Pada hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua aktiviti pawagam, riadah kolam renang serta mesyuarat akan dibenarkan mulai 1 Julai ini.

Berita ini pasti satu perkhabaran gembira terutamanya buat kaki wayang yang sudah lama tidak menonton filem kegemaran di panggung. Namun begitu beliau mengingatkan kebenaran tersebut tertakluk kepada pematuhan prasyarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Bagi aktiviti pawagam, teater dan live event, ia hanya dibenarkan beroperasi di dewan tertutup sahaja yang tidak melebihi 250 individu.

Antara filem yang telah diumumkan dan dijangka bakal mendapat sambutan daripada peminat tempatan ialah kisah prequel tentang ejen terhebat dikenali sebagai Kingsman. Filem prequel yang membawa judul ‘The King’s Man’ bakal merungkai sejarah disebalik penubuhan organisasi rahsia tersebut.

Ads

Menerusi filem prequel ini pelbagai koleksi sejarah menampilkan deretan pengganas dan musuh keamanan cuba berkomplot untuk menghapuskan jutaan nyawa tidak bersalah demi cita-cita jijik mereka.

Kisah Ejen Kingsman Terhebat Terjawab Menerusi Filem Prequel ‘The King’s Man’ Kisah Ejen Kingsman Terhebat Terjawab Menerusi Filem Prequel ‘The King’s Man’

Ads

Namun usaha tersebut bakal ditentang dengan hebat oleh seorang ejen hebat bersama protegenya. ‘The King’s Man’ menampilkan pelakon hebat dengan teraju utamanya Ralph Fiennes sebagai Duke of Oxford dan turut menampilkan bintang hebat lain seperti Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode dan Tom Hollander.

Kisah Ejen Kingsman Terhebat Terjawab Menerusi Filem Prequel ‘The King’s Man’

Ads

Siri filem ‘Kingsman’ seperti yang kita semua tahu merupakan adaptasi dari komik karya Dave Gibbons dan Mark Millar. Dua filemnya sebelum ini iaitu ‘Kingsman: Secret Service’ (2014) dan ‘Kingsman: The Golden Circle; (2017) telah mendapat kutipan yang agak hebat di pawagam.

Buat peminat ‘Kingsman’ di Malaysia, anda boleh menonton filem ini di pawagam bermula pada 17 September 2020 nanti.

MASKULIN tertarik dengan penampilan watak protagonisnya yang sentiasa tampil kemas dengan imej gentleman.

Bak kata salah seorang karakternya, ‘Manners Maketh Man’!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI