Dalam kedaan kita bergembira di hari raya, pasti anda terbabas makan makanan yaang penuh dengan kalori kan? Sedap sangat biskut raya dan segala kerepek. Tambah lagi sambil anda menonton filem atau drama yang disajikan untuk anda di kaca tv, mesti seronok kan?
Anda pasti ingat jumlah kalori harian yang perlu anda ambil bukan? Untuk hidangan kuih raya, makanan ini mengandungi tepung, gula dan butter yang sangat banyak. Dan semua barang makanan itu terdiri daripada lemak! Jadi, sebelum anda tersasar jauh, kami nak listkan kalori kuih raya untuk anda makan pada hari raya yang mulia ini.
Jadi berapa kalori biskut biskut dan kuih raya ni?
Tart nenas/ strawberi/ epal = 70 kkal
Almond London = 110 kkal
Biskut cornflakes = 80 kkal
Biskut Arab/ makmur = 50 kkal
Ads
Biskut suji = 40 kkal
Kuih Semperit = 40 kkal
Bahulu = 60 kkal
Ads
Dodol = 70 kkal
Kek buah = 130 kkal
Kek lapis Sarawak = 160 kkal
Ads
Muruku = 120 kkal
Kerepek pisang = 40 kkal
Rempeyek = 70 kkal
Ingat: Kalori di sini berdasarkan 1biji/1potong/1keping dan ini hanyalah sebagai panduan. Jumlah kalori sebenar bergantung kepada saiz dan cara penyediaan biskut.
Kesemua yang tersenarai ini ialah sebahagian daripada biskut kuih raya yang popular pada hari raya. Bila anda sudah tahu jumlah kalori yang terkandung dalam biskut raya kegemaran anda, mungkin lebih mudah anda merancang diet hari raya anda, bukan? Janganlah tak merasa langsung, kempunan pula nanti.
Makanlah secara berhemah, dua tiga biskut raya mungkin sudah mencukupi, kalau kenyang dengan biskut kuih raya sahaja, makanan lain mungkin tiada tempat dalam perut.
Selamat Hari Raya!
Sumber: kevinzahri.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahukan anda jika ada makanan yang boleh membantu anda untuk berhenti merokok? Jika anda berhajat untuk berhenti merokok, tetapi tidak berjaya, anda boleh cuba mengambil makanan yang membantu anda untuk berhenti merokok.
Antara Tips Berhenti Merokok adalah seperti berikut:
Madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam tubuh.
Makanan masin dapat memadamkan para pengidam rokok. Jadi, cubalah makan dalam kuantiti yang sedikit makanan masin atau mengambil secubit garam.
Halia dan bawang putih juga membantu dalam memerangi rokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu anda melepaskan racun-racun yang anda peroleh daripada merokok. Ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika anda menarik diri daripada kebiasaan merokok.
4. Kayu Manis
Jika rokok adalah sahabat yang tidak sihat, tetapi kayu manis adalah sahabat yang sihat. Ini bermakna, menghirup aroma kayu manis dapat dirasakan anda sedang ‘bermimpi’. Bahkan, memakan kayu manis juga akan menenangkan saraf dan otak, sama juga seperti anda senang enak menikmati rokok!
Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh anda yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan oleh rokok. Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Tekstur epal juga boleh mengurangi keinginan untuk merokok.
Ketika anda merokok, bibir anda akan kehilangan kekenyalan dan akan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan kembali zat di bibir anda. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit. Jadi, ketika anda rasa ingin merokok, minumlah segelas susu untuk menghadapinya.
Jika anda sudah faham akan Tips Berhenti Merokok ini jangan lupa pula amalkan kerana tanpa usaha, mimpi tidak akan menjadi kenyataan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KEBANYAKAN ORANG MEMBERIKAN PENJAGAAN YANG BERAT SEBELAH KEPADA KULIT IAITU ORGAN PERLINDUNGAN TERBESAR BAGI KITA. KECANTIKAN SESEORANG TIDAK TERTUMPU KEPADA KULIT WAJAH YANG MULUS SAJA, TETAPI KESIHATAN KULIT BADAN SECARA KESELURUHAN TERMASUKLAH DI KAKI.
RAMAI SANGGUP BERHABIS MEMBELI SET PENJAGAAN KULIT MUKA. TETAPI TAHUKAH ANDA SEBENARNYA KULIT KITA SECARA UMUMNYA MEMERLUKAN LIMA PERKARA UNTUK KEKAL SIHAT DAN CANTIK.
1. ANTIOKSIDAN
Kegunaan antioksidan dalam mengekalkan kesihatan kardiovaskular (jantung) dan pencegahan kanser sudah lama diketahui. Ia ditemui dalam banyak makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut dan minyak. Antioksidan melawan kesan radikal bebas yang memusnahkan molekul dan akhirnya merosakkan sel yang sihat. Antioksidan bukan saja bagus untuk kulit bahkan ia memberi manfaat kepada setiap sel di dalam badan.
Ada banyak jenis antioksidan yang berguna kepada kulit, tetapi dua yang mendapat perhatian meluas ialah vitamin C dan E. Vitamin C membantu membina kolagen supaya kulit jadi tegang. Ia banyak di dalam bijirin penuh, epal dan buah-buahan sitrus. Manakala vitamin E pula melindungi membran sel dan merangsang nutrien asas pada kulit untuk melawan kerosakan disebabkan sinaran ultra lembayung.
2.PERLINDUNGAN DARIPADA CAHAYA MATAHARI
Apabila menggunakan krim pelindung suria, kita bukan sahaja melindungi diri daripada penyakit seperti kanser kulit malah mencegah daripada tanda penuaan sebelum waktunya akibat pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.
Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari akan menjadi gelap, cepat berkedut dan kurang elastik berbanding bahagian kulit yang terlindung daripada selaran sinar ultra lembayung.
Kita boleh melindungi kulit dengan menyapukan krim pelindung suria (yang mempunyai SPF melebihi 15 dan perlu disapu 20 minit sebelum keluar rumah) atau memakai baju lengan panjang, topi atau payung.
3.ASID LEMAK ASAS (EFA)
Asid lemak asas adalah komponen penting dalam diet sihat. Ia membantu membina membran sel untuk mengekalkan kandungan air dan nutrien dalam badan. Asid lemak ini juga membentuk lapisan minyak yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat kesan sinar ultra lembayung dan pencemaran.
Tanpa asid lemak asas ini, membran sel pada kulit tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai pelindung dengan baik. Akibatnya kulit akan mengalami kekurangan air dan mudah menghasilkan sebum yang tidak dikehendaki, akhirnya menyebabkan kulit kering, mudah alami keradangan dan noda.
Sumber asid lemak asas ialah ikan air sejuk seperti salmon dan sardin, minyak kesumba (safflower) dan falxseed, kacang buncis, walnut dan bayam. Anda boleh mengambil makanan tambahan omega-3 untuk memperbaiki kesihatan kulit.
4.AIR
Dianggarkan 55 hingga 75 peratus daripada badan manusia terdiri daripada air. Air menyingkirkan toksin daripada badan, membolehkan sel menyerap nutrien dan melancarkan sistem pencernaan. Mungkin ramai tidak sedar badan kita kehilangan air setiap masa melalui pernafasan dan perpeluhan. Jadi untuk memastikan sistem badan berjalan lancar, kita perlu minum banyak air setiap hari.
Kulit juga memerlukan air untuk membuang semua bahan yang boleh mencemarkan kesihatannya dan boleh menyebabkan masalah seperti jerawat. Kulit yang cukup air kelihatan segar, licin dan sihat.
5.PEMBERSIHAN
Inilah adalah perkara asas dalam rutin penjagaan kulit. Ia bukan saja menghilangkan kekotoran, pencemaran dan minyak yang membuatkan pori tersumbat, tetapi turut menyediakan kulit menyerap dengan baik bahan aktif daripada produk penjagaan yang kita gunakan.
Bukan semua pencuci adalah sama, sebaiknya carilah pencuci yang bebas sabun. Sabun yang anda gunakan untuk kulit badan tidak sesuai untuk membersihkan kulit muka kerana ia terlalu `kuat’. Pilih pencuci yang sesuai dengan keadaan kulit anda. Apapun jenis pembersih yang anda gunakan, urutkan ia pada muka selama 20 saat supaya ia berpeluang melakukan tugasnya membersihkan wajah anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menghabiskan masa berjam-jam di hadapan televisyen hanya akan mendatangkan mudarat terhadap kesihatan. Antara kesan tonton TV terlalu lama adalah seperti berikut :
RISIKO DIABETES
Berdasarkan kajian yang dijalanakan, seseorang yang terlalu kerap menonton televisyen lebih dari dua jam setiap hari, berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis. Bukan setakat itu sahaja, risiko kematian mengejut juga boleh terjadi apabila tabiat buruk ini menjadi amalan.
MASALAH OBESITI
Kebiasaannya individu yang terlalu kerap menonton televisyen dalam tempoh masa yang lama pasti berhadapan dengan sikap malas untuk melakukan sebarang aktiviti. Lebih seronok apabila aneka jenis makanan ringan sudah terhidang. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan kenaikan berat badan. Jesteru itu, hindari dan gantikan dengan perkara-perkara yang lebih menbawa faedah kepada kesihatan dan gaya hidup sehari-hari.
FIKIRAN RUNSING
tabiat menonton televisyen dalam tempoh yang lama hanya akan merunsingkan fikiran dan hati. Ini kerana ‘keseronokan’ menonton televisyen membuatkan diri terlupa pada waktu tidur yang sepatutnya malah ahli kesihatan sendiri percaya bahawa kelaziman ini membuatkan anda mengalami gangguan fisiologi sekali gus merosakkan mood sedia ada.
MEROSAKKAN OTAK
Para pengkaji mendapati terlalu lama menonton televisyen hanya akan mengubah struktur otak dengan cara merosakkan secara perlahan-lahan. Perkara ini telah dibuktikan melalui hasil kajian yang dilakukan di Jepun apabila satu ujian imbasan otak telah dilakukan kepada 276 orang kanak-kanak. Keputusannya terdapat peningkatan dikawasan abu-abu di korteks hadapan sekali gus membuktikan bahawa menonton televisyen hanya akan menurunkan kecerdasan verbal si anak.
KURANGKAN JUMLAH SPERMA
Mungkin ia kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi hasil kajian mendapati individu yang memperuntukkan masa yang lama untuk menonton televisyen hanya akan mengurangkan jumlah sperma mereka. Ini kerana lelaki yang gemar menonton lebih dari 20 jam seminggu akan memiliki jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding lelaki yang jarang menonton televisyen.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.