Gaya Hidup

Khas Untuk Peminat Pokemon Tahun 90-An, Bandai Perkenal Casing Iphone Bentuk Pokedex

Share

Syarikat Pembuat Permainan, Bandai baru-baru ini memperkenalkan casing Iphone berbentuk Pokedex khas untuk peminat siri anime Pokemon tahun 90-an yang mana watak utamanya diterajui oleh Pelatih Pokemon bernama Ash Ketchum.

Peranti tersebut selalu digunakan olehnya untuk mengetahui jenis dan sepsis pokemon yang dia temui sepanjang pengembaraannya bersama Misty dan Brock. Selepas itu, untuk menaik taraf maklumat terkini, dia akan berjumpa dengan Professor Oak untuk bertukar maklumat.

BACA: Khas Untuk Peminat Naruto, Coach & Micheal B Jordan Bergabung Realisasikan Koleksi Edisi Terhad

Casing tersebut dilengkapi dengan panel skrin yang boleh digunakan untuk melihat mesej terkini yang dipaprkan oleh Iphone dan juga turut diletakkan panel butang yang berbentuk sama dengan pokedex dalam siri berkenaan.

Ketika ini casing tersebut boleh dimuatkan untuk model Iphone X, Iphone 6, 7, dan 8. Ketika ini anda boleh membuat pesanan Pre-tempah di laman web rasminya dengan harga USD70 untuk setiap satu unit Premium Bandai Pokemon Pokedex Iphone Case.

Selain itu, untuk setiap tempahan, penghantaran dijangka bermula pada Mac 2020 akan datang.

Sumber: Hypebeast

IKLAN