau eyewear yang cukup ‘stailo’!
Terbaru, KOMONO telah melancarkan koleksi kolaborasinya bersama perunding dan ikon fesyen terkenal dari Belgium, Tom Eerebout. Turut tampil bekerjasama untuk koleksi ini ialah rakan kreatifnya, Sandra Amadorm mereka menghasilkan koleksi elegan yang turut mendapat perhatian selebriti global terkenal.
Sebelum ini, Tom Eerebout pernah melakukan kerjasama bersama penyanyi pop terkenal, Lady Gaga. Malah, dia juga pernah memberikan khidmat rundingan sepanjang siri jelajah ‘theJoanne’ dan juga residensi Lady Gaga di Las Vegas.
Koleksi kolaborasi ini menampilan kapsul pertama yang akan dilancarkan pada penghujung Mac 2022. Sentuhan pertamanya menerusi rekaan eyewear ini menyaksikan pendekatan estetika elegan dan glamor di karpet merah sesuai digayakan untuk lelaki dan juga wanita.
Lebih menarik ia dihasilkan daripada bahan mesra alam sekitar dan diinspirasikan daripada Buddy Holly dan imeh dari Waylon Jenning 1959.
Pada majlis pelancarannya di Time Zone IOI Mall City Mall Putrajaya ia turut dihadiri Pengerusi Habib Group, Dato’ Sri Meer Habib.
Beliau turut berkongsi keterujaannya melihat koleksi yang cukup menawan dari KOMONO. Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa personaliti laman media sosial seperti Marc Sadique,Irene Sin, Nurina Myylia dan Norishkamilya.
Koleksi eyerwear elegan ini kini boleh didapati di beberapa cawangan otulet Time Zone seperti di Ampang, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur. Selain itu ia juga turut ditawarkan menerusi laman e-dagang terkenal seperti Lazada, Shopee dan Zalora.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
4 Tip Mudah Pilih Skinny Jeans Untuk Lelaki Yang Berisi & Buncit
Tak best langsung jadi lelaki dengan perut menggelebeh. Paling boring bila bentuk badan keseluruhan nampak okay, tetapi perut pula yang buncit. Melepas peluang nak bergaya dengan skinny jeans yang tengah IN sekarang ni. Jangan risau, ikuti tip-tip di pemakaian skinny jeans di bawah yang sesuai untuk lelaki yang gemuk atau perut buncit.
1. Pilih skinny jeans daripada warna-warna gelap seperti ungu untuk menyembunyikan bahagian-bahagian tertentu tubuh. Elakkan warna cerah seperti merah sebab ini akan buatkan kaki kamu nampak besar. Kalau nak pilihan senang dan selamat, beli yang warna hitam sebab ia sesuai dipadan dengan mana-mana baju T dan bakal menampakkan kaki kamu lebih kecil.
2. Pastikan kamu tahu potongan skinny jeans yang sesuai untuk lelaki berbadan besar atau buncit. Untuk lelaki macam ni, potongan skinny jeans mestilah di bawah paras pinggang dan tidak terlalu ketat. Kalau ketat, habis nanti nampak tersembul perut ketika berjalan atau duduk.
3. Elak beli skinny jeans diperbuat daripada fabrik getah yang ketat. Nanti kamu bakal kelihatan seperti mahu beriadah di padang.
4. Elakkan seluar jeans skinny yang mempunyai banyak poket kerana ini akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar. Begitu juga dengan jaket. Jangan padankan dengan jaket yang besar kerana ia bakal menampakkan badan kamu tidak seimbang. Cukup sekadar baju T biasa atau kemeja dengan corak garis menegak.
Mudah kan tip pemilihan skinny jeans? Kalau mahukan inspirasi, kamu boleh ambil inspirasi daripada pelakon filem dan pelawak Hollywood, Black Jack yang pandai memilih skinny jeans untuk tubuhnya yang agak besar.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI