
Lelaki ini kongsi beberapa tip repair kipas tanpa perlukan kos yang tinggi dan perlukan anda memanggil tukang repair.
Apa yang diperlukan ialah tape hitam, screwdriver yang bunganya halus dan gunting.
Pertama sekali utamakan keselamatan dengan mematikan atau switch off power supply ke rumah. Kemudian panjat tangga dan periksa capacitor (kotak hitam) di sebalik ‘cawan yang terlungkup’ di kipas yang tergantung dan lihat bacaan Faradnya. Biasanya bacaan Farad normal 2.5 microF ataupun 2.0 microF.
Jika bacaan itu rendah, pergi kedai hardware yang cari kotak hitam (di dalam gambar) ini. Harganya sangat berpatutan dalam RM 5.00 – RM 9.00 sahaja.
Kemudian capacitor tersebut dengan yang baru dan sambungkan wayar yang diperlukan.
Boleh jika anda mahu gunakan Farad yang lebih besar. Pusingan kipas juga akan makin laju, tetapi nanti motor kipas akan rosak serta effect pada bearing kipas dan jatuh.
Sumber: akeymdonz
10 Tip Kawal Diri & Rahsia Hilangkan Gementar Ketika Berucap Depan Orang Ramai

Bercakap memang nampak mudah tetapi apabila diberi tanggungjawab untuk mengemudi sesuatu acara, mampukah kita berucap dengan baik di hadapan orang ramai?
Persoalan ini sering diajukan namun untuk mengatasi masalah tersebut, tidak semua orang berjaya untuk melakukannya agar kelihatan professional.
Kongsi seorang pengacara tempatan, Emcee Alib atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Islan, untuk mengatasi masalah tersebut, ada 10 perkara yang perlu dititik beratkan :
1. Sedia mental & fizikal
Sebelum berdepan dengan orang ramai, anda seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal. Anda boleh pamerkan wajah senyum sebagai tanda tenang, bersedia serta yakin. Dalam masa sama, posture badan mestilah dalam keadaan tegak dan tidak bongkok.
2. Penampilan luaran
Seseorang yang ingin muncul di hadapan orang ramai haruslah tampil kemas, rapi, bersih, wangi serta mengikut tema dan memakai pilihan warna yang sesuai. Hal ini amat membantu dalam meningkatkan aura diri.
3. Tepati masa
Sebaiknya tiba 1 jam awal atau 15 minit awal sebelum majlis bermula dan sebaik-baiknya, anda memakai jam tangan agar dapat mengawal masa, durasi majlis dan juga tempoh ucapan anda.
4. Fokus
Dalam sesebuah majlis, pedulikan perkara yang remeh-temeh atau ambil kisah tentang apa yang orang akan katakan. LAWAN GUGUP dengan mengalihkan perasaan itu kepada audiens atau apa-apa sahaja perkara yang ada di sekeliling anda dengan teknik yang betul. Antaranya, anda boleh tersenyum dan bersalam dengan sebahagian audience yang hadir.
5. Jaga suara
Dari sudut pemakanan, anda perlu elakkan makanan berminyak, pedas dan juga ais untuk menjaga suara anda. Banyakkan minum air suam atau air kosong dan amalkan tidur yang cukup selain memiliki teknik pernafasan yang betul.
6. Buat senaman ringkas
Anda boleh lakukan senaman ringkas dari segi fizikal termasuk senaman mulut, lidah dan juga mata agar dapat mengatasi masalah tidak bertenaga dan jadi lebih bersemangat. Selain itu, ia dapat mengelakkan diri anda daripada tersasul, ‘fumble’ atau mata tidak bertenaga dan lari fokus ketika mengacara atau berucap.
7. Persediaan & penyelidikan
Amat penting bagi seseorang itu menyelidik latar belakang majlis, tetamu, perasmi, pemenang, perjalanan acara serta keperluan tambahan seperti info rasmi, pantun, salutasi dan lain-lain yang dijangkakan perlu dan ia amat membantu dalam hal kecemasan.
8. Skrip
Dapatkan atau sediakan TEKS UCAPAN yang lengkap atau ringkas. Walaupun anda yakin untuk menyampaikan ucapan atau mengacara sesuatu majlis, ia perlu ada agar tidak lari fokus, tertinggal info yang penting dan juga membantu seandainya anda terlupa. Skrip yang baik adalah dilengkapi 15 % pendahuluan, 70 % pengisian majlis dan 15 % penutup.
9. Kenali pantang larang
Antara pantang larang yang perlu dielakkan oleh seseorang pengacara dan pengucap awam adalah jangan sesekali ketuk atau hembus mikrofon yang ada dengan najas yang kuat. Cukup sekadar memastikan butang telah ‘ON’ dan lakukan percubaan suara seperti ‘Mic Testing 1,2,3’. Seterusnya, BARANG WAJIB yang perlu dibawa sekali adalah PEN. Tidak kiralah sama ada jenis mata bulat atau tajam.
10. Berlatih
Berlatih dan terus berlatih. Tidak kiralah sama ada dari segi teks, cara berdiri, cara penyampaian atau teknik lontaran suara yang akan digunakan ketika mengacara atau berucap. Tanpa latihan, ia boleh menjadikan seseorang itu nampak kurang professional sekali gus menjatuhkan reputasi program yang diuruskan.
Sumber : Emcee Alib
Teknik Mengecas Bateri Telefon Pintar Agar Bateri Tidak Mudah Rosak

Setiap telefon pintar pastinya menggunakan bateri. Dan kebanyakan bateri yang digunakan oleh pegeluar sekarang menggunaka bateri lithium yang boleh dicas.
Namun setiap bateri telefon pintar pasti mempunyai jangka hanyatnya yang tersendiri. Antara langkah yang boleh anda ambil untuk ‘memanjang’ kan hayat baterinya ialah dengan mengamalkan pengecasan dengan baik.
Terdapat beberapa teknik dan amalan yang MASKULIN percaya boleh membantu anda menjaga bateri telefon pintar dengan baik.
Ikutinya di bawah!
Cas semula kuasa lebih kerap
Kita sering dimomokkan dengan mitos bahawa mengecas bateri hanya selepas bateri peranti habis sepenuhnya adalah baik untuk bateri. Ianya mungkin betul satu masa dulu, tapi tidak kini. Namun berbeza dengan hari ini.
Ia kerana bateri lithium-ion & lithium polymer yang digunakan oleh kebanyakan peranti hari ini tidak mempunyai efek memori. Maka anda tidak lagi perlu menunggu peranti kehabisan kuasa sepenuhnya untuk mengecas semula.
Waktu terbaik untuk mengecas semula ialah pada tahap kuasa 10% hingga 20%.
Jangan cas sepanjang masa
Mengecas peranti dengan terlalu lama tidak lagi menjadi masalah untuk peranti hari ini. Ia disebabkan peranti sekarang mempunyai keupayaan untuk memotong aliran masuk kuasa bagi menghentikan pengecasan selepas bateri dicas penuh.
Namun, ia tidak bermakna anda boleh terus menerus mengecas peranti tanpa henti. Anda perlu biarkan bateri peranti untuk berfungsi dengan sendiri tanpa memaksa kuasa bateri untuk terus kekal di tahap yang tinggi.
Untuk keputusan yang terbaik, kekalkan bateri peranti pada tahap 40% hingga 80% untuk menjaga kesihatan bateri anda.

Tanggalkan case ketika mengecas
Kebanyakan dari kita menggunakan sarung pelindung pada peranti demi menjaga peranti daripada mudah retak sekiranya jatuh ke lantai. Tiada masalah dengan perkara itu.
Akan tetapi, semasa mengecas peranti, pastikan anda menanggalkan sarung tersebut daripada peranti. Ini bagi memastikan suhu bateri peranti tidak meningkat tinggi akibat terperangkap oleh sarung pelindung.
Elakkan suhu tinggi atau rendah
Masih lagi berbincang mengenai suhu. Anda diingatkan supaya sentiasa memastikan peranti terdedah pada suhu yang terlalu tinggi dan terlalu rendah.
Sebagai contoh, sekiranya anda menunggang motorsikal sewaktu cuaca panas, jangan sesekali meletakkan telefon bimbit anda di raga motorsikal. Suhu yang panas bukan sahaja memberi kesan kepada bateri, malah panel skrin juga mungkin terjejas. Akibatnya, skrin akan kelihatan semakin malap.
Bateri peranti juga gagal berfungsi dengan sebaiknya sekiranya suhu terlalu rendah, ibarat enjin kereta yang tidak dipanaskan dulu pada waktu pagi. Jadi jika anda bercuti di kawasan sejuk, pastikan anda kurangkan penggunaan peranti semasa di luar bangunan.

Kosongkan bateri dari masa ke semasa
Walaupun anda dinasihatkan untuk tidak membiarkan peranti kehabisan kuasa sepenuhnya dengan kerap, ia perlu juga dilakukan dari masa ke semasa. Ia bertujuan untuk ‘menyegarkan’ kembali bateri peranti.
Anda dinasihatkan untuk mengosongkan bateri peranti sekurang-kurangnya sekali untuk setiap tiga bulan. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat melakukannya untuk sebulan sekali.
Untuk keputusan terbaik, pastikan jarak masa antara setiap pengosongan kuasa itu adalah sama. Dalam kata mudah, jika anda mengosongkan bateri buat kali pertama selepas 30 hari, maka pengosongan bateri yang kedua juga perlu dilakukan 30 hari selepas itu.
Tanggalkan bila dicas penuh
Meninggalkan telefon dipasang apabila ia dicas sepenuhnya seperti pengguna cas telefon semasa tidur, tidak baik untuk bateri dalam jangka masa panjang.
Sebaik sahaja telefon pintar pengguna mencapai caj 100%, ia masih lagi akan mendapat aliran cas yang kecil untuk mengekalkan nilai 100%.
Gunakan palam pengecas original
Sebaiknya pengguna menggunakan palam pengecas yang datang sekali dengan telefon itu (original) kerana sudah pasti charger itu mengikut spesifikasi bateri telefon pengguna yang telah ditetapkan oleh smartphone manufacturer.
Atau sekurang-kurangnya gunakan charger 3rd party yang lebih mahal serta berjenama.
Jangan lupa untuk follow IG MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!
5 Khasiat Daging Kambing Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Ramai yang takut untuk menjamah daging yang satu ini. Namun pada hakikatnya, khasiat daging kambing ini sememangnya ada.
Daging ini nyata enak dimakan sama ada secara panggang mahupun dalam sajian kari kambing serta sup kambing.
Ini merupakan kebaikan dan khasiat daging kambing yang tidak harus anda lepaskan.
1. Rendah kolestrol
Kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging-daging lain sekali gus menjadikan daging kambing sebagai pilihan makanan alternatif daging merah yang terbaik.
2. Rendah lemak
Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati daging kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
3. Rendah kalori
Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
4. Lemak tidak tepu
Kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain. Ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tidak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
5. Asid amino
Asid amino adalah sumber protein yang ideal. Daging kambing mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
Jadi, jom makan daging kambing!
Follow Instagram MASKULIN